Wednesday, December 28, 2011

WZWH Sokong Sakmongkol AK47 Dan Aspan Alias Bertanding Atas Tiket DAP Jika DAP Jujur!

Pemimpin Tertinggi PAS sudah lama "diDAPkan" oleh DAP. LGE kata kita mahu 'tarbiyyah DAP' kepada orang Melayu!

WZWH selalu cakap orang muda Melayu professional terutama di bandar jika tidak berminat dengan UMNO masuk dan aktif DAP dan kerja kuat bertanding di kerusi DAP tidak kira parlimen dan DUN yang majoriti ramai orang Cina.

DAP perlu membuktikan bahawa DAP adalah parti berbilang bangsa. Jika DAP pendekatan begini 30 tahun dulu sudah lama DAP boleh memerintah Putrajaya.

DAP tengah memujuk veteran UMNO (walau masih lagi muda) masuk DAP dan berkemungkinan bertanding dalam PRU 13. Antaranya blogger Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias.

Ini blogger yang tulisan posting punya fakta-fakta yang baik. Tidak ada apa yang hendak ditunggu lagi jika UMNO sendiri tidak peduli dan menjaga kepentingan blogger UMNO ini maka tidak salah kedua blogger ini menerima tawaran DAP.

WZWH berpendapat blogger Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias boleh menggunakan kepakaran masing-masing bila masuk DAP dengan kegunaan yang semaksima.

Jika Saifuddin Abdullah terkenal dengan 'new politics' iaitu boleh makan dua belah pihak dalam UMNO dan PKR kenapa tidak Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias berjuang dalam DAP demi agama, bangsa dan negara.

Kenapa tidak jika ramai profesional Melayu muda masuk DAP akan tiba satu masa nanti akan lahir Anwar Ibrahim DAP yang berkarisma atau Mahathir DAP yang bijaksana boleh menjadikan politik baru Malaysia!

Nasihat WZWH kepada Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias perhatikan definisi politik yang WZWH paling suka:

Politics is all about interests!

6 comments:

Anonymous said...

Baguslah Aspan dan Sak meninggalkan Umno Baru - parti penyagak dan lanun. Yg tinggal menyokong parti penyangak ni adalah melayu2 yg mindanya sama dgn minda melayu tahun 1874. Tahun 1800an melayu diperbodoh olih Ingeris..sekarang diperbodohkan olih penyagak yg mengepalai Umno Baru.

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum saudara.

Tidak dapat dinafikan Sakmongkol merupakan seorang blogger yg tinggi daya keintelektualannya. Sayang sekali orang sebegini tidak dapat meningkat lebih tinggi dlm hierarki UMNO. Tapi saya tak setuju kalau saudara kata bahawa UMNO tak jaga kepentingan beliau. Sakmongkol selalu cerita bagaimana beliau telah secara unceremoniously dicantas sebagai calon dlm PRU yg lalu. Bukan rahsia lagi bhw dia berdendam dan benci dgn Dato Najib kerana dia tak dapat jadi calon dlm PRU yg lepas. Tapi kalau saudara baca blog bekas isterinya, kita dapat lihat bhw nasibnya tidaklah teruk sangat. Dia ada kepentingan dlm syarikat kuari, dapat tender keluar kayu balak, dan dapat projek buat jalan yg bernilai juta2. Apa lagi yg sebenarnya dia mahukan? Kalau dia masuk DAP, kita ucapkan tahniah padanya dan kita tengoklah apakah DAP akan berikan lebih penghargaan kepada orang yg semacam ini.

Orang yang cerdik dan pandai macam Sakmongkol patut lebih kenal siapa dia sebenarnya DAP ni. Parti ala-komunis yg dikuasai oleh anak beranak Lim dan Karpal sahaja. Kalau DAP benar2 ikhlas dengan konsep Malaysian Malaysia dan sudi untuk berkongsi kuasa dengan orang Melayu, maka DAP patut serah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang pada orang Melayu. UMNO telah buktikan betapa ia sanggup berkorban dan berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC walaupun mereka kalah teruk dalam PRU lepas. Malah banyak kawasan majoriti Melayu yg UMNO boleh menang diserah pada MCA, GERAKAN dan MIC. Jadi DAP patut beri peluang pada orang Melayu utk jadi CM P. Pinang kerana inilah bukti terbesar DAP mengamalkan semangat Malaysian Malaysia yg diuar-uarkan itu. Kalau orang Melayu yg sokong UMNO di kawasan majoriti Melayu boleh terima orang Cina dan India dari MCA untuk jadi wakil rakyat mereka, maka orang DAP di Penang yg majoritinya berbangsa Cina patut terima Ketua Menteri berbangsa Melayu atas semangat Malaysian Malaysia. Mungkin Sakmongkol boleh jadi orang melayu pertama yg menjawatnya. Lagipun orang Penang bukan nya kisah samada Ketua Menteri mereka berasal dari pulau itu ataupun tidak.

Oleh itu besarlah harapan saya agar Dato Sakmongkol boleh menuntut suatu jawatan yg tinggi dari DAP, yg sesuai dengan kepintaran dan kejujuran politiknya, sebagai syarat untuk beliau menyertai parti itu. Saranan saya Dato, tuntutlah kerusi CM Pulau Pinang itu.
Selamat maju jaya Dato Sak.

Wassalam.

Anonymous said...

Salam bro,
Kawan setuju dengan Cikgu Ngah kata tu.Yang baik hati hendak padu tu kita je sebenornya. Pasal ini tanah air kita, kita nak aman. Dia orang tu sakit hati sokmor kat kita buat lah macam mana pun . Dulu kita ingat dia nak harta je, sekarang dah banyak harta nak kuasa pulak.Nak menang tak mungkin tanpa undi Melayu. Ada pulak orang kita yang tak habis bedendam sama sendiri ni, tiba-tiba entah ke apa heinya boleh hendak sebelah mereka. Dia orang tak rasa ke itu taktik DAP je. Nak marah ke Najib ke, UMNO ke sekalipun, jangan lah sampai gelap mata. Kekadang kawan terkejut tengok perubahan sikap dia orang ni.
Tapi UMNO pun satu hal juga kenapa takut nak buang ke laut je mana-mana yang hampas dan mengabis keberas tu. Mana-mana yang rasuah, sebab orang Melayu ni marah sangat kalau orang tu rasuah, salah guna kuasa kayakan diri sendiri, yang politik wang dan sebagainya tu. Ini tidak. Yang ada kelulusan dan bagus kita tak suka, takut dia cabar kita.Kerana kepentingan politik puak, kita ambil yang tak tepakai.
Tak cukup dengan pembaharuan ekonomi dan penambahan produktiviti sahaja.Tapi juga jangan buat benda-benda dan gaya yang manusia tak suka. Commonsense motivation kan! Tak payah habis juta dan bilion pun .Insha Allah orang akan suka kepada kita.
Ingat kalau lepas kedia orang lebih adil ke? Hakikat yang tak boleh ubah, ialah kita tetap manusia dan tetap berbilang bangsa. Silap-silap lebih kecamuk. Jadi sementara kita masih bangsa penentu ni, pilih calun yang baik hati, tidak perasuah dan tamak, berpendidikan dan aktif . Mana nak cari calun-calun macam ni? Ada kalu kita cari walaupun bukan kelompok kita atau AJK Bahagian pun.
Alangkah cantiknya rakyat akan pilih calun yang baik sekaligus memilih UMNO. WALLAHHUALAM.

PemikirpolitikJerantut said...

Pakatan Haram is dead!! go to hell DAP!!

Anonymous said...

UMNO tak perlukan orang seperti Sakmongkol dan Aspan kerana mereka ni cerdik sangat. UMNO perlukan orang seperti makcik dan pakcik Felda jee.. senang nak kelentong.

Anonymous said...

Kita boleh lihat sendiri org org DAP dan Pakatan Rakyat spt si polan di atas dan yg memberi komen pertama..memanggil pengundi umno seabagi bodoh dan orang FELDA..siapa kamu nak pangil kami bodoh...siapa kamu nak melaknat org FELDA yg murah rezeki kerana Allah...sedih sedih.....inilah perangai anti demokratik pelaknat Pakatan Rakyat.

Aspan Alias dan SAKMONGKOL adalah musuh UMNI..ini adalah realiti politik Malaysia...DAP di Sarawak telah memanggil UMNO sebagai agen anti Christ dan Evil(syaitan)....inikah sebuah oafti demokratik yg diagungkan Aspan Alias dan Sakmongkol.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...