History is written by a victor so it is believed until present time. Yet History also deleted certain prominent figures due to political reasons. And now History can be also written by a loser for the sake of History and educational purposes for future generations.
1699 - 1721 H.H. Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah Zillu’llah fi al-’Alam bin Dato’ Bendahara Sri Maharaja Tun Habib Ghazi, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Johor and Pahang and their dependencies, eldest son of Y.M. Sri Paduka Tun Habib ‘Abdu’l Majid Ghazi bin Tun Mat ‘Ali, Dato’ Bendahara Sri Maharaja, sometime Regent of Johor, by his wife, Y.M. Tun Rembiah, daughter of the Chief Minister of Aceh. Succeeded his father as Sri Paduka Dato’ Bendahara Sri Maharaja, 1697. Proclaimed at Kota Tinggi on the death of Sultan Mahmud Shah II of Johor as Paduka Sri Sultan ‘Abdu’lJalil IV Ri’ayat Shah, 3rd September 1699. Fled from Johor Lama following the rebellion against his brother, the Yang di-Pertuan Muda, 1712. Captured by Raja Kechil, putative son of the deceased Sultan Mahmud Shah II, 21st March 1717. He was then re-appointed to the post of Dato’ Bendahara Sri Maharaja, and lived at Kota Tinggi. Retired to Trengganu in 1718, and removed to Pahang 1719. Established his new capital at Kuala Pahang,
He was k. while conducting his prayers on board his ship, by an emissary sent by Raja Kechil of Siak, off Kuala Pahang, before 21stNovember 1721 (bur. Royal Cemetery, Kuala Pahang), having had issue, sixteen children, including seven sons and six daughters.
Sultan Abdul Jalil IV Riayat Shah Sultan dan Yang Di-pertuan Besar Johor dan Pahang serta Jajahan takluknya juga dikenali Marhum Mangkat di Kuala Pahang. Kebanyakan anakanda-anakanda Baginda dilantik sebagai Bendahara di Pahang dan Terengganu.
Seorang anakanda Baginda bernama Tengku Raja Sulaiman telah menuntut bela dengan bantuan 5 Bugis Bersaudara dan kembali menjadi Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Johor dan Pahang dan jajahan takluk. Bersemayam di Riau.
H.H. Tengku Raja Sulaiman [Abang Engku], Yang di-Pertuan Raja Muda, who succeeded as H.H. Paduka Sri Sultan Sulaiman Badr ul-‘Alam Shah ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil Ri’ayat Shah, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of Johor and Pahang and their dependencies.
Posting ini mengenai seorang tokoh bernama Wan Ismail Pulau Besar Ulu Tembeling yang terlibat dalam Sejarah Pahang sebagai tokoh yang membawa Tun @ Wan Ahmad yang berundur ke Dungun menghilir Sungai Tembeling ke Pasir Tambang Kuala Tembeling atas arahan Pembesar-pembesar Pahang semasa Perang Bendahara Pahang 1857-1863.
Ekoran sokongan para Pembesar Pahang dan rakyat Pahang maka Wan Ahmad akhirnya berjaya menjadi Bendahara De Facto Pahang hingga bergelar Sultan Pahang pertama pada 1882.
Wan Ismail Pulau Besar juga terlibat dengan pertikaian konflik dengan seorang lagi tokoh di Tembeling Tengah bernama Wan Husain bin Engku Khatib Wan Endut yang akhirnya Sultan Ahmad telah menyelesaikan isu ini dengan membahagikan kawasan milikan masing-masing selain didenda kedua belah pihak.
Wan Ismail diberi hak milik kawasan Pulau Besar ke atas , manakala Wan Husain diberi kawasan dari Tembeling Tengah ke Ulu Tembeling selain Pulau Besar.
Wan Husain adalah dari keturunan Raja Bendahara Pahang Tun Abdul Majid bin Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir (Mutahir). Wan Husain bin Engku Khatib Wan Endut bin Tun Abdullah bin Tun Da (Tun Pedah Yusuf) bin Dato' Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Majid bin Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir (Mutahir) ibni Sultan Abdul Jalil IV Riayat Shah Marhum Kuala Pahang.
Raja Bendahara ialah gelaran yang digunakan oleh Bendahara Kesultanan Johor yang memerintah Pahang sebagai wakil mutlak Sultan Johor.
Bendahara Johor pertama yang dianggap sebagai Raja Bendahara Pahang ialah Tun Abdul Majid bin Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir (1777-1802) kerana ketika beliau menjadi Bendahara Johor, tanah Pahang sudah bertukar statusnya daripada tanah pegangan kepada tanah kurnia.
Sultan Johor ketika itu, Sultan Mahmud Shah III telah menyerahkan tanah Pahang kepada keluarga Bendahara sebagai warisan turun temurun keluarga mereka. Baginda bertindak begitu untuk memujuk keluarga Bendahara yang terpaksa berkongsi kuasa dengan keluarga Bugis sejak tahun 1722.
Itu bermakna Kesultanan Johor tidak lagi memiliki kuasa ke atas tanah Pahang tetapi Bendahara Pahang perlu 'menyembah' ke Johor sebagai tanda bernaung di bawah Johor.
Gelaran Raja Bendahara Pahang ditinggalkan apabila Bendahara Tun Ahmad yang memerintah selepas menang dalam Perang Bendahara Pahang memakai gelaran Sultan pada tahun 1882.
Pahang secara rasminya memisahkan diri daripada Kesultanan Johor dan pewarisnya Kesultanan Lingga-Riau pada tahun tersebut walaupun pada praktiknya Pahang sudah tidak lagi bernaung kepada mana-mana kerajaan sejak tahun 1824.
Berbalik kepada siapakah Wan Ismail Pulau Besar Ulu Tembeling keturunan Dato' Temenggong Sri Maharaja Johor Lama ini?
Wan Ismail mengikut cerita lisan orang tua-tua Ulu Tembeling berasal dari Dungun. Oleh kerana konflik politik membawa diri ke Kg Janing sebuah kampung pendalaman paling hulu Sungai Tembeling. Kemudian membina perkampungan baru bersama pengikutnya di Pulau Besar Ulu Tembeling.
Wan Ismail mengikut cerita lisan orang tua-tua Ulu Tembeling berasal dari Dungun. Oleh kerana konflik politik membawa diri ke Kg Janing sebuah kampung pendalaman paling hulu Sungai Tembeling. Kemudian membina perkampungan baru bersama pengikutnya di Pulau Besar Ulu Tembeling.
Wan Ismail bin Wan Muhamad Salleh bin Tun Khamis Ali Perah bin Tun Muhammad (Engku Busu) bin Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir (Mutahir) ibni Sultan Abdul Jalil IV Riayat Shah Marhum Kuala Pahang.
Y.M. Tun Muhammad Tahir ibni al-Marhum Sultan ‘Abdu’l Jalil [Mutahir], Dato’ Temenggong Sri Maharaja (cre. 4th October 1722) (s/o Raja Embun), educ. privately. m. (first) Dato’ Che’ Puan (d. 15th March 1745). m. (second) Encik Che’ Puan (b. before 1716), daughter of his maternal uncle, Y.M. Sri Paduka Tun Muhammad Kamil [Mukamil] bin Dato’ Bendahara ‘Abdu’l Majid, Dato’Temenggong Sri Maharaja, of Tanjong Batu. He d. in Pahang, before 12th December 1757 (bur. Royal Mausoleum, Kuala Pahang), having had issue:
a) Y.M. Tun Muhammad bin Temenggong Sri Maharaja Tun Mutahir [Engku Busu], Dato’ Bendahara Tua (s/o Dato Che’ Puan, and half-brother of Tun ‘Abdu’l Majid). He had issue:
i) Y.M. Tun Sabtu bin Dato’ Bendahara Tua Engku Busu. He d. in Pahang, 12th November 1746.
ii) ?Y.M. Tun ‘Ali bin Tun Bungsu [Khamis Al-Marhum Perah]. He d. at Perah, having had issue:
(1) Wan Muhammad Salleh bin Tun Khamis ‘Ali Perah. He had issue:
(a) Wan Ismail bin Wan Muhammad Salleh, of Pulau Besar. He had issue:
(i) Wan ‘Abdu’llah bin Wan Ismail. m. Muteh binti Imam Ahmad. He had issue, three sons and one daughter:
1. Tok Muda Wan Mustapha bin Wan ‘Abdu’llah. m. (first) Wan Hapsah binti Wan Mahmud, daughter of Wan Mahmud bin Wan Husain, by his wife, Wan Rahma binti Engku Haji Wan Ahmad, daughter of Che’ Engku Haji Wan Ahmad bin Engku Khatib Wan Endut, Engku Panglima Perang, sometime Penghulu of Tembeling Ulu. .m. (second) Inche’ Aziza binti Imam Chik, eldest daughter of Imam Chik bin Penghulu Abu Bakar, by his wife, Che’ Puan S... binti Pulau. m. (third) Inche’ Esah. He had issue, five sons and four daughters:
Ini jelas terdapat dua keluarga Wan yang berpengaruh di Lembah Tembeling iaitu:
Wan Ismail Pulau Besar dari keturunan Dato' Temenggong Sri Maharaja Johor dan Wan Husain Tembeling Tengah dari keturunan Dato' Bendahara Paduka Raja Johor Raja Bendahara Pahang yang kedua nenek moyang dua keluarga Wan ini berasal usul dari jalur yang sama iaitu dari:
Dato' Temenggong Sri Maharaja Tun Muhammad Tahir (Mutahir) ibni Sultan Abdul Jalil IV Riayat Shah Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Johor dan Pahang serta Jajahan Takluknya Marhum Kuala Pahang.
200 tahun dulu kedua keluarga Wan di Lembah Tembeling ini telah berkamil kawin campur dan membentuk satu keluarga yang lebih besar dan berpengaruh di Lembah Tembeling dan membentuk kawasan autonomi atas titah Sultan Pahang.
Walaubagaimanapun Sultan Pahang tetap melantik seorang Penghulu Raja yang terdiri dari orang kebanyakan bagi menjadi mata dan telinga Sultan memantau bimbang keluarga Wan ini akan melakukan pemberontakan. (Linehan A History of Pahang)
Keluarga Wan Lembah Tembeling ini tetap taat setia menyanjung tinggi, mengangkat dan mempertahan Kesultanan Pahang hingga kini.
2 comments:
Assalamualaikum Dato. ..
Nama saya W M Naim Shukri bin Mohamad
Melalui lamanweb http://www.royal ark.net ...saya dapati susur galur saya adalah dari Encik Wan Ismail bin Tun 'Abdu'llah.. ..
Berhajat untuk bertemu dgn waris yg tak pernah bersua muka. ..
Keluarga berada di Besut Terengganu. ...Moyang saya adalah Tok Gawa Wan Leh @ Wan Muhammad Salleh (Penghulu Kg Raja Besut Terengganu) bin Tok Wan Musa
Mohon kerjasama untuk hubungi saya 0133689247 atau email wanaim@yahoo.com, wanaim65@gmail.com
Terima kasih.
Moyang saya Wan Endut yang kahwin dengan Wan Salamah Binti Wan Ahmad.Datok saya Wan Ismail Bin Wan Endut. Keluarga Wan Endut ,ramai tinggal di Kuantan..
Post a Comment