Wednesday, July 12, 2017

Projek Jalan Dan Jambatan Labu Sentral Pemangkin Pembangunan Tembeling Tengah New Gateway To Taman Negara

Image may contain: road, tree and outdoor


WZWH telah menulis banyak posting mengenai projek jalan luar bandar yang melalui Tembeling Tengah dari Jambatan Gemunchur Kg Mela hingga ke Kg Labu melalui jambatan Labu Sentral.

Antara posting yang terbaik ialah sila klik:



Projek ini telah ditukar tajuk seperti berikut:


PROJEK JALAN DAN JAMBATAN DARI KG LABU MELALUI KG BATU BALAK, JERANTUT KE KG GEMUNCHUR DAN KG MELA  KUALA LIPIS, PAHANG.

Tender projek berkenaan telah dikeluarkan JKR Malaysia kepada semua petender yang dipelawa menyertai tender.

Taklimat dan lawatan tapak diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 Julai 2017 (Khamis)

Tempat:  JKR Daerah Jerantut
                 Kompleks Pejabat-Pejabat Kerajaan
                 27000 Jerantut 
                 Pahang

Masa: 11.00 pagi


ADUN Tahan merancang lagi satu Projek Jalan Luar Bandar iaitu Projek Jalan Jambatan Gemunchor ke Kg Labu melalui Kg Batu Balak hingga mendapat kelulusan peruntukan KKLW RM200 juta.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membina sebuah jambatan konkrit menyeberangi Sungai Jelai di Kampung Gemunchor dekat Kg Mela diselenggara oleh Kementerian luar Bandar.

Walaupun ini pembangunan di Daerah Lipis tetapi bersempadan dengan Daerah Jerantut.

Sebelum ini peruntukan ini telah diluluskan untuk membina sebuah jambatan pejalan kaki Kuala Tahan. Oleh kerana sedikit salah faham Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju maka peruntukan ini telah dipindahkan ke Projek Jambatan Gemunchor.

Di Sungai Tembeling pula tiada sebarang jambatan dibina menghubungkan  kedua tebing sungai.

Bagaimana Projek Jambatan Gemunchor ini boleh membantu memacu pembangunan bukan sahaja di Daerah Lipis yang bersempadan dengan Daerah Jerantut tapi juga memacu pembangunan di Tembeling Tengah?

Terdapat banyak kampung-kampung tradisional lama di sebelah kiri mudik Sungai Tembeling yang sudah ditinggalkan oleh penduduk dan mempunyai keluasan tanah yang luas berpotensi untuk dimajukan disamping ladang kelapa sawit 30,000 ekar diusahakan oleh GLC seperti Tabung Haji.

Pada masa ini juga Kementerian Luar Bandar telah meluluskan satu projek jalan luar bandar yang menghubungkan Kg Gemunchor ke Kg Labu Tembeling Tengah  sepanjang 22 km.

Projek jalan luar bandar ini boleh menghubungkan dengan beberapa buah kampung seperti Kg Batu Balak, Kg Jong Berlaboh lama dan banyak kampung yang sudah dilupakan namanya.

Ini bererti bukan sahaja di sebelah kanan mudik Sungai Tembeling ada jalinan jalanraya malah disebelah kiri mudik Sungai Tembeling pun ada jalinan jalanraya.

Jambatan Gemunchor Mela dan Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu bakal memacu pembangunan Tembeling Tengah Lama.

Projek-projek pertanian secara perladangan dan orang kampung boleh usahasama keluasan banyak tanah yang sekarang telah ditinggalkan untuk kegiatan sumber ekonomi.

Ini menjadikan banyak pilihan ekonomi bagi penduduk Tembeling Hilir dan Tembeling Tengah.

Sebuah jambatan akan dibina di Kg Labu merentas Sg Tembeling yang mana diharap boleh memberi keceriaan kepada Projek Labu Sentral sebagai destinasi transit pelancong ke Taman Negara yang menelan peruntukan ECER lebih RM1 juta.

Jambatan ini yang dinamakan Jambatan Labu Sentral diharap dapat menyokong Projek Labu Sentral sebagai New Gateway yang baru ke Taman Negara

Jabatan Perhilitan telah mencadangkan supaya Projek Jalan Jambatan Gemunchor-Batu Balak-Labu ini boleh disambung terus ke Kuala Atok Sg Tembeling tempat Kompleks Pusat Pendidikan Biodiversiti yang ingin dinaiktaraf di masa depan hanya sejauh 11 km lagi.

3 comments:

Unknown said...

Tahniah atas usha keras,manafaat untuk semua.

Anonymous said...

Perojek jambatan kedua kat temerloh pun dah lama kata nak buat tapi tak jugak buat.selalu jln jem, dah lah bina hospital seberang sana, ada kecemasan kan jd masalah. Kwsn perumahan baharu tumbuh bagai cendawan, jumlah penduduk semakin ramai, tp jambatan kedua tetap tak buat. Kan best kalau kerajaan prihatin penderitaan rakyat.. Jmbtn ni lg penting kot dr jmbtn kedua kat kuantan tu.. Tp nak buat camne, kerajaan seolah2 utamakan pembangunan di kuantan dan pekan di pahang ni..

Anonymous said...

Tolong UTAMAkan penempatan FELDA/RISDA utk. projek2 pertanian bangsa BUMIPUTERA termasuk PENEMPATAN CANGGIH bangsa ORANG ASLI kita, di KAMPUNG2 bangsa ORANG ASAL/INDIGENOUS Islam/Melayu yg. telah diTINGGALkan; berhadapan SUNGAI TEMBELING. Tolong UTAMAkan RAKYAT miskin/sederhana; bukan syarikat GERGASI KORPORAT!

Aku TAK mau KAMPUNG2 ni jadi spt. di BATANG BERJUNTAI, IJOK & KAPAR - nak cari MASJID2 BESAR & KPG2 Islam/Melayu kita makin SUSAH! HERAN betul!

SEDIH betul bila masih ada KPG2 bangsa ORANG ASAL/INDIGENOUS Islam/Melayu/Orang Asli kita yg. masih DAIF; dan ada perkampungan ORANG ASLI yg. DAIF ni dijadikan seolah bahan TONTONAN utk. PELANCONG2!

Tok Labu.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024