Friday, July 14, 2017

Jambatan Temerloh, Bila Nak Dapat Baru?

Image result for jambatan kedua temerloh

Jambatan lama Temerloh rosak teruk akibat banjir besar 1970/71. Kerajaan bina jambatan yang lebih tinggi siap pada 1974. Kini pembangunan pesat bandar Temerloh sangat memerlukan jambatan kedua ditagih oleh rakyat.

Oleh kerana WZWH sering menulis banyak posting mengenai kelulusan banyak projek pembinaan jalan dan jambatan di DUN Tahan, Jerantut menyebabkan pembaca blog dan FB WZWH turut serta menyatakan beberapa komen mengenai keperluan mendesak sebuah jambatan baru iaitu jambatan kedua di bandar Temerloh.

Berikut beberapa komen pembaca:



محمد فخر حنفي Jambatan Temerloh, bila nk dapat Baru.....??



Anonymous said...

Perojek jambatan kedua kat temerloh pun dah lama kata nak buat tapi tak jugak buat.selalu jln jem, dah lah bina hospital seberang sana, ada kecemasan kan jd masalah. Kwsn perumahan baharu tumbuh bagai cendawan, jumlah penduduk semakin ramai, tp jambatan kedua tetap tak buat. Kan best kalau kerajaan prihatin penderitaan rakyat.. Jmbtn ni lg penting kot dr jmbtn kedua kat kuantan tu.. Tp nak buat camne, kerajaan seolah2 utamakan pembangunan di Kuantan dan Pekan di Pahang ni..

Kerajaan perlu dengar pandangan dan keluh kesah rakyat walaupun parlimen Temerloh dan DUN Semantan serta DUN Mentakab sudah jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU 13 dulu namun itu bukan alasan untuk melambatkan Projek Jambatan Kedua Temerloh ini.

Cerita Projek Jambatan Kedua Temerloh ini telah hangat diperkatakan sejak 2014 lagi tapi sehingga kini tiada berita baik yang konklusif.


Jambatan Kedua Temerloh sangat diperlukan kerana:


  • Menangani masalah kesesakan lalu lintas di laluan utama sekali gus memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk setempat bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti sekolah.
  • Kalau berlaku kemalangan kecil sekalipun di atas jambatan, keadaan trafik akan berubah sesak dalam sekelip mata kerana hanya ada satu lorong dari kedua-dua arah.
  • Membina satu lagi jambatan di sebelah jambatan sedia ada yang akan menjadi laluan sehala seterusnya mampu menge­lakkan kesesakan lalulintas.
  • Pembinaan jambatan kedua itu amat rasional seiring pertambahan penduduk di Seberang Temerloh apabila muncul banyak perumahan baru, selain kewujudan sebuah hospital besar di situ.
  • Laluan sama juga digunakan ambulans setiap hari. Keadaan ini tentu menyukarkan pemandu ambulans untuk bergerak pantas apabila trafik sesak teruk di kedua-dua arah.
  • Ini merupakan keperluan yang mendesak dan rakyat berharap dapat dibina dengan segera

2 comments:

azman said...

Jgn bimbang, PM org Phg...

Anonymous said...

Kalau melambatkan proses pembinaan jambatan kedua di Temerloh adalah suatu hukuman drp kerajaan kepada penduduk akibat PRU yg lepas,awas, jgn sampai penduduk menghukum kerajaan secara besar2an pada PRU akan dtg.Sana sini masyarakat di Tloh membincangkan mengenai kegagalan kerajaan menyediakan prasarana dan kemudahan kpd rakyat. Isu utama di Tloh pastinya berkisar kpd isu jambatan ini serta janji2 kerajaan utk membina universiti awam, swasta serta MRSM di daerah ini. Jgn menyesal dikemudian hari bila BN/UMNO ditolak sepenuhnya dan akhirnya UMNO akan menjadi usang dan menunggu untuk tersembam runtuh menyembah bumi sebagaimana yg turut akan berlaku kpd bangunan usang UMNO yg mencacatkan pandangan mata di tengah2 bandar Temerloh.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024