Tam Halim menunggu untuk mengambil 21 orang peserta mengikuti jalan laluan jejak Mat Kilau dari Kg Pasir Raja Dungun Terengganu ke Kg Bantal Ulu Tembeling sehingga ke Kuala Tahan. Foto ihsan Tam Halim.
Fasa 3 bila siap pembinaannya boleh drive hanya 35 minit dari Kg Mat Daling ke Kg Pasir Raja Terengganu.
Dari Kg Pasir Raja ke sempadan Terengganu/Pahang hanya ambil masa 15 minit.
Dari Sempadan Terenganu/Pahang ke Kg Mat Daling hanya ambil masa 15.5 minit.
Fakta Projek Fasa 3:
52.5km jalan berturap dari Kg Pasir Raja ke Kg Mat Daling
12 jambatan
236 pembetung
kerja-kerja perparitan
kerja-kerja tanah dan geoteknik
kos hampir RM1 billion
Sebelum ini Projek Fasa 1 dan 2 serta tambahan Fasa 2 yang melengkap Projek jalan Ulu Tembeling sepenuhnya melibatkan 3 jambatan besar dan berpuluh jambatan kecil sudah menjangkau kos hampir RM1.3 billion.
Fasa 3 membuka lembaran baru hubungan jalanraya antara Negeri Pahang dan Terengganu yang memberi manfaat kepada rakyat ke dua buah negeri.
Isu utama ialah bagaimana mahu meminimakan kerosakan alam sekitar, tidak menjejaskan water catchment areas.
Consultation yang paling komprensif akan dibuat diantara Kerajaan, Kontraktor dengan NGO Alam Sekitar dari dalam dan luar negara.
NGO Alam Sekitar perlu proaktif memberi input dan cadangan bagaimana kerosakan alam sekitar boleh diminimakan.
Atau siap dulu projek Fasa 3 ini kemudian secara agresif bina dan tanam semula alam sekitar, bela balik dan perbaiki.
Rakyat kedua negeri berjiran ini sangat teruja dengan perkembangan berita Projek Fasa 3 ini mahu dimulakan.
Sebenarnya di sebelah negeri Terengganu, kerja-kerja projek Fasa 3 ini sudah pun lama bermula hanya menunggu untuk diturap jalanraya sahaja.
Terengganu hanya menunggu Negeri Pahang mula start projek ini sahaja.
No comments:
Post a Comment