Saturday, August 27, 2016

Bila Najib dan Mahathir Berkempen Guna Strategi Almarhum Tun Razak PRU 14 Apa Yang Akan Berlaku?




DS Najib Perdana Menteri yang banyak meluang masa menghadiri program-program bersama orang muda di seluruh negara. Beliau seorang Perdana Menteri yang kuat dan rajin bekerja itu mengikut pandangan seorang Sultan.

Politik Malaysia hari ini bolehlah dikatakan perlawanan dan persaingan antara Kerajaan Najib dan Pembangkang Mahathir yang lebih berperanan Ketua pembangkang de facto semenjak Anwar Ibrahim masuk penjara. PKR dan DAP sudah kehilangan kepimpinan. 

PAN created by DAP hanya berperanan sebagai PAS sementara bila PAS mengambil pendekatan politik tahaluf siyasi terbaru menjauhi Pakatan Rakyat. Itu buat Mahathir marah tuduh PAS sudah makan dedak UMNO!

Bagi Mahathir siapa yang tidak setuju dengan pandangan beliau dianggap barua Najib, kaki rasuah dan makan dedak.

Buat masa ini Najib dan Mahathir masih guna strategi Almarhum Tun Razak menjelang PRU 14. Ironinya kedua-dua tokoh ini adalah warisan legasi Almarhum Tun Razak. Seorang anak biologi dan seorang lagi anak didik blue eyed boy tetapi tidak mencapai kata titik pertemuan.

Malah Mahathir yang suka baca buku sejarah masih mempersoal apa itu Bangsa Johor dan memperlekehkan Bangsa Johor boleh melemahkan Persekutuan. Tidak perlu WZWH terus menulis polemik Bangsa Johor kerana hanya orang yang arif tentang sejarah boleh mengerti falsafah politik Bangsa Johor.

Kenapa WZWH kata BN dan UMNO perlu dan masih guna strategi Almarhum Tun Razak menjelang PRU 14 untuk buat BN dan UMNO masih kuat?

Perlembagaan Negara yang diilhamkan oleh tokoh-tokoh UMNO seperti Tun Razak, Tun Dr Ismail dan Tunku itu mengandungi "harta" orang Melayu iaitu HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU.

Tokoh parti-parti lain di seluruh dunia tidak berbuat demikian kepada Perlembagaan negara mereka. Justru amat berbeza parti UMNO itu dengan parti di Jepun, India dan sebagainya.

Manusia yg paling istimewa yg perlu disanjung oleh orang Melayu dan UMNO adalah Tun Razak. Berjuang sejak remaja dlm UMNO. MEMANGKU KETUA UMNO ketika Dato' Onn keluar UMNO. Tunku Abdul Rahman belum UMNO ketika itu. 

Soal tidak setia Dato' Onn dan SETIAnya Tun Razak kpd UMNO bergantung kepada siapa yang mencetuskan (menyaran) penubuhan UMNO kepada Dato' Onn. 

Tidak rela dia (Tun Razak) meninggalkan UMNO yang tertubuh hasil ideanya. Ideanya juga agar UMNO ditubuh di tempat "suci" di istana Raja keturunan Bugis di Johor tempat Dato' Onn dibesarkan supaya mudah diterima oleh Raja-Raja negeri lain dan diterima orang Melayu. (Catatan: Tun Razak juga keturunan Bugis. Nindanya orang se kampung dengan Mat Kilau di Pulau Tawar Jerantut). Sengaja WZWH ceritakan supaya anda memahami "darah pahlawan" dalam diri Tun Razak.

Tun Razak memujuk Tunku untuk memimpin UMNO dan menyampaikan idea menuntut kemerdekaan. 

Seperkara yang perlu diingati mengenai Dato' Onn, beliau tidak mencaci UMNO.

Setelah ' kehilangan' Dato' Onn (kerabat Diraja Johor) yang diharap dapat 'memancing' minat Raja-Raja dan orang Melayu terhadap UMNO, Tun Razak mencari sahabat baiknya seorang anak Raja Kedah sebagai ganti. Tunku bimbang tidak mampu memimpin. Tun Razak beri jaminan, "tak mengapa Tunku, saya bantu you. Saya ada. Asalkan Tunku sanggup terima jawatan ketua UMNO dan PM bila kita merdeka. Itu janji saya". Demikian kata Tun Razak. Anda nampak siapa mastermind, juara, arkitek negara kita sebenar?. Generasi muda khususnya Melayu perlu sedar

Tun Razaklah mastermind disebalik elemen-elemen dlm Perlembagaan Negara ini, seperti HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU, RAJA-RAJA MELAYU, ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN.

Wahai Melayu, jawatan dlm kerajaan dan pencen anda itu hasil drp hak istimewa itu. Ia itu HAK ISTIMEWA MELAYU DLM PERKHIDMATAN AWAM yang gaji mereka dibayar RM6 billion sebulan.

HAK ISTIMEWA TANAH REZAB MELAYU separuh drp keluasan Semenanjung Malaysia yang bernilai RM200 trillion.

Hak mendapat Biasiswa kpd pelajar Melayu.

Terpikirkah anda kenapa Tun Razak mewujudkan "benda-benda" ini semua?
Jangan lupa Tun Razak juga membuka Tanah-Tanah FELDA, FELCRA.

Resepi kekuatan UMNO terlalu banyak. Ia tetap berpusat kepada " Arrazak " seorang insan agung bernama Tun Razak ayahanda kesayangan PM kita juga kesayangan kita rakyat Malaysia.

Tetapi DS Najib masih ada strategi beliau sendiri menjelang PRU 14 yang dipanggil "WOW FACTOR" yang tidak boleh WZWH tulis dan jelaskan diblog ini cukup jika WZWH kata DS Najib sudah bersedia!


Kenapa Mahathir masih mahu gunakan strategi Almarhum Tun Razak menjelang PRU 14?




Mahathir ahli politik yang suka berpolitik sepanjang zaman , gila berkonfrantasi dengan sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan beliau hingga sanggup bunuh UMNO dan BN yang banyak berjasa kepada perjalanan politik beliau sepanjang zaman.

Mahathir menyentuh tindakan pemimpin-pemimpin BN yang mengutuk beliau kerana bekerjasama dengan pembangkang.

Beliau menekankan bahawa di dalam politik, strategi amatlah penting. Menurut Mahathir, selaku bekas Pengerusi BN, rahsia BN menang di dalam pilihanraya ialah kerana mereka tidak bertanding melawan sesama sendiri.

Mahathir menegaskan bahawa kita perlu ingat yang Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional selepas tragedi 13 Mei dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang di waktu itu seperti Gerakan, PPP (People’s Progressive Party), SUPP dan juga PAS. Menurut Mahathir, DAP pada masa itu juga dijemput untuk bersama, tetapi parti tersebut menolak.

Oleh itu, menurut Mahathir bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya BERSATU bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain. Tun Razak bekerjasama dengan pembangkang pada waktu itu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang kukuh.

Ini satu hujah yang amat menarik!

Jika kita imbas kembali, dalam Pilihanraya Umum 1969, Gerakan telah Berjaya menubuhkan kerajaan di Pulau Penang dengan merampasnya dari MCA. PPP pula hampir membentuk kerajaan di Perak (hanya kekurangan dua kerusi) manakala PAS pula membentuk kerajaan di Kelantan.

Pada 1972, Gerakan dan PPP menyertai Parti Perikatan. Ianya kemudian diikuti oleh PAS. Akhirnya pada 1973, Barisan Nasional dibentuk.

Oleh itu, jika pemimpin BN berkata tindakan BERSATU yang sedia bekerjasama dengan pembangkang adalah satu pengkhianatan kepada orang Melayu, bukankah ianya bermakna mereka berkata tindakan Allahyarham Tun Abdul Razak bergabung dengan pembangkang dalam membentuk BN juga satu pengkhianatan? Bayangkan jika DAP bersetuju untuk bersama BN ketika itu!

Bagi Mahathir, ianya bukanlah satu pengkhianatan. Tetapi satu strategi politik yang ampuh untuk membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil selepas negara melalui tragedi 13 Mei.

Adakah Kerajaan Najib ini tidak kukuh dan tidak stabil sama seperti iklim politik 1969?

Sebab utama kebimbangan DAP ialah banyak kerusi DUN dan Parlimen Pakatan Rakyat akan kalah jika PRU diadakan sekarang. Lebih-lebih lagi bila nanti tertubuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Ini tidak menyenangkan DAP.

DS Najib sudah berada di atas landasan politik yang "the right politics at the right time". BN dan komponen yang jitu sudah bersedia di ambang PRU 14.

Mahathir dan pemimpin Pakatan Rakyat serta Parti bakal baru dilancarkan-BERSATU masih tercari-cari rentak dan kepimpinan kesepakatan.

7 comments:

Anonymous said...

1mdb...kebencian mahdey...parti the store dan plbagai lagi semacam satu rahmat kpd kerajaan skrg yg tidak melatah dan meroyan melayan karenah dungu2 ahli politik gila...

Unknown said...

Siapa nak layan Najib, dia sudah nyanyok.
Ada ke dia cabar MAHYIDIN dan Tum Mahadir masuk
bertanding dalam perhimpunan Agong UMNO yang entah bila
nak diadakan, mencabar kedudukan dia .........????
Dia dah lupa ke, Mahyidin & Tun Det bukan Ahli umno...???
Penyakit lupa ni adalah sebahagian daripada NYANYOK lah tu.
Next, Najib akan cabar Lim Kit Siang merebut jawatan
Presiden Umno!!!...........HEHEHE

Sila masuk blog Shahbuddin untuk ketawa berdekah-dekah.

Masuk sini, baca sebaris dua, terus sangap.

Unknown said...

Tambah satu lagi ...dan blog dinturtle.
Banyak idea bernas.
Tak perlu mendesak diri untuk membaca.
Blog dinturtle memang lawak gila....HEHEHE.
Memang sah Najib dah NYANYOK!
Tulah.....asik kutuk Tun Det Nyanyok.
Sekali, satu jari tuding kat Tun Det, EMPAT jari
ke diri sendiri.
Ucapan Najib di Cameron Highlands adalah bukti dia sudah NYANYOK. sekali hormon anti penuaan ada kesan sampingan.
Kecantikan cuma luaran.
Dalaman, semua rosak binasa.
Jelas

Anonymous said...

Cik minah...pandai membaca tak?
Atau pernah jadi ahli umno ker?
Yang cadang tangguh pemilihan parti adalah din pagoh aka muhdin yasin...
Kena ingat...presiden tiada hak nak tangguh kecuali ahli mencadangkan..
Kenapa?Apa agenda dia?
Mgkin nak naik kerusi presiden tanpa perlu bertanding dgn isu 1mdb dan dana rm2.6b
Mgkin sedar pembubaran akta baru parti di mana tiada kouta bagi setiap jwtn boleh ditandingkan menjurus kesukaran utk dia naik.Era mahdey...ada kouta yg memudahkan mahdey selamat sebagai presiden.
Atau dgn isu 1mdb dan rm2.6b paling mudah utk din pagoh naik dibandingkan pemilihan parti krn jika bertanding melawan presiden dan kalah...reputasi din pagoh makin menurun atau akan hilang pengaruh vvip dlm parti.Biasalah klu kalah...dah tiada lagi org nak pandang...belum lagi dikatakan 'berani menentang' ketua.Hanya isu 1mdb n dana rm2.6b sebagai tiket utk naik.
Hebat mana din pagoh n mahdey merancang...Allah swt lebih mengetahui.
Apa yg rakyat nampak sekarang minah???Kegilaan mrk nak jatuhkan org lain tanpa sebijik pun bukti kukuh dan lebih kpd kencingan SR n WSJ...dosa2 mrk yg lalu makin terbongkar dan rakyat semakin mempercayainya.
Forex...rm30b hilang..Perwaja steel...PKZF...Memali..skandal BMF...bailout syarikat waris dan kroni...perjanjian berat sebelah IPP...perjanjian berat seblah konsesi tol...sistem kehakiman dicabul...penahanan tanpa bicara ISA...pemberian projek tanpa tender dan bnyk lagi.
Semua dosa2 tersebut tidak memungkinkan rakyat akar umbi wlpun dpd pembangkang membenarkan puak2 terkutuk ini memimpin negara kecuali yg masih diberi makan dedak atau nak mampus krn kekenyangan dedak dan dikencing oleh mrk.Mgin cik minah salah sorang dpd mrk...hehehe

Anonymous said...

Ada lg ke yg masih percaya kat UMNO.. ehmm pelik betul..

Anonymous said...

Era kuku besi tak sama dgn era skrg.
Sama dgn yg masih percaya kuku besi hingga skrg...

Anonymous said...

Idea din tu ulang isu basi yg sama...lebih kpd buat dosa kering jer.
Sama dgn mahdey...bnyk buat dosa tapi sebok mengata org.Cakap jer yg najib tak dpt ikut telunjuk dia sebagai pm boneka.Org bodoh dan bangang jer yg tak perasan.Hidup hanya nak mengenyangkan waris dan kroni jer...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024