Saturday, December 24, 2011

Genius Adam Adli Mengatasi Saifuddin Abdullah! Najib Berterimakasih Kepadanya

Ihsan GWM. Obama pun mahu belajar 'new politics' dari Saifuddin Abdullah!

Dikatakan Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi @ MP Temerloh membawa 'new politics' dalam arus perdana negara.

Selalu juga beliau bagi lecture kepada PM, MB Pahang, Ketua-Ketua UMNO Bahagian. Dalam kapalterbang Saifuddin pun sempat bagi lecture politik kepada TPM.

Orang PKR, PAS, DAP dan Melayu liberal terpegun dengan Saifuddin. Kalau ramai MP UMNO macam Saifuddin boleh buat Pakatan Rakyat goyah.

Pakatan Rakyat pun ada pemimpin semacam Saifuddin yang buat pemimpin mereka tidak senang duduk iaitu Dr Hassan Ali.

Tapi falsafah politik Dr Hassan Ali senang dan mudah difahami oleh 'hardliners' UMNO kerana memperjuangkan agama, Melayu dan Raja.

Tidak seperti falsafah politik Saifuddin tidak mudah difahami oleh 'hardliners' UMNO bahkan UMNO grassroot sendiri tak faham apa hala tuju politik baru Saifuddin.

Peristiwa terkini mempertonjolkan satu lagi tokoh bukan ahli politik tapi mahasiswa tahun 5 TOEFL UPSI Adam Adli mengjangkau expectasi Saifuddin sendiri.

Tiba-tiba Adam Adli disebut oleh orang politik dan rakyat Malaysia. Tindakan bersahaja beliau selama 5 minit menurunkan bendera Najib di perkarangan PWTC menarik minat satu negara dan dunia!

Semua orang bercakap pasal tindakan Adam Adli dalam berbagai laras persepsi.

Sebelum ini ahli politik pembangkang dan kerajaan membahas banyak isu panas seperti NFC, Felda FGV, halatuju PAS yang menyimpang antara negara Islam dan negara Kebajikan, isu rasis dan orang tua DAP namun semuanya tenggelam.

Soal adakah Najib mahu menerima surat letak jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dari Shahrizat Jalil dan Saifuddin Abdullah pun tidak lagi dihiraukan oleh orang UMNO kerana isu turun bendera Najib.

Najib sebenarnya berterimakasih kepada Adam Adli kerana geniusnya mahasiswa ini. Najib pun tidak kisah bendera Najib diturunkan. Isu simbolik tidak penting bagi PM generasi baru Najib sebab ini PM politik baru kalau mengikut falsafah politik Saifuddin Abdullah.

Shahrizat Jalil makin gagah walau SPRM menyerbu NFC. Saifuddin masih stubborn walau ada mahasiswa dan NGO termasuk dari 'hardliners' UMNO dan bloggers pro BN mahu beliau letak Jawatan.

Saifuddin genius kerana isu terkini buat beliau popular walaupun Sharkar Shamsuddin Ketua UMNO Bahagian Temerloh @ EXCO Pahang lebih banyak bertungkus lumus buat kerja parti bagi keseluruhan parlimen Temerloh.

Meminjam kata Sanusi Junid "Politics is the conspiracy of the unproductive but organised against the productive but unorganised.

Nampaknya Najib suka membela ahli politik macam Shahrizat Jalil dan Saifuddin Abdullah itu hak PM.

Jika 'hardliners' dan grassroot UMNO suka cara lain itu hak mereka juga!

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...