Thursday, February 20, 2014

Tawaran RM10 Juta Bagi Siapa Yang Jumpa Rangka Fosil Dinosaur Pahang!



Heboh di Malaysia bila beberapa ahli paleontologist universiti tempatan dan Jepun menjumpai fosil gigi dinosaur spesis Spinosauridae di hutan pedalaman Pahang yang dirahsiakan lokasi.

Ini adalah perjumpaan fosil dinosaur yang pertama negara. Memang hutan rainforest Malaysia antara yang tertua di dunia lebih 150 juta tahun.

Penemuan ini cukup mengujakan kerajaan negeri Pahang. MB Pahang mahu agensi terbabit Perhutanan dan Pejabat Daerah mengepung kawasan ini eksklusif untuk ahli sains, arkeologis dan penyelidik meneruskan kajian dan cari gali disamping menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh.

MB Pahang mahu kalau boleh nanti dibuat muzium dinosaur Pahang dilokasi terbabit.

EXCO Pelancongan Pahang pun mahu discovery dinosaur ini menjadi satu faktor pulling crowd menarik pelancong luar negara dan dalam  ke Pahang. Memang target EXCO Pelancongan mahu 12 juta pelancong asing datang melawat Pahang yang dijangka mendatangkan pendapatan RM7 bilion.

WZWH berpendapat bukti penemuan sebatang gigi dinasour itu belum cukup kuat lagi elok kalau ahli saintis berjaya menjumpai fosil tulang rangka dinosaur tersebut. Kalau berjaya menjumpai beberapa set tulang lengkap adalah lebih baik seperti gambar di bawah.



Setakat hari ini pengkaji belum menjumpai lagi fosil tulang dinosaur samada lengkap atau tidak lengkap di Malaysia.

Rakyat Pahang pun sejak beribu-ribu tahun dulu dari abad pertama hingga kini melombong emas, bijih timah dan besi tidak pernah jumpa fosil dinosaur.

Atau mungkin ada beberapa penemuan fosil dinosaur tapi dirahsiakan. Ahli sejarah dan kurator perlu membelek fail-fail lama untuk pastikan.

Untuk bukti yang lebih kukuh dan konkrit 'Pahang bumi dinosaur' maka fosil tulang dinosaur perlu di cari dalam tanah negeri Pahang.

WZWH juga mencadangkan kepada korporat-korporat yang berniaga dan banyak untung di negeri Pahang seperti Genting Berhad dan YTL Corporation serta pelombong-pelombong besi Pahang menyumbang RM10 juta bagi siapa yang jumpa rangka fosil dinosaur Pahang.

Apa lagi rakyat Pahang pergilah gali dan cari fosil tulang dinosaur Pahang. Jangan lupa minta permit carigali tulang dinasour Pahang!

4 comments:

Anonymous said...

Muzium dinasaur di Temerloh..

Anonymous said...

Cuba cari pakai bomoh

Anonymous said...

Bomoh Pahang yang handal pun sudah tiada ramai sudah mati...cuma tinggal anak murid yang belajar separuh..

Anonymous said...

Yang aku tahu ahli politik dinosour banyak di Malaysia. Tak da tawaran ke.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...