Tuesday, December 20, 2011

Pendapatan MPK Lebih RM100 juta Setahun Tidak Cukup Lagi Sampai Gila Menyaman Parking Menyusahkan Rakyat Pahang Dan Pelancong!

YDP MPK Dato' Haji Zulkifli bin Yaaakob.

Kali ini WZWH menyokong blogger CMK dalam posting sila klik sini dan klik sini berkenaan:

Orang Ramai Di Gesa Hadir, Dalam Protes Rakyat Isu Saman Parking Di Ibu Pejabat MPK 30 Dis Ini.

Isu saman Parking MPK menekan minda dan mendera emosi rakyat Pahang di Kuantan dan pelancong asing

Baca karenah kegilaan MPK menyaman tanpa etika dan pertimbangan.

Semasa WZWH belajar di UK dulu di kota-kota Eropah seperti London, Paris, Rome, Madrid, Bonn tidak gila macam MPK Kuantan menyaman Parking.

Kawan WZWH dari Israel pun cakap tiada sistem saman Parking macam MPK di bandar-bandar Israel.

WZWH berharap YDP MPK Dato' Haji Zulkifli bin Yaakob, orang asal Jerantut menimbang ketidakpuasan warga Kuantan agar Dato' dapat menangani keluh kesah orang ramai.

Dibimbangi rakyat akan menyalahkan UMNO dan BN Pahang bertambah lagi kekusutan menarik sokongan rakyat ibu negeri Pahang yang parlimen Indera Mahkota dan parlimen Kuantan tumbang ke tangan pembangkang pada PRU 12 melakar sejarah tersendiri politik Pahang.

9 comments:

Anonymous said...

temerloh pon same...keknyer ade diskaun utk org yang bayor denda parking...cer kabo ke YDP ter bagi diskaun sikit...

Anonymous said...

buat keje susah.....tak buat keje susah.....
kalau tak mau ikut sistem sgt...nanti.....kelam kabut...
ikut sistem masih lagi yang menonggah arus......yg kurang asam letak tak tentu pasal....kereta cermin gelap....merz......BMW..kira kete mewah...mereka sure penyokong kerajaan UMNO/BN...org biasa takut sbb tak ada duit.....dan tak ada org dalam.....atau org kenamaan

Ixora Azura said...

mmg skt ati lh..kes byr parking nih bukan je kt area bandar tp kt kwsn perumahan..cth mcm taman tas, indera mahkota..setakat nk gi kedai runcit dpn rumah pon still kne byr parking. mmg skt hati dgn MPK..MPK giler duit! tp bndr kuantan ttp mcm tu jgk..biasa jer...

Anonymous said...

SAPA YANG TADBIR? KERJAAN bn

Anonymous said...

Mereka yang berkepntingan, bukan kerajaan sangat berkaitan dengan parking ni. Cuma yg urus sahaja dan pentadbiran oleh kerajaan BN. Tapi yang menyusahkan bila parking tu dkorporatkan maka jadilah "keparat". Ser lagi nak bagi taw jugek, bila dah dikorperatkan kote bingkuk jika diletakan dikawasan parking mesti kena jelaskan. Lihatlah siapa yang punya pekerjaan.

Anonymous said...

Undang2 zalim ni nanti kene tanya kat akhirat..padan la deme..klo buat nye kene saman tu org susah lagi la zalim..org kaya di biarkan, org susah di tekan..

Anonymous said...

semenjak dua menjak menggunakan kupon mmg masaalah, baik buat macam dulu, sbb parking xsampai 5 minit pun dh kena saman.

kebanyakan rakyat dh naik muak dng MPK dan salahkan kerajaan negeri, kononnya sibut saman sbb nak cari duit utk pru13.

Anonymous said...

isu ini perlu diperhalusi lagi sbb bnyk perkara perlu diambil kira...MPK pn kena la bertimbang rasa, xkn la org kat taman perumahan pg kedai jap pon nk bayar duit parking, kena wat sistem sket la...sian org stakan nk pg kedai 2-3 minit dah kena bayar parking....

Anonymous said...

jam 4.55pm..
pun kena saman jugak..?
teruknyeee MPK ni....
sesungguhnye, doa org yg teraniaya dimakbulkan...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...