Mitos menceriterakan kisah seorang Puteri Pahang yang sangat jelita bernama Walinong Sari pergi ke puncak Gunung Tahan menjejak kekasihnya, Raja Mambang Segara.
Ada sebuah lagu yang dikarang oleh rakyat Pahang yang menceritakan kisah Walinong Sari. Lirik dan senikata lagu tersebut seperti di bawah.
Walinong Sari
Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang
Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, pandai melambung lembing
Pandai melambung
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan
Sewaktu kecil, WZWH suka baca buku sejarah. Ada satu cerita sejarah Melayu yang menarik minat WZWH iaitu peminangan Puteri Gunung Ledang. Syarat-syarat peminangan yang dikenakan kepada Sultan Mahmud Syah itu buat WZWH kuat berimaginasi...
Serba sedikit cerita sejarah ringkas Puteri Gunung Ledang;
Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
WZWH boleh memahami maksud sebuah jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang bukanlah bermaksud jambatan emas secara fizikal. Mungkin jambatan bercat warna keemasan. Atau dari bahasa teknologi moden maksudnya "cable car" mungkin LRT. Nampaknya pemikiran Puteri Gunung Ledang lebih "advance" mendahului zamannya.
Blog WZWH banyak kali menulis mempromosikan projek masa depan "Cable Car Gunung Tahan". Kebanyakan orang Tembeling tidak percaya projek ini boleh dilaksanakan, mereka kata "projek gila".
WZWH tidak berfikir demikian. 7 tahun dulu seorang tokoh korporat hebat yang dilahirkan semasa zaman Mahathir telah membuat "presentation" Projek "Cable Car" mengelilingi Gunung Tahan di hadapan EXCO Pahang. Kosnya RM2 bilion. Jawapan EXCO Pahang mudah,"Kerajaan Negeri Pahang tiada bidang kuasa memberi kelulusan!"
Taman Negara dibawah Akta Parlimen, dibawah bidang kuasa DYMM Agong. Bukan mudah hendak menyakinkan parlimen Malaysia yang BN bukan memerintah 2/3 lagi. Adakah DYMM Agong akan perkenan? Bagaimana reaksi NGO Alam Sekitar dalam dan luar negara serta bantahan penduduk Lembah Tembeling. Mungkin pelabur-pelabur swasta boleh cari wang sebanyak RM2 bilion tetapi mengatasi halangan-halangan yang WZWH nyatakan bukan mudah.
Kecuali ada seorang ahli politik yang boleh meyakinkan semua pihak bahawa projek "Cable Car" atau "Skyboat Walinong Sari Puteri Gunung Tahan" ini banyak kebaikannya kepada ekonomi penduduk Tembeling, Jerantut, Pahang dan Malaysia. Ramai Wakil Rakyat Pahang takut kepada "Sabrinaphobia" bimbang mendapat tentangan hebat NGO Alam Sekitar.
Maka WZWH perlu "modify" projek ini agar lebih "mild" buat semua orang boleh menerima. Jika kita boleh majukan Projek "Cable Car" atau "Skyboat" yang merentasi Sungai Tembeling dari Kuala Tahan meninjau jeram-jeram, melingkari sedikit bukit bukau agar dapat spot binatang-binatang liar seperti gajah, harimau, rusa, seladang, babi hutan, burung-burung, pokok-pokok hutan ringkas ceritanya flora dan fauna... mungkin semua pihak boleh terima. Atau pada waktu musim hujan, pelancong boleh melihat Sungai Tembeling yang besar airnya kerana bah dari "Skyboat"!
Kita tidak akan sentuh hutan Taman Negara mahu pun mengelilingi Gunung Tahan. WZWH rasa semua orang boleh terima. Kita akan buat projek ini setelah projek utama rakyat iaitu Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling siap sepenuhnya menjelang 2018.
Berbalik kepada cerita sejarah Puteri Gunung Ledang, ada satu watak Tun Mamat-"the messenger". Hang Tuah dikatakan sudah tua tidak larat hendak mendaki Gunung Ledang. Ada ahli sejarah mengatakan Tun Mamat sengaja mereka-reka cerita syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang agar Sultan Mahmud Shah membatalkan hasratnya dan Tun Mamat sendiri tidak sanggup mendaki Gunung Ledang!
Maka Tun Mamat sudah cerita bohong kepada Sultan Mahmud. Kita semua tahu Sultan Mahmud sangat "brutal". Orang Jerantut cakap Tun Mamat sudah "pungkor" kepada rajanya. Jika Sultan Mahmud tahu muslihatnya sudah tentu amat berat hukuman menanti-hukum bunuh!
Mengikut cerita-cerita lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi orang tua Ulu Tembeling, Tun Mamat telah melarikan diri ke Ulu Tembeling. Beranak pinak keluarganya hingga berpuluh keturunan. Makamnya dikatakan terletak di Kampung Serendah Sekebun Bunga sebuah kampung lama di Ulu Tembeling, tidak ada orang tinggal di kampung itu lagi. Kampung itu sekarang dekat dengan kampung Chenih, malah kampung Chenih pun baik Chenih Darat mahu pun Chenih Laut (tepi sungai) juga tidak berpenghuni lebih sepuluh tahun dulu.. Semua orang sudah pindah ke kampung seberang sungai dinamakan Kampung Macang Perah.
Kampung Chenih adalah kampung Nenek Moyang WZWH. Kubur ayahanda WZWH ada di Kampung Chenih. Pada tahun 1976 ketika WZWH berumur 8 tahun, WZWH pernah menziarahi makam Tun Mamat. Rombongan Muzium Negara pernah mudik melawat Ulu Tembeling beberapa kali mencari Makam Tun Mamat.
WZWH berfikir...mungkin Tun Mamat sudah punyai "vision" bahawa jambatan ke Gunung Ledang itu maksudnya ialah konsep "Cable Car".
Apakah yang menghubungkan dari bawah gunung ke Genting Highland?
Apakah yang menghubungkan bawah gunung ke Gunung Matchincang Pulau Langkawi?
Mungkin itu maksudnya Tun Mamat kalau beliau ada hari ini-"Jambatan Gunung!"
6 comments:
Yang naik ke atas gunung Ledang tu, cuma Hang Tuah
dengan Tun Mamat saja. Orang lain tinggal di kaki
gunung kerana tidak sanggup merempuh hutan belentara
dengan binatang buasnnya. I bet, harimau mesti sebesar
kerbau - judging from pak belang yang ditembak Sultan
Ibrahim di ladangnya di Kg.Melayu in the early 20ies
yang dipamirkan di Istana Besar Johor. Rimau dalam
abad 14 tentulah lagi besar, kan.
Tambah pulak, pada masa itu, Hang Tuah sudah berusia
80 tahun, mana mungkin dia boleh panjat Gunung
Ledang sampai ke puncaknya.
Jadi, andaian WZWH Tun Mamat tipu Sultan tu, memang
kemungkinan besar. Tengok saja senarai permintaan Puteri
yang bermula dari Jambatan Perak kepada jambatan Emas.
Bila Sultan masih setuju, Tun Mmamat tambah benda yang
lebih susah - air mata anak dara. Sultan bodoh tu tetap
setuju, tu sebab Tun Mamat tambah yang lebih susah - air
pinang muda. Pun Sultan masih setuju!!!!
Tun mamat tambah pulak benda yang mustahil - hati nyamok.
Sultan tetap setuju, sebab tu Tun Mamat yang bijak tu
tambah pulak hati kuman!...ni mesti Sultan give up,
dalam fikiran Tun Mamat tapi Sultan yang dungu tu tetap
setuju. Tun Mamat dah mati akal.
Nasib baik datang Raja Ahmad duduk di pangkuan ayahndanya.
Aha!...Tun Mamat dapat idea baru.
"Dan, DARAH RAJA AHMAD semangkok, tuankuuuuuuu!!!....."
Baru Sultan tu menggelupur, tolak permintaan Tuan Puteri.
Menyusahkan rakyat takpa. Bila sampai darah daging
sendiri, tahu tak sanggup!
Jadi, janganlah jadi macam Sultan Mahmood.
Tak kisah menyusahkan rakyat bina jambatan perak dan
Emas atau anak dara terpaksa menangis sampai buta,
asalkan Raja dapat kehendak hatinya.
Lu fikir sendirilah WZWH,rasional ke buat cable car
antara gunung ke gunung di tengah-tengah hutan belentara...????
Tentulah belanjanya pun cecah the cyling!!
WORTH IT OR NOT menyusahkan rakayat....???
Tak cukup ke hutang negara berbilyon yang ada ni.....???
Atau, nak naikkan lagi GST ke....????
LU FIKIR SENDIRILAH WZWH.
Nak adakan projek skyboat dari Melaka ke Gunung Ledang memang boleh dibincangkan utk tujuan pelancongan dan sepanjang perjalanan tu putarkan lagu Walinong Sarindan penceritaan peminangan PGL....sangat menarik.Mungkin itu lebih murah dpd jambatan emas yg hendak dibina oleh Sultan Mahmud.Macamana pendapat WZWH
Org dulu ilmu hakikatnya tinggi..
Jgn faham bahasa yg tersurat...
Org skrg fahamkan apa yg tersurat adehhh
Sebalik kata2nya itu halus pemahamannya...
Hihihi...jambatan emas ekkk...
Adehhh...
Jauh sgt ilmu kita nak menilaikan apa yg di maksudkan oleh puteri gunung ledang..
Sultan pon faham...
Bkn jambatan emas yg d maksudkan.
Bkn darah ank yg di maksudkan..
Hati kuman adakan???
Tapi kita blh nampak tak??
Itulah perumpamaan qalbu kita yg paling terdalam..
Nape di mahunya 7 dulang??
Sbbnya hati qalbu tu harus di sucikan terlbh dulu..7kali baru blh ,seperti kita tawaf Kaabah 7 kali...utk btl2 kita dpt makam kesucian..
Pusingan 7 kali utk penyucian hati.. bagsimana ujian dan cabaran pon ketika melakukan tawaf..bahu dan Hati tetap tak perpaling mengadap kaabah...
Begitulah qalbu kita..seperti yg di inginkan puteti gunung ledang..
Klu nak hurai satu persatu panjang lagi..bzy sikit nak taip pon..
Itu salah satu penjelasan syarat putrri gunung L
Hihihi...jambatan emas ekkk...
Adehhh...
Jauh sgt ilmu kita nak menilaikan apa yg di maksudkan oleh puteri gunung ledang..
Sultan pon faham...
Bkn jambatan emas yg d maksudkan.
Bkn darah ank yg di maksudkan..
Hati kuman adakan???
Tapi kita blh nampak tak??
Itulah perumpamaan qalbu kita yg paling terdalam..
Nape di mahunya 7 dulang??
Sbbnya hati qalbu tu harus di sucikan terlbh dulu..7kali baru blh ,seperti kita tawaf Kaabah 7 kali...utk btl2 kita dpt makam kesucian..
Pusingan 7 kali utk penyucian hati.. bagsimana ujian dan cabaran pon ketika melakukan tawaf..bahu dan Hati tetap tak perpaling mengadap kaabah...
Begitulah qalbu kita..seperti yg di inginkan puteti gunung ledang..
Klu nak hurai satu persatu panjang lagi..bzy sikit nak taip pon..
Itu salah satu penjelasan syarat putrri gunung L
Org dulu ilmu hakikatnya tinggi..
Jgn faham bahasa yg tersurat...
Org skrg fahamkan apa yg tersurat adehhh
Sebalik kata2nya itu halus pemahamannya...
Post a Comment