Sunday, February 16, 2014

Bagaimana Hitler Menjadikan The Eagle Nest Sebagai Tempat Retreat Dan Tarikan Pelancong Dunia


Hitler suka berehat dan retreat di The Eagle Nest di puncak Gunung Kehlstein Bavaria yang siap dibina pada 1938. Sambil Hitler duduk di bilik study berfikir merenung jauh masa depan Jerman, askar-askar Jerman menakluk Eropah.

Hitler suka membina rumah rehat di atas puncak banjaran gunung seperti Berghof dan Wolfsschanze selain dari The Eagle Nest.

Hari ini ramai pelancong Eropah suka melawat tempat rumah rehat pemimpin Nazi ini dan menjadi tarikan pelancongan dunia kerana legasi sejarahnya.


Di Pahang semasa zaman Inggeris, sejak 1890 lagi telah ada rumah rehat di puncak Banjaran Titiwangsa iaitu Frazer Hill Raub. Mula dibuka pada 1922 kepada orang ramai.  

The 1927 Handbook to British Malaya recorded that there were 9 bungalows for the use of government officials, 4 houses built with the help of the Red Cross for ex-servicemen and women, 3 private homes, a country club, a golf course, water supply and a post office.

Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris. Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024