Thursday, July 20, 2017

Badak Pahang Terakhir




Badak Pahang sudah semakin pupus dan punah. Kali terakhir dilihat pada tahun 1932 di sebuah permatang dikelilingi paya berhampiran Kuantan yang akhirnya tempat itu diberi nama Permatang Badak Sila Klik Sini.


Posting ini mengenai badak Pahang terakhir dan usaha konservasi menyelamatkan survival badak Pahang.






Badak sumbu Kerbau atau juga dikenali sebagai Badak Sumbu Sumatera (Sumatran Rhinoceros) ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama saintifiknya Dicerorhinus sumatrenesis.

Berat seekor badak sumbu kerbau dewasa adalah antara 530 kilogram hingga 750 kilogram. Ketinggian bahunya ialah 1.2 meter. Kulitnya kasar, tebal, berlipat-lipat dan berwarna kekelabuan. Ketebalan kulitnya antara 5 milimeter hingga 14 milimeter. Berbeza dengan badak-badak lain, badak kerbau mempunyai dua sumbu.



Badak sumbu kerbau ialah haiwan mamalia yang biasanya hidup sendirian dalam habitat yang lembap dan teduh. Haiwan herbivor ini makan pucuk dan daun-daun muda pokok tertentu. Ia sering berkubang untuk menyejukkan badan, menghalang lalat pikat menghisap darahnya serta mengelakkan jangkitan penyakit kulit. Tetapi sekiranya badak kerbau ini terlalu lama terdedah di bawah cahaya matahari, kulitnya akan menipis.


Penerokaan hutan telah memusnahkan habitat badak sumbu kerbau dan menghalangnya kembali ke tempat pasangannya untuk mengawan. Hal ini menjejaskan pembiakan badak sumbu kerbau. Selain itu, badak sumbu kerbau juga menjadi mangsa pemburu haram yang membunuh untuk mendapatkan sumbunya. Sumbu badak ini telah dikatakan boleh dijadikan ubat untuk menambahkan tenaga dan menyejukkan badan.


Dianggarkan kurang daripada 300 ekor badak kerbau masih kekal pada hari ini (2005), kebanyakannya dalam hutan kelompok kecil di Indonesia dan Malaysia. Sekitar 70 ekor hidup liar di hutan Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Taman Negara Malaysia.


Badak sumbu Kerbau telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada 12 haiwan yang paling diancam kepupusan di dunia oleh Pemuliharaan Semulajadi dan Sumber Semulajadi Antarabangsa (International Conservation of Nature and Natural Resources). 


Menyedari ancaman terhadap spesies badak ini, ADUN Tahan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia berhasrat rebranding Pusat Biodiversiti Badak di Kuala Atok Sg Tembeling yang telah dibina dengan kos RM12 juta pada 2012.





Penulis dan koordinator Strategi Tindakan Gajah dan Badak WWF Asia, Christy Williams, menyatakan, satu usaha telah dijalankan di India bagi menyelamatkan harimau dari kepupusan dengan pertolongan Perdana Menteri India, Mahatma Gandhi, dengan melancarkan projek harimau. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga telah mengadakan program intervansi bagi membantu mengembalikan badak sumbu Sumatera pada kadar kawalan.

Di Malaysia, pemimpin-pemimpin politik baik dari Kerajaan atau Pembangkang perlu ke depan memperjuangkan survival fauna menjaga khazanah alam bagi warisan masa depan.


Neram, Maris dan juga Ara
Kelah, Enggang dan Badak Sumatera
Marilah lindungi Taman Negara
Untuk warisan kita bersama

3 comments:

Unknown said...

Tolong buat homework sikit sebelum melepek keluar kan kenyataan. Buat malu sahaja.

mr T said...

Koi ingat baik YB bagi peruntukan Badok Biodiversity RM100 juta lagi jaga warisan Taman Negara bagi cucu cicit kome jugok
Koi boleh tolong laksanakan impian YB bila2 dana cukup.

Anonymous said...

Badak pahang belum pupus , sedang dipelihara oleh pm Kita datuk seri najib di putrajaya .buat masa ini badak tengah bunting .dijangkakan lepas pru 14 nanti badak itu akan beranak ..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024