Wednesday, December 14, 2011

Kitaran Penyelamat Ummah Malaysia Sultan Kedah PM Pahang!


Sejarah Malaysia moden menyaksikan Almarhum Tun Razak PM Malaysia dari Pahang menyelamatkan ummah Malaysia selepas rusuhan kaum PRU 1969. Tun Razak mencipta Rukun Negara, DEB dan BN bagi membina negara dan masyarakat yang sudah hancur.

Ketika itu pembangkang menghasut orang Cina supaya kurang ajar kepada orang Melayu. Orang Cina bandar terutamanya yang berfahaman sosialis dan komunis begitu teransang dengan hasutan dan dakyah pembangkang maka provokasi antara kaum menyebabkan berlakunya tragedi 13 Mei 1969. 

Pada tahun 1970 Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim dipilih jadi YDPA. 5 tahun semasa pemerintahan Baginda sebagai YDPA itulah Tun Razak berkerja kuat membina dan menyusun semula masyarakat Malaysia.

Kini kitaran penyelamat ummah Malaysia Sultan Kedah dan PM Pahang kembali. Adakah kitaran ini memberi impak yang positif. Atau orang tua kata pisang tidak akan berbuah dua kali! Sama-sama kita lihat keputusan PRU 13 nanti.

PRU 2008 menyaksikan politik Malaysia kurang stabil dan tidak mantap bila BN tidak dapat 2/3 memyebabkan masa untuk bina masyarakat dan negara terencat kerana masa banyak habis dengan politiking.

BN dan UMNO banyak rugi sumber,tenaga, masa dan dana kerana melawan fitnah dan persepsi negatif yang dimantera shaman oleh pembangkang. Politik pembangunan tidak dapat berjalan dengan lancar. Rakyat Malaysia sudah keliru tidak tahu apa yang mereka mahu sebenarnya. Rakyat Malaysia tidak dapat membezakan antara utopia dan realiti.

Lantas keadaan yang kabut menyebabkan pengurusan dan pentadbiran negara tidak dapat berjalan dengan baik. Rakyat yang brain 5 star ramai berhijrah migrate ke negara-negara maju ke Eropah, AS, Australia, China, Taiwan dan Singapura.

Tinggallah rakyat yang brain 1 hingga 3 star duduk kekal dalam negara. Bila rakyat ini seronok mendengar cerita bohong dan fitnah pembangkang maka rakyat mahu memberontak kerana emosi politik terganggu.

Maka DS Najib Tun Razak PM dari Pahang terpaksa menggalas beban yang sangat berat di antara semua PM yang ada untuk reengineering struktur masyarakat Malaysia terutama mental dan soul rakyat Malaysia yang kalau tidak diubat akan hancur Malaysia ini lebih teruk dari tragedi 13 Mei 1969.

Slogan 1Malaysia dan Transformasi pentadbiran dan pengurusan negara dijalankan. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Apa lagi yang mahu dikata jika anda menjadi PM Malaysia pada ketika saat ini apa yang anda akan lakukan?

Untuk kita menyoal kaum-kaum itu adalah keturunan pendatang dan kenapa hak kaum pribumi perlu dimansuh bukan penyelesaian terbaik.

Diharap pertabalan YDPA Tuanku Abdul Halim Sultan Kedah buat kali yang kedua selama 5 tahun mendatang dan kepimpinan DS Najib PM Malaysia dapat membawa negara ini dari kemelut politik yang tidak kondusif kepada politik pembangunan.

2 comments:

aminamad said...

Salam bro,
Dalam organisasi politik pun gaya kepimpinpinan adalah paling penting dalam mempengaruhi penerimaan massa, apatah lagi dalam negara yang termajmuk sekali di dunia ini.Itu kita tidak minta dan terimalah ia sebagai sejarah.Falsafah kenegaraan yang dihasilkan dari kesan penjajahan tersebut bukan mudah untuk dilaksana dan dikekalkan.Sistem politik, ekonomi dan sosial yang sedang kita jalani lebih lima dekat lalu terbukti berkesan untuk mencapai sebuah negara maju dan masyarakat yang setabil.Namun untuk mengekalkannya bagi sebuah negara majmuk yang unik memerlukan proses reengineering dan rebranding secara menyeluruh.Pendekatan yang menyeluruh ini memerlukan kepimpinan politik yang berani dan berkeazaman tinggi serta yakin dengan tindakan pembaharuan yang diambilnya.Kesannya tentu sahaja satu piawaian yang dapat diterima, disegani dan ditakuti. Kerana penerimaan itu dapat memenuhi hasrat dan ciarasa massa yang sudah pasti menyeluruh juga sifatnya.
Barang diingat citarasa manusia ini berlain-lain sifatnya bergantung kepada siapa dan dimana tahap mereka berada.Beberapa proses pembaikan yang dilaksanakan oleh kepimpinan kita mutakhir ini seperti satu contoh iaitu kedai, pasar, restoren satu malaysia dll dapat memenuhi citarasa sebahagian besar lapisan massa. Sudah pasti sesuatu tindakan pembaikan itu tidak sempurna 100&, terdapat kumpulan yang rasa terancam. Terutama dalam negara Malaysia yang termajmuk ini ada pula yang mempolitikkannya untuk kepentingan mereka.
Dalam sebuah reban itu ada berbagai ragam ayam. Dari masa kemasa isikan dengan denak-denak yang baik.Insha Allah, akhirnya semua ayam itu dipandang baik, berkualiti dan diterima.Kerana kita tahu masaalah manusia ini pada perception sahaja. Penerimaan itu pula
yang dilaksanakan secara total mencerminkan sebuah kepimpinan yang kental, berani dan beriltizam seperti mana gagahnya wira-wira kepahlawanan Bugis dizaman dahulu. Wahllahhualam.

Anonymous said...

kelakar sunggoh... yeah, dream on, SUCKER...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...