Sunday, February 16, 2014

Najib, Menteri dan JUSA A Perlu Retreat Di Frazer Hill Untuk Refresh Mengurus Dan Tadbir Negara




DS Najib PM, Menteri dan JUSA A perlu retreat di Frazer Hill untuk refresh mengurus dan mentadbir negara dengan lebih cekap dan berkesan.

Cabaran global, domestik dan expectation tinggi rakyat Malaysia yang terlampau bijak memberi tekanan kepada ahli politik dan birokrat.

Pemimpin dan pentadbir perlu mental spa di resort pergunungan @ hill station yang bercuaca sejuk dikelilingi hutan rainforest purba dengan keindahan flora dan fauna.

Frazer Hill tempat retreat yang terbaik kerana pembangunan dan ruang yang terhad serta Akta sekatan sebarang pembangunan.

Walau ketinggiannya cuma 1,310 meter berbanding dengan Genting Highlands 1,740 meter dan Cameron Highlands 1.600 meter, namun Frazer  Hill menjadi pilihan kerana pembangunan extensive di Genting Highlands dan Cameron Highlands sudah riuh.

Frazer Hill menawarkan satu tempat yang sunyi jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan orang ramai dikelilingi oleh hutan purba yang suci, berkabus dan sejuk.

Ini sebenarnya ikut sunnah Rasulullah. Nabi Muhammad SAW pun suka retreat dan bersunyi serta berkhalwat jauh dari kesibukan metropolitan Mekkah mencari penyelesaian permasalah umat. Mencari strategi.

Di Pahang kalau mahu tempat yang lebih holy dan pure boleh retreat di puncak Gunung Tahan 2,187 meter tapi terlalu tinggi dan tiada hill station.

Frazer Hill, Cameron Highlands, Genting Highlands serta Gunung Tahan terletak di Banjaran Titiwangsa yang merupakan pergunungan yang lebih tua dari Himalaya.



















Foto WZWH santai bersama Dato' Mohd Sharkar Shamsudin EXCO Pelancongan Pahang di Frazer Hill Little England of Pahang selepas pelancaran Program Panoramic Pahang yang mahu menarik lebih 12 juta pelancong asing ke Pahang dengan pendapatan RM7 bilion sempena Visit Malaysia 2014.

5 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Fraser's Hill memang tempat yang baik utk retreat. So, Tuan wzwh, kat mana boleh baca laporan retreat tu? Nak jugak tahu hasilnya. Apakah perancangan utk capai target Visit Malaysia 2014 utk Pahang terutama bagi daerah Jerantut dan Temerloh.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 3:02,
Tunggu posting WZWH yang akan datang, insyallah.

Anonymous said...

wzwh,,btul ke MB Phg nk bertukar kpd dato shakar?

Anonymous said...

Kalau betul seperti anon 12:36 bagitau tu, 3/4 rakyat Pahang pasti happy.. semoga datuk Sharkar membawa lebih kemajuan drp apa yg ada skrg.. Pahang layak digelar negeri paling ketinggalan kat Malaysia rasa2nya

Anonymous said...

dato shaker layak jadi MB PAHANG sblum pru ke 14..mohon zuri ulas sikit.nak pula beliau dilantik MT UMNO.pencaturan najib sgt jelas.perubahan kuasa di Pahang akan menjelma selepas serawak.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...