Tuesday, February 18, 2014

Lembing Sang Buana Dan Keris Panjang Berok Berayon Semangat Jati Diri Rakyat Selangor

lambangselangor

Jata negeri Selangor. Perhatikan lembing dan keris itu ada sejarahnya.

Politik moden Selangor memperlihatkan semangat jati diri rakyat Selangor. Selalunya rakyat Selangor bangkit.

Jangan biarkan orang luar atau dagang cuba memporakporandakan politik negeri. Pemimpin Selangor jangan biarkan. 

Lembing Sang Buana dan Keris Panjang Berok Berayon adalah semangat jati diri rakyat Selangor bagi membela kedaulatan Selangor.

Lembing Sang Buana adalah senjata utama yang terdapat didalam Negeri Selangor. Lembing (tombak) pada asalnya dibuat besi dari sembilan negeri semasa pemerintahan Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah, Sultan Selangor kedua.

Lembing yang dikatakan magis, secara ringkas diterangkan oleh baris berikut: -

Pantang terchalit, pantang terkena, Sekain kapan jodoh padah-nya,

Maksudnya tersentuh sedikit atau tercalar akan mengakibatkan kematian

Lagenda menyatakan bahawa seorang lelaki yang sedang duduk di atas tempat yang tinggi sedikit daripada Lembing itu telah diserang oleh penyakit yang serius, nasib baik dia sembuh ketika dia dimandikan dengan air di mana Lembing itu direndam.

Lembing ini digunakan semasa Majlis angkat Sumpah perlantikan Raja Muda dan Pembesar didalam Negeri Selangor. Ia sentiasa disertakan dengan Nobat Nafiri pada majlis tersebut. Sebagai akuan kuasanya, replika Lembing ini terdapat di tengah-tengah puncak Jata Negeri Selangor.

Keris Panjang Berok Berayun adalah satu satu alat kebesaran Diraja Selangor didalam Adat Istiadat Pertabalan dan kuasanya serta kehebatannya boleh digambarkan dalam baris berikut: -

Pantang digerak pantang diayon
Bisanya menyenak hingga ke ubun-ubun

Bilahnya dibuat dari besi dipanggil “Lela Rentaka”. Nama Berok Berayon kerna, menurut legenda, keris ini pertama kali ditemui dalam milikan monyet besar (berok) yang berayun dari cabang pokok dan pada masa yang sama menyerang penjalan kaki dan membunuh 99 orang yang melalui jalan tersebut. Tragedi tersebut telah mengempakkan semua penduduk kawasan tersebut. tetapi terdapat seorang telah berjaya membunuh berok tersebut dan mengabil keris tersebut dengan menggunakan kayu lembut sebagai perisai di seluruh badan, dia perlahan-lahan maju ke arah monyet dan dalam perjuangan yang memastikan beliau ditikam dengan senjata tetapi seperti yang dijangka ia kekal tertanam dalam kayu lembut yang dijadikan perisai dibadan. Lantas lelaki itu segera memegang keris dan membunuh monyet
.
Pada zaman dahulu, jika seorang lelaki yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan dan dihukum mati, atas perintah Paduka Sri Sultan bahawasanya manusia itu akan ditikam dengan keris pada masa itu di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Replika keris ini jelas di dalam jata Negeri Selangor.

Monday, February 17, 2014

Sejarah Kesultanan Selangor


Sultan Selangor kesembilan bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selepas kemangkatan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau pertama (I) iaitu Paduka Sri Sultan Alauddin Ri’ayat Shah Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga pada tahun 1728, ataupun lebih dikenali dengan gelaran Daeng Merewah. Maka Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Empayar Kerajaan Johor-Riau telah melantik Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua (II) bagi mengantikan kekandanya. Bagaimana lazimnya tanggungjawab dan peranan Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau adalah menjaga dan mengawal wilayah-wilayah dibawah naungan Empayar Kerajaan Johor-Riau.

Sekitar tahun 1730-an, seorang Bugis yang bernama Daeng Mateko telah berbaik dengan Raja Kecil dari Siak telah mengacau ketenteraman di Selangor; Ini membuatkan Paduka Sri Raja Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau bagi mengamankan kekacauan yang tercetus. Di dalam misi ini Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya lari ke Siak. Semenjak dari itu, Paduka Sri Raja Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor bagi memastikan keamanan di Selangor berterusan.

Ketika Paduka Sri Raja Chelak berada di Kuala Selangor, penduduk Kuala Selangor memohon kepada baginda supaya terus menetap di situ. Namun di tolak oleh baginda walau bagaimanapun, baginda telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu bergelar Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), selepas itu baginda pun pulang ke Riau bersama-sama dengan rombongan anak buah baginda yang telah datang dari Riau. Tidak beberapa lama selepas meletakkan anakanda baginda sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor di Kuala Selangor maka baginda pun mangkat pada tahun 1745.

Salasilah kesultanan Selangor mulai 1756


Sultan Selangor yang pertama (Raja Lumu) adalah dari keturunan bangsa Bugis, yang mengaku keturunan dari penguasa Luwu di bahagian selatan Sulawesi. Bangsawan dari keturunan ini terlibat dalam perselisihan Kesultanan Johor-Riau pada awal abad ke-18, akhirnya meletakkan sokongan penuh mereka kepada Sultan Abdul Jalil dari wangsa Bendahara terhadap penuntut yang mengaku waris dari keturunan Melaka-Johor, iaitu Raja Kecil. Untuk alasan ini, para penguasa Bendahara Johor-Riau menjalin hubungan erat dengan para bangsawan Bugis, memberikan mereka gelaran dan kawalan ke atas banyak daerah di dalam kerajaan, termasuk Selangor. Putera Daeng Chelak, Raja Lumu tiba di Selangor dan menubuhkan kerajaan baru di Kuala Selangor di tahun 1766. Ia dinobatkan oleh Sultan Perak sebagai Sultan Salehuddin Shah, dan menjadi Sultan pertama dari Selangor.

Kesultanan Selangor bermula seawal tahun 1756 apabila ia berada di bawah pemerintahan Raja Lumu yang menjadi Yang Dipertuan Besar Selangor dan bergelar Sultan Salehuddin Shah (1).

Biarpun berasal dari kalangan orang Bugis, kesultanan baginda diiktiraf oleh Sultan Perak pada pertengahan kurun ke-18 yang turut membawa kepada pembebasan negeri Selangor daripada kekuasaan kerajaan Johor.

Pemerintahan Sultan Salehuddin berterusan sehingga tahun 1778 apabila baginda mangkat lalu digantikan oleh putera baginda, Raja Ibrahim Marhum Saleh yang kemudian bergelar Sultan Ibrahim Shah (2).

Sepanjang pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Selangor menempuh pelbagai peristiwa antaranya, serangan tentera Belanda pada 13 Julai 1784 yang berjaya menawan kota Kuala Selangor.

Ini diikuti perjanjian kerjasama antara kerajaan baginda dengan kerajaan negeri Perak yang akhirnya membawa kepada perselisihan hutang piutang yang diselesaikan melalui campur tangan Robert Fullerton, Gabenor Inggeris di Pulau Pinang.

Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah pada 27 Oktober 1826, anakanda baginda, Raja Muda Selangor dilantik menjadi Sultan Selangor dan bergelar Sultan Muhammad Shah (3).

Menurut sejarah, pemerintahan baginda dianggap lemah ekoran ketidakupayaan baginda untuk menguasai raja-raja dan para pembesar di daerah-daerah lain di Selangor.

Oleh itu, berlaku perpecahan daerah di Selangor iaitu Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Lukut.

Sungguhpun begitu sepanjang 31 tahun memerintah, baginda telah menampakkan beberapa perubahan dengan pembukaan lombong bijih timah di Ampang diikuti dengan pembinaan kedai-kedai bagi keperluan rakyat terutamanya para pelombong.

Kemangkatan baginda secara mengejut pada penghujung tahun 1857 menyebabkan timbul perbalahan di kalangan kerabat di raja dan para pembesar Selangor dalam soal memilih Sultan yang baru.

Keputusan akhirnya dicapai dua tahun kemudian untuk melantik Raja Abdul Samad Raja Abdullah sebagai Sultan Selangor dan bergelar Sultan Abdul Samad (4), biarpun baginda hanyalah anak saudara kepada almarhum Sultan Muhammad Shah.

Sejak permulaan pemerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang mula mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan ke negeri-negeri Selat serta berjaya menarik kemasukan lebih ramai pelombong Cina.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin) selaku Wakil Yamtuan Selangor dan menyerahkan Langat sebagai hak milik menantunya itu.

Selepas memerintah Selangor selama 39 tahun, Sultan Abdul Samad akhirnya mangkat ketika berusia 93 tahun pada 6 Februari 1898 lalu dimakamkan di Jugra dan disebut `Marhum Jugra’.

Almarhum digantikan oleh cucundanya, Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa pada 17 Februari 1898 dan bergelar Sultan Alauddin Sulaiman Shah (5).

Semasa pemerintahan baginda, Selangor mula mengalami perubahan besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan kereta api dibina begitu juga meningkatnya pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Kelang.

Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Kelang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.

Namun begitu, beberapa bulan kemudian, pada 30 Mac 1938, baginda pun mangkat dan dimakamkan di Kelang dengan gelaran `Marhum Atiqullah’.

1938 – 1960 Pemerintahan Selangor diambil alih oleh anakanda almarhum Sultan Alauddin Tengku Alam Shah yang ditabalkan pada 4 April 1938 dan diberi gelaran Sultan Hisamuddin Alam Shah (6).

Kerajaan baginda bagaimanapun tidak kekal lama apabila dipaksa turun takhta pada tahun 1942 oleh tentera Jepun yang sebelum itu menyerang dan mengalahkan negeri-negeri Melayu.

Jepun yang merasakan kekanda Tengku Alam Shah, Tengku Musauddin lebih layak menjadi pemerintah Selangor telah melantik baginda sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah (7) dan Tengku Alam Shah diminta memberi kerjasama membantu kekandanya dalam soal pemerintahan.

Penguasaan Malaya yang berubah ekoran kemasukan semula tentera Britain lebih tiga tahun kemudian turut mengubah struktur pemerintahan kerajaan Selangor kembali kepada pimpinan Sultan Hisamuddin Alam Shah.Berikutan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan Hisamuddin Alam Shah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara Persekutuan Tanah Melayu, sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama disandang oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad.

Berikutan kemangkatan baginda Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah pula dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua.

Lima bulan kemudian, baginda pula mangkat pada 1 September 1960 setelah gering selama 27 hari lalu pemerintahan Selangor diterajui oleh putera sulung baginda Raja Abdul Aziz sebagai Sultan Selangor yang bergelar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (8).Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin banyak meninggalkan perubahan yang membanggakan rakyat lantas baginda tetap kekal dalam kenangan selepas kemangkatan baginda di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, pada pukul 11.57pagi 22 November 2001.

Anakanda Almarhum, Tengku Idris Shah pada 22 November 2001 dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor kesembilan bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah (9).

Sunday, February 16, 2014

Najib, Menteri dan JUSA A Perlu Retreat Di Frazer Hill Untuk Refresh Mengurus Dan Tadbir Negara




DS Najib PM, Menteri dan JUSA A perlu retreat di Frazer Hill untuk refresh mengurus dan mentadbir negara dengan lebih cekap dan berkesan.

Cabaran global, domestik dan expectation tinggi rakyat Malaysia yang terlampau bijak memberi tekanan kepada ahli politik dan birokrat.

Pemimpin dan pentadbir perlu mental spa di resort pergunungan @ hill station yang bercuaca sejuk dikelilingi hutan rainforest purba dengan keindahan flora dan fauna.

Frazer Hill tempat retreat yang terbaik kerana pembangunan dan ruang yang terhad serta Akta sekatan sebarang pembangunan.

Walau ketinggiannya cuma 1,310 meter berbanding dengan Genting Highlands 1,740 meter dan Cameron Highlands 1.600 meter, namun Frazer  Hill menjadi pilihan kerana pembangunan extensive di Genting Highlands dan Cameron Highlands sudah riuh.

Frazer Hill menawarkan satu tempat yang sunyi jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan orang ramai dikelilingi oleh hutan purba yang suci, berkabus dan sejuk.

Ini sebenarnya ikut sunnah Rasulullah. Nabi Muhammad SAW pun suka retreat dan bersunyi serta berkhalwat jauh dari kesibukan metropolitan Mekkah mencari penyelesaian permasalah umat. Mencari strategi.

Di Pahang kalau mahu tempat yang lebih holy dan pure boleh retreat di puncak Gunung Tahan 2,187 meter tapi terlalu tinggi dan tiada hill station.

Frazer Hill, Cameron Highlands, Genting Highlands serta Gunung Tahan terletak di Banjaran Titiwangsa yang merupakan pergunungan yang lebih tua dari Himalaya.



















Foto WZWH santai bersama Dato' Mohd Sharkar Shamsudin EXCO Pelancongan Pahang di Frazer Hill Little England of Pahang selepas pelancaran Program Panoramic Pahang yang mahu menarik lebih 12 juta pelancong asing ke Pahang dengan pendapatan RM7 bilion sempena Visit Malaysia 2014.

Bagaimana Hitler Menjadikan The Eagle Nest Sebagai Tempat Retreat Dan Tarikan Pelancong Dunia


Hitler suka berehat dan retreat di The Eagle Nest di puncak Gunung Kehlstein Bavaria yang siap dibina pada 1938. Sambil Hitler duduk di bilik study berfikir merenung jauh masa depan Jerman, askar-askar Jerman menakluk Eropah.

Hitler suka membina rumah rehat di atas puncak banjaran gunung seperti Berghof dan Wolfsschanze selain dari The Eagle Nest.

Hari ini ramai pelancong Eropah suka melawat tempat rumah rehat pemimpin Nazi ini dan menjadi tarikan pelancongan dunia kerana legasi sejarahnya.


Di Pahang semasa zaman Inggeris, sejak 1890 lagi telah ada rumah rehat di puncak Banjaran Titiwangsa iaitu Frazer Hill Raub. Mula dibuka pada 1922 kepada orang ramai.  

The 1927 Handbook to British Malaya recorded that there were 9 bungalows for the use of government officials, 4 houses built with the help of the Red Cross for ex-servicemen and women, 3 private homes, a country club, a golf course, water supply and a post office.

Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.

Friday, February 14, 2014

Apa Ahli Parlimen Temerloh Dan ADUN Mentakab Buat Jalan Cuma 1KM Rosak Teruk di Kg "Dato' Sharkar"?



Ini lah kerja ahli parlimen dan ADUN Pembangkang hanya suka terima memorandum tapi hasil tindakan kerja tiada. Foto ihsan Blog Pahang Selamat Rakyat Nikmat.

Jalan masuk kampung sepanjang 1km rosak teruk pecah dan berlubang di Kg "Dato' Sharkar", Temerloh sila klik sini.

Nama sebenar kampung ini ialah Kg Baru Bintang kampung asal Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, EXCO Pahang merangkap ADUN Lancang.

Kg Baru Bintang terletak dalam DUN Mentakab yang telah dikuasai oleh DAP melalui Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Parlimen Temerloh dikuasai oleh PAS melalui Nasrudin Hasan juga DUN Semantan wakil rakyat PAS.

Sudah 9 bulan selepas PRU 13 kenapa ahli parlimen PAS dan ADUN Mentakab DAP tidak boleh berusaha berbuat sesuatu membaiki hanya 1km jalan kampung yang rosak teruk?

Sebab itu di Jerantut semua parlimen dan 3 DUN menang belaka ke BN sebab rakyat mahu kerajaan yang cepat bertindak untuk kepentingan dan kemudahan rakyat.

Di DUN Tahan umpamanya projek jalan ke kampung-kampung Ulu Tembeling berjalan dengan hebat hampir RM500 juta dibelanjakan.

Wednesday, February 12, 2014

PPSMI Sudah Gagal...PBS Mungkin Gagal...Pendidikan Malaysia Perlu Dievolusikan!


Posting ini WZWH mengajak rakyat Malaysia berfikir dan merenung isu pendidikan Malaysia. Sebenarnya isu pendidikan bukanlah isu yang susah dan rumit untuk rakyat Malaysia memahami.

WZWH akan menulis sesimple yang boleh dan mudah. WZWH tidak akan eloborate secara complicated tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Tidak ada guna WZWH menerangkan PPPM jika isu PPSMI sudah gagal dan PBS mungkin gagal!

Sebelum WZWH pergi lebih jauh menerangkan konsep mudah kenapa pendidikan Malaysia perlu dievolusikan, mari kita melihat apa sebenar isu pendidikan merentas zaman.

Siapa Menteri Pendidikan di zaman Kesultanan Melaka? Apa polisi, apa dasar yang membolehkan Melaka maju, makmur, dan kaya dan rakyatnya sejahtera menarik minat Eropah, India dan China serta Asia Tenggara berdagang di Melaka.

500 tahun selepas dijajah atau under protectate, post kemerdekaan 1957 apa polisi dan dasar pendidikan negara Semenanjung Tanah Melayu @ Malaya @ Malaysia yang boleh melahirkan:

  • Tunku
  • Tun Razak
  • Hussein Onn
  • Mahathir

Ramai lagi cendikiawan, intelektual, teknokrat, saintis, birokrat dsb

Adakah polisi dan dasar pendidikan negara kita masih tidak bagus?

Kenapa kita mahu mengubah dengan drastik sistem pendidikan negara kita?

Medium English kepada medium Melayu.....

Kemudian medium Melayu kepada medium English...

Tambah lagi 'Islamisation of knowledge' dan subjek-subjek Islami...

Knowledge "yang sudah Islam" mahu diIslamkan lagi menjadi double Islam dan subjek-subjek Islami yang tidak relevan dengan peredaran zaman mengconfusekan rakyat Malaysia.

PPSMI berabis RM12 bilion for nothing gagal begitu sahaja...

PBS pun mungkin gagal kerana kemampuan guru-guru dan keperluan infrateknologi tidak bersedia...

Pendidikan Malaysia wajar dievolusikan

Malaysia is grappling with great challenges – too great for any one country to address. Facing economic crisis, widespread graduate unemployment, and rising competition from developing economies, Malaysia must adjust to technological advances and new modes of working – all while an aging population puts increasing strain on exhausted public budgets. In this fragile context, Malaysia must focus on education in order to nurture people’s talents and potential, and thus to spur economic and social recovery.

Education holds the key not only to better jobs and stronger GDP growth, but also to the cultural, political, and social development that is needed to ensure that citizens are well-rounded and grounded enough to lead at the local, national, and international levels. By focusing on the right policies, Malaysian leaders can ensure that Malaysian education enables them to be articulate global citizens and potent economic actors.

The good news is that our leaders seem to recognize the value of the pursuit of knowledge. When allocating funds in the 2013-2025 Education Budget, wisely decided to increase funding for education and research – the only areas in which they did so. This commitment to safeguarding education and research funding should be reflected at all levels of policymaking.

Moreover, in order to drive Malaysia transformation into a hub of responsible innovation and ethically sound production, policymakers must ensure that higher-education institutions equip students with cutting-edge knowledge and high-level flexible skills grounded in shared values. This means developing differentiated education systems, ranging from vocational schools to doctoral programs, and giving students access to international experience, which can expose them to opportunities beyond national frontiers.

For example, the Erasmus program, which enables university students to study or work abroad as part of their degree, broadens participants’ outlook while enhancing their willingness and ability to go where the jobs are. Such programs also enrich local students and offer valuable insights to professors about other traditions of higher education.

Furthermore, our leaders must recognize that high-quality instruction is as central to universities as, say, pioneering research. As it stands, while everyone agrees that researchers need extensive training, the prevailing assumption is that great teachers are born and great teaching just happens – a view that is hampering education at all levels.

Improving the quality of instruction in higher education is at the focus  Another recommendation is to develop quality teaching through compulsory continuous professional training, and to recognize and reward achievement. This approach would give educators the skills and motivation that they require to provide the kind of education that Malaysia needs.

Another crucial issue – concerns new modes of delivering education, such as Massive Open Online Courses (MOOCs). In fact, some claim that a revolution in the way knowledge and information is created and transmitted is imminent.

While these new modes of delivery are undoubtedly transforming education, especially higher education, what is happening may be more evolution than revolution. In other words, rather than bringing about the end of brick-and-mortar education, MOOCs and other innovations will spur the progression to so-called “click-and-mortar” education. This suggests that the recommendations in this area will include complementary improvements to existing formal and non-formal systems, as well as mechanisms for reviving lifelong learning in higher education.

For students, the foundations for success must be laid early, beginning with pre-primary and primary education. And policymakers must recognize the risk of perpetuating a digital divide that favors those who are already advantaged. Malaysian leaders must work to ensure that new modes of delivering education translate into better opportunities for a broader range of people.

The pace and scope of technological progress makes predicting impending developments, and how they will affect education, virtually impossible. Regardless of which new technologies arise, however, education will boil down to teachers and students. Providing tools and opportunities that support the evolution of their respective roles is essential to creating a labor force capable of adapting to changing circumstances. That is the real challenge facing Malaysia.

Isu PBS : Kemarahan 500,000 Guru Boleh Gegar Politik Negara?



Sebelum ini WZWH tidak pernah lansung mahu mengulas isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melibatkan SRK dan SMK kerana menjaga Protocol General Order sebagai penjawat awam.

Tapi...kalau isu ini boleh buat majoriti guru memendam rasa dan akhirnya menolak kerajaan BN dan membuatkan UMNO tidak boleh memerintah Putrajaya....maka WZWH terpaksa bersuara!

Dengan bilangan guru yang berjumlah hampir setengah juta orang di Malaysia (419,940 guru), kemarahan guru boleh menggegarkan politik Malaysia.

Walaupun guru bukan lagi tunggak politik UMNO sebagaimana sebelum ini namun kemarahan mereka boleh menggoncang politik negara.

Jadi sebelum apa-apa berlaku, sebelum guru ini bergabung dengan majoriti rakyat yang marah dengan kenaikan kos hidup, lebih baik kerajaan berbuat sesuatu.

Masalah PBS sila klik sini.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...