Wednesday, December 28, 2011

Zaid dan Karpal Mahu Anwar Dihukum Ringan Kerana Liwat Suka Sama Suka!

Sex suka sama suka antara lelaki sama lelaki tidak menjadi kesalahan di banyak negara dari segi perundangan. Walaupun perundangan sekular membenarkan namun agama melarang.

Sodomi adalah kesalahan jenayah di Malaysia. Sex di luar tabiee menjadi kesalahan di Malaysia kerana British memperkenalnya 160 tahun dulu. Walau England dan negara maju lain telah mansuh tidak Malaysia yang masih mengekal undang-undang itu.

Kesalahan undang-undang berubah mengikut peredaran masa. Dulu disetengah negara adalah menjadi kesalahan bila:
  • Orang kebanyakan melihat wajah raja!
  • Seorang perempuan berjalan seorang diri tanpa sedara lelaki.
  • Seorang perempuan memandu kereta masih diamal di Arab Saudi.
Ada juga undang-undang pelik seperti:
  • Orang kebanyakan dilarang mati di bangunan parlimen UK kerana kos pengkebumian ditanggung negara.
  • Dilarang perempuan bujang terjun parachute pada hari Ahad di Florida.
  • Menjadi kesalahan menamakan seekor babi dengan nama 'Napoleon' di Perancis.

Oleh kerana ada orang melakukan kesalahan kerana hobinya itu tidak bermakna orang itu tidak dikehendaki, jahat atau merbahaya kepada orang lain.
Dalam negara demokrasi orang itu tidak sepatutnya melakukan kesalahan kerana perbuatan itu dikira berdosa!

Isu moral bukanlah untuk kerajaan menyelesaikannya. Dosa biar Allah menghukumnya bukan kerajaan.

Apa-apa pun verdict kes liwat Anwar, Zaid Ibrahim Presiden Kita dan Karpal Singh Pengerusi DAP mahu hukuman ringan kerana jika pun sodomi berlaku ianya adalah suka sama suka.

Anwar Ibrahim bukan orang biasa. Beliau adalah pemimpin pembangkang. Kesalahan jenayah yang dilakukan tiada kena mengena dengan kedudukan beliau sebagai pemimpin politik. Beliau mendapat sokongan berjuta rakyat Malaysia.

Adalah penting kepada negara agar verdict kes liwat Anwar tidak dilihat berat atau dipengaruhi politik. Jika tidak betul verdict boleh mengundang ketidakstabilan politik dan rasa malu kepada komuniti antarabangsa.

Pendedahan hobi sex Anwar telah buat satu dunia tahu. Semua orang ada pendapat masing-masing. Ada yang percaya, ada yang tidak, ada yang tidak kisah.

Anwar terpaksa hidup dengan semua ini tidak perlu Anwar menanggung seumur hidup kerana ini adalah kesalahan moral...

Kesilapan UMNO ialah UMNO tidak pandai mengurus politik Anwar terutama hobi Anwar menyebabkan politik Malaysia caca-marba, lintang pukang, UMNO dan BN tidak dapat 2/3, Orang Cina tidak percaya kepada orang Melayu, Orang India merusuh dulu, orang Melayu pun tidak percaya kepada orang Cina.

Ini adalah hasil politik yang tidak baik dan tidak sihat bagi negara Malaysia ini. 

Jika masa itu boleh diulang siapa ahli politik UMNO yang boleh mengurus politik dan hobi Anwar?

1 comment:

Anonymous said...

manusia con man sebegini, akan merosakkan bangsanya sendiri dan musuh bangsanya sendiri akan mengambil tempat dan ruang serta peluang mendahului bangsa con man itu sendiri,apabila dia berkuasa dalam tempoh yg agak lama.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...