Monday, February 10, 2014

Bila Ikan Patin dan Kelah Marah Sama Sturgeon...Maka bangkitlah Jelawat Sungai Tembeling!



Ini ritual anak-anak lelaki Sungai Tembeling...mengosokkan 'batu dan punai' kepada ikan jelawat sebagai simbol kedewasaan kelakian dan kehebatan sebelum jual kepada towkay Cina...sedap orang Cina suka makan ikan jelawat!

WZWH masih ingat...masa kecil-kecil dulu...arwah datuk WZWH bercerita masa muda beliau sangat mewah dengan makanan eksotik Sungai Tembeling dan hutannya:

Ikan jelawat, patin, kelah, temoleh banyak boleh mudah dapat...apa lagi baung, belida, krai, gerhok, lampam..

Daging rusa, seladang pun banyak apa lagi kancil dan pelanduk...

Itu zaman of plenty yang semuanya mudah dan murah...tapi kini tidak lagi, komersial telah buat makanan eksotik ini sangat mahal harga ekonominya.

Ikan jelawat Sungai Tembeling sangat unik kerana bukan sahaja daging dan kulitnya sedap lazat serta harganya sangat mahal namun boleh dikatakan ini ikan ini sukar didapati di Sungai Tembeling barangkali hampir pupus!

Saintis mengatakan kualiti air dan tumbuhan air serta plankton yang special di Sungai Tembeling membuatkan ikan jelawat Sungai Tembeling antara spesis ikan jelawat yang paling sedap di dunia.

Ikan jelawat disebut juga (Leptobarbus hoevenii) adalah salah satu jenis ikan air tawar lokal yang digemari oleh masyarakat di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Ikan jelawat atau juga dikenai sebagai ikan sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. Boleh membesar sehingga 60 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar.

Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong.

Di Sungai Tembeling apabila ikan jelawat sudah hampir pupus maka ikan patin dan ikan kelah telah mengambilalih gelaran 'king of fish'. Maka ikan patin dan ikan kelah Sungai Tembeling diburu..

Untuk menambah nilai ekonomi kepada sektor perikanan atau nelayan sungai, pemimpin DUN Tahan telah memperkenalkan spesis ikan baru dari luar negara yang tidak dibela dalam sangkar atau di sungai tetapi dalam satu sistem tertutup dengan banyak tangki-tangki.

Ikan ini diberi nama sturgeon. Dibela dengan kos yang tinggi RM120 juta bagi telurnya yang orang kaya panggil kaviar menggunakan teknologi terkini berdasarkan kualiti air, suhu dan tanah.

WZWH telah banyak menulis posting mengenaikan pengenalan ikan sturgeon di Jerantut sila klik sini, klik sini, klik sini, dan klik sini.

Ada anak-anak Tembeling yang kuat semangat nasionalisme ikan-ikannya tidak mahu ikan sturgeon mengambilalih kedudukan dan gelaran 'king of fish' Sungai Tembeling.

Mereka mahu mempertahankan status quo ikan patin, kelah, jelawat, temelian, temoleh, gerhok, baung, krai, belida, lampam dan banyak lagi...termasuklah ikan badar dan puyu serta kaloi.

Ok WZWH boleh terima sentimen itu. Mergastua telah menyediakan santuari ikan kelah yang mana usaha ini sangat baik. Maka boleh juga menumpang ikan patin dan jelawat.

Suatu masa nanti...bila masa berlalu Projek Jalan Ulu Tembeling akan siap hingga ke Terengganu sila klik sini. Orang Tembeling tidak akan menggunakan jalan sungai lagi bahkan pelancong pun. Apa akan berlaku kepada Sungai Tembeling?

Pada masa itu para pelancong hanya melihat sungai-sungai dan anak-anak sungai dari cable car sahaja!

Dari Kg Pagi atau dari Kg Bantal...hingga ke Kuala Tahan...kita akan bina bela penternakan ikan jelawat Sungai Tembeling terbesar di Asia Tenggara. Sepanjang sungai ini dan anak-anak sungai kita tabur berbilion benih ikan jelawat....kita jadikan santuari.

Kita tidak mahu ikan jelawat Sungai Tembeling ini pupus hingga anak cucu kita tidak kenal ikan ini apa lagi mahu menikmati hidangan eksotik ikan jelawat.

Demikianlah bila ikan patin dan kelah marah sama sturgeon maka bangkitlah ikan jelawat Sungai Tembeling santapan Raja-Raja zaman dahulu.

 

Ikan jelawat bersaiz begini adalah nostalgia lama orang Sungai Tembeling. WZWH percaya jika kita berusaha...lambat laun kita akan dapat mengembalikan kebangkitan ikan jelawat Sungai Tembeling.

7 comments:

feudal said...

WZWH,

macam mane nie, kata belajar tinggi tapi minda tak terbuka pun - kata tak mau pupuskan ikan tempatan tapi masa sama nak kenalkan spesis dari luar, takan tak paham ade kesan ekologi.. dah ade kajian, ke tak tau kena buat kajian dulu- huh, tapi belajar tinggi2

dahle byk fakta salah, ikan jelawat bukan ikan pemangsa dah - dia omni. pastu ikan ni dah dikomersialkan lama dah sbg ikan hiasan@makanan- siam dan indon,... ikan kelah yg susah nak bela dan ternak jika dibandingkan.. nak air jernih, mengalir dgn bersih.. adoi... dia

tapi yg aku paling pelik skali mentaliti korang nie... kalau nak maju mesti buat jalan besar2.. dgn harapan akan menjanakan ekonomi??? adoi,.. ape pahang pun nak maju kena ade industry gak ke? kena ade kilang, kedai, bagunan tinggi... ape punya mentaliti dah... totok cam katak dlm gelas..

wei, ape salahnya majukan pertanian, pelancongan - buatle kajian. ini tak, kira buat lawatan tu dah boleh jadikan kajian... ape punya pemikiran camtu.

WZWH mengambil pendekatan bandar utk mengatasi cabaran rural... cayalah, ikut cakap & cadangan ni, tergadailah ekosistem yg saki baki tu, ape yg tinggal esok????



Anonymous said...

Anon 12:37 kena banyak belajar lagi....sila rujuk

Ikan Jelawat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ikan Jelawat
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Keluarga: Cyprinidae
Genus: Leptobarbus
Spesies: L. hoevenii
Nama binomial
Leptobarbus hoevenii
(Bleeker, 1851)
Ikan Jelawat atau juga dikenai sebagai Ikan Sultan merupakan ikan pemangsa air tawar. di Provinsi Riau penamaan ini disebut ikan lomak. Nama sainsnya adalah Leptobarbus hoevenii.
Boleh membesar sehingga 60 cm, oviparous; maserba; gregarious; biasanya berenang pertengahan sehingga dasar.
Ikan ini suatu masa dahulu menjadi santapan di raja tetapi setelah ikan ini berjaya dibiak dan telah dikomersilkan bagi hidangan ramai. Ia terdapat di sungai, tasik dan lombong di sekitar Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Menurut DSD Adnan Yaakob MB Pahang bahawa DS Najib sangat berminat dengan Projek kaviar ikan sturgeon ini dan mahu Jerantut menjadi pengeluar kaviar ikan sturgeon yang setaraf dengan ikan sturgeon Rusia dan Iran.

FGV mahu melabur RM120 juta dalam Projek ikan sturgeon di Sungai Tahan. Pelaburan ini boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

sila klik http://wzwh.blogspot.com/2013/10/mb-pahang-mengesahkan-projek-ikan.html

usin malaun said...

kena kaji kesan ekologi demi masa depan untuk anak cucu kita juga.jangan duk kejar duit yang hanya menguntungkan kroni2.sekarang ni pun di sungai pahang bukan hanya ikan asal aje dah bercampur dgn mcm ikan yang bukan habitat asal.

Anonymous said...

org ulu aje yg buat keja bodo mcm nie tu yang kena penipu sokmo.

Anonymous said...

Lagi satu project " Kerpan ". Udang harimau entah kemana, orang arab entah kemana, kolam entah kemana. Yang tinggal orang Kedah ternganga-nganga.

Anonymous said...

lanjiooo punye olang

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...