Saturday, February 22, 2014

Bayangan Meminda Enakmen Larangan Kalimah Allah Strategi Terbaik Anwar Mendapat Undi?



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membayangkan jika menang Pilihan Raya Kecil Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, beliau akan menggesa undang-undang syariah Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dikaji semula supaya "lebih munasabah."

Ini bercanggah dengan Titah Diraja Sultan Selangor.

Adakah Sultan Selangor akan berkenan dengan bakal "calon baru MB Selangor" ini?

Bayangan hasrat Anwar Ibrahim mahu meninda Enakmen Larangan Kalimah Allah adalah strategi terbaik Anwar mendapat undi PRK DUN Kajang.

Ada segelintir pengundi DUN Kajang yang kuat semangat patriotik Kajangnya kecewa kerana tiga calon yang bertanding setakat ini dari luar iaitu Anwar, calon MCA dan calon bebas Zaid Ibrahim.

Malang bagi Selangor yang Raja dan rakyatnya "sudah hilang kedaulatan" bila rakyat luar Selangor boleh mencatur politik negeri.

WZWH berharap negeri Pahang tidak jadi macam Selangor.

Pantang anak Pahang bila orang luar pandai-pandai menyibuk mencampuri urusan politik negeri.

3 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa parlimen jerantut juga dicatur dan diperkudakan oleh luar jerantut.

Anonymous said...

susah kalau pengomen tak faham tajuk

Anonymous said...

awak tu yg bangang tak baca sampai habis.lain kali jangan baca tajuk aje tengok la isi sekali.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...