Thursday, May 9, 2013

Jika Ahli Parlimen Melayu/Bumiputra Bergabung Hasilnya Lebih Dari 2/3 Majoriti!

Jumlah semua kerusi parlimen ialah 222. kalau BN mahu 2/3 majoriti kena dapat 148. PRU 13 BN dapat 133 bererti lebih besar dari simple majoriti 112 tapi tidak capai 2/3.

Itu yang buat DS Najib frust menonggeng sebab sudah buat yang terbaik tambat hati orang Cina. Sebab pengundi Cina yang dapat ke BN hanya 10.8%. Jika 25% orang Cina sokong, sudah tentu sasaran 2/3 majoriti dapat dicapai.

Di media sosial rumours bertiup kencang yang Azmin Ali tidak sokong perhimpunan "Anwar Ibrahim Tidak Puas Hati Keputusan PRU 13". Yang hadir ke perhimpunan itu 80% orang Cina.

Azmin Ali tweets...

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” 

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,”

“

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,”

“Gagal ke Putrajaya. Salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,”

Dikatakan ada 11 ahli parlimen PKR yang sanggup mengikut jejak Azmin Ali jika mahu keluar PKR.

Berdasarkan statistik PRU 13, jika ahli parlimen Melayu/Bumiputera bergabung hasilnya lebih dari 2/3 majoriti.


Jadual: Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)
Melayu/BumiCinaIndiaJumlah
DAP           1     34      3      38
PKR          16       9      5       30
PAS          21       0       0       21
Jumlah  Pakatan  Rakyat          38      43       8       89
Barisan Nasional         122        7        4      133
Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai 122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera dari Barisan Nasional dan hanya 38 orang Melayu/Bumiputera dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula didominasi oleh kaum Cina dengan 43 Ahli Parlimen.

Daripada jadual di atas 122 + 38 = 160 ahli parlimen Melayu/Bumiputera maka sudah lebih 148 boleh dapat kuasa 2/3 majoriti.
Tapi kalau WZWH cuba pergi jumpa TG Nik Aziz tunjukkan jadual di atas dan cadang supaya UMNO dan PAS bergabung pasti kena ludah oleh TG Nik Aziz!!!
Ludah Tok Guru...

33 comments:

Anonymous said...

Kenapa perlu ada perenggan yg akhir tu?

Anonymous said...

Kenapa perlu bergabung?
Buat aja lah agenda untuk kepentingan melayu / bumiputra tanpa menzalimi hak kaum lain....
Mesti melayu PAS/PR akan sokong....
InsyaAllah...

Anonymous said...

Jenis kalau berbalah akan ungkit sampai dalam kain ni....

Anonymous said...

Ada fakta dan data, menarik dan boleh direnungi. Tapi sayang apa perlunya perenggan akhir tu, nampak terpesong pulak

Anonymous said...

Anon tak baca papaers ke bila ada reporter tanya TGNA kemumgkinan UMNO bergabung dengan PAS...jawab TGNA, " saya ludah orang yang cadang itu...!"

Anonymous said...

penyokong2 pas sedang mengutip kisah2 kebaikan orang cina kepada orang melayu dalam usaha mereka utk menunjukkan bahawasanya cina sangat baik. mengapa penyokong pas sangat benci bila diajak bercerita perihal melayu? kerana kepentingan melayu diperjuangkan oleh umno. hanya kerana bencikan umno, kepentingan bangsa sendiri pun tidak lagi dihormati oleh penyokong pas. mereka mengatakan Islam lebih penting dari bangsa melayu, benar tapi sejak dahulu kala lagi di negara kita ini apabila disebut melayu maka akan tergambar dalam fikiran kita bahawa bangsa itu dinegara ini adalah beragama islam. mungkin ada melayu yg terlibat dgn gejala murtad tapi itu cuma kes-kes terpencil, penyokong pas juga marahkan umno bila ada kes melayu murtad tanpa mereka bertanya apakah yg pemimpin pas buat utk menghalang gejala tersebut

Anonymous said...

Nabi Muhammad SAW juga mempunyai bangsa iaitu bangsa Arab, tidakkah baginda bangga kepada bangsa beliau ini?

Anonymous said...

maaf, pembetulan: tidakkah baginda bangga kepada bangsa baginda ini?

Anonymous said...

Bagi dulu royalti hak orang kelantan Yang majoriti MELAYU tu....
Lepas tu baru cerita pasal bergabung...

Anonymous said...

Tak payah begabung
aku paling benci tengok perangai orang pas kelantan
orang umno di kelantan ok

Kampong man said...

Salam semua,

Anwar tetap Anwar.Berdemonstrasi dan politik huruhara memang synonymous denganya.Tidak dapat menerima kekalahan dengan sifat terbuka.Anda telah ditakdirkan Allah tidak layak menjadi PM Malaysia.Harus redha dan terima.Tidak habis habis dengan demonstasi dan merosakan ketenteraman awam, BODOH.

Pengundi Cina terpedaya dan tersepit dengan kononnya PR akan pasti membentuk kerajaan pada 6 May.Janji Anwar ternyata meleset.Lagi perhimpunan haram diadakan?.Kesabaran rakyat ada hadnya. Tidak hairan PR di tolak, amat menyusahkan.

Tidak ada gunanya bergabong dengan DAP.DAP berjaya meracun fikiran pengundi Cina menolak MCA yang MODERATE.DAP tidak jujur kerana meniup dan memainkan sentimen perkauman bagi meraih undi kaum Cina.Apa ini bukan RACIS dan CHAUVANISTIK ?.

Masih ada Melayu yang tidak nampak dengan agenda licik DAP.LAIN KALI LAH !!

Apa yang terjadi dengan kenyataan Azmin hanyalah "Tips of the iceberg".Jangan hairan pakatan rapuh ini akan memilih jalan sendiri.UMNO terus menjadi tunjang parti orang Melayu.Gracias !.



Anonymous said...

Wan jangan lawyer buruk,

Tahun 2004, BN menang selesa. Majoriti Melayu berada dibarisan kerajaan. Apakah hadiah yg BN beri kpd Melayu...

Harga Barang naik.
Harga Petrol melambung.
Undang2 murtad tidak terlintas nak digubal
dan macam2 tekanan yg diterima oleh rakyat khususnya Melayu.

Tahun 2008 BN hampir kalah. Najib terpaksa membeli hati rakyat demi kelangsungan politik beliau dan BN. Berbagai2 bantuan dan insentif yg belau cipta yg akhirnya memberi menafaat khusus kpd org Melayu.

Dgn kata lain pembangkang kuat, BN lebih prihatin kpd Rakyat. Ini hakikatnya. Jangan banyak auta!!

Cukuplah puak2 kamu cuma membonsaikan pemikiran org Melayu. Cukuplah!!! Ingat nyawa kamu dah tinggal nyawa2 ikan...

Lepas ini jangan pergunakan serta kasi gula2 kpd rakyat utk kepentingn kamu dan puak2 kamu. Insaflah...sebelum kamu menyuruh orang lain bermuhasabah...tilik diri kamu dulu.

Kes NFC dan terkini kes pembinaan kampus UITM Perak sudah cukup mengambarkan buruknya wajah2 kamu dalam menguruskan dana awam.

Wan, apa yg aku cakap ni pasti kamu dan puak kamu tak boleh terima sebab kamu memang bebal serta menganggap perkara ini fitnah belaka...terpulanglah!


Anonymous said...

Wan,

Kalau kamu nak suruh orang sayang kamu, maka kamu kenalah sayang kat orang juga. Mulut UMNO kata sayang kat PAS tapi kaki UMNO selalu dok sepak tulang kering kawan yg kamu kat nak bersahabat tu. Kadang2 sepak kamu tu sampai terkena telok kawan...kamu gelak sakan manakala kawan kamu terkencing tahan kesakitan.

Tahun 2004 dulu, masa UMNO menang besar dan PAS cuma menang satu kerusi kat Parlimen, tak ada sepatah perkataan pun keluar dari mulut UMNO menjemput PAS utk berkawan. Cuma le ni, dalam keadaan kamu tersepit, kamu mula kenal ayat2 alQuran betapa pentingnya perpaduan...konon!

Aku, kenal UMNO bukan hari ini...aku kenal UMNO masa kamu tak tau apa2 lagi tentang uMNo..

UMNO ni ada sifat 'jahat'...kepala dia ingat projek saja...sapu sana dan sapu sini agar kawan2 dia dan sahabat dia boleh jadi jutawan segera. Usahkan orag PAS kena tipu, org UMNO sendiri pun mereka tipu. Org UMNO mintak tanah dan berpuluh tahun tapi sampai hari ini masih tak lulus2. Sebaliknya bila tauke2 MCA mintak tanah atau geng2 dia mintak tanah, tanah yg diperuntukkan kpd LKPP pun dia sapu...

anon, hidulah kamu dalam keadaan kamu kena tipu hidup2. Bacalah Utusan Malaysia dan tontonlah TV3 agar otak kamu tambah hanyut...

Nampaknya kamu lebih faham agama yg dibawa Mahathir daripada yg diajar TGNA..sedih!

Anonymous said...

Ha3,macai umno dah goyang fikir nak bergabung pulak,napa? takut periuk nasi tak berasap ke,betul kata anon 7.42a.m ni,rakyat sudah nampak penyelewengan umno,tula semua rakyat sudah bangkit menentang kezaliman pemimpin,kita akui umno dulu tak sama dgn umno skrg,pemimpin mnggunakan duit rakyat untuk kepentingan sendiri,ingatla wan,lu ada anak,pastu lu bangga dgn gelaran cik wan ni,mngkin kesan dari seleweng allah akan tunjuk ke anak cucu satu hari nanti,sebab keturunan cik wan la yang banyak tunjukkan akhlah yang tak baik,mksiat sana sini,lagi satu alasan macai umno sering gunakan alasan biala pemimpin nak beli ape pun diaorang ada duit,itu hak mereka,hak menzalimi rakyat,jgn nmpak bnda ni kecil wan,hidup awk pling2 tggi 30 tahun je lg,tu pun kalau hidup dah tentu tak boleh jadi blogger lg,tapi ingat anak2 awk yang rasa getahnya bila kerajaan kita menaikkan semua hrga barang masa akan datang,awk sebagai cikgu dah nmpak ramai golongan cikgu yang membangkang,bukan diaorang tak berterima kasih dgn kerajaan atau perasaan hasad dengki kepada pemimpin tapi golongan2 ni la yang cerdik pandai menilai keburukan pemimpin uruskan kerajaan sekarang ni,penyokong umno macam wan semua tak fikir ni semua sebab nak melobi projek besar2 dan tak fikir kesusahan saudara lain yang berpendapatan kecil,fikirla wan betul2,umno dah tahap lemah,sampai pru ni gunakan duit untuk rasuah rakyat,nampak di situ umno bn dah lemah,bayangkan golongan2 yang merasuah,dosa tetap dosa melainkan orang ambik dan undi pada pembangkang,di sg retang semua dapat 2 ratus,belum cite ulu tembeling lagi,

Anonymous said...

Dalam politik, WZWH boleh dianggap sebagai org mudalah. Tapi kalau beginilah pemikiran org muda dalam UMNO/BN, tak nampaklah UMNO/BN boleh survive dlm politik Malaysia. Seharusnya UMNO/BN perlu mencari jalan macamana nak memenangkan semula penggundi yg lebih dr separuh tidak menyokong mereka dlm PRU13, bukan membesarkan statistik yg berpehak pada UMNO/BN. Satu lagi, tak perlu lah beria-ia untuk 'bersatu', setelah episod keji-mengeji,umpat-mengumpat, kata-mengata antara satu sama lain. Cukuplah sekadar maaf memaaf, berbaik-bsik serta berbaik sangka. Bagi saya, orang yg sebok nak brrsatu ni petanda orang malas bekerja. Nak kuasa secara mudah. UMNO/BN ada 5 tahun lg untuk mengekalkan kuasa. Mulalah berkerja.

Anonymous said...

Wan,

Saya tertarik dan positif dgn idea menubuhkan kerajaan perpaduan PAS/UMNO. Ini cadangan yg menarik...

Namun, sebelum melontarkan idea ini kpd pimpinan PAS, pastikan objektif pengabungan mesti jelas. Saya pasti TGNA tidak sekali2 meludah idea ini jika perkara2 berikut dijadikan asas pengabungan::-

1) Gubal kanun jenayah syariah di Parlimen.
2) Naik taraf mahkamah Syariah agar setara dgn mahkamah civil
3) Projek2 awam dikendalian dgn cermat dan telus. Istilah kronisme atau runding terus perlu dinyah terus.
4) Hentikan serta merta hiburan yg melampau...Islamisasi program TV.
5) Dana awam mesti dibelanjakan secara adil dan berhemah
6)Kembalikan hak royaliti petroleum kpd negeri2 yg berhak
7) Sistem pendidikan mesti dikaji semula...Korikulum Ilmu Umum dgn Ilmu Islam mesti diintergasikan secara lebih berkesan. SAR disatukan dgn Sek Ren Keb.
8) Dana awam mesti digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukan utk kepentingan parti pemerintah
9) Meraikan kebebasan bersuara
10) Institusi kerajaan mesti bersikap lunak kpd rakyat bukan kpd pemerintah.
11) Mengurus sepenuhnya wang awam/kerajaan menggunakan sistem perbankan Islam.
12) Menukar orenatsi Syarikat koperat seperti TNB, SYABAS, TM dan PLUS drp berobjektifkan keuntungan semata2 kpd perkhidmatan.
13) Melantik PM dari kalangan sama ada pimpinan UMNO atau PAS yg boleh diistilah sebagai berimej Islam.
14) Berlaku adil kpd masyarakat non Malay dan non Muslim

Jika ini dapat ditawarkan kpd PAS, saya tak percaya pimpinan PAS akan menolaknya.

Mat Periba

Anonymous said...

tak payah bergabung dengan pas.tak ada maknanya bergabung dengan parti yang mengutamakan kafir harbi drp orang islam sendiri.biarlah dia jadi kuda dap.tengok selangor,pas lebih kerusi drp pkr,tapi dap guna kuasa veto hendakkan pkr jadi menteri besar.

mat periba,tak usah cakap banyak.dah kalah tu duduk diam.umno tak perlukan pas sebab pas memang angkuh!!!

Anonymous said...

Berkawan degn kafir yang boleh bantu dan hormat islam lebih baik dari berkawan dgn org islam yg menentang islam macam umno.
DAP klu pun menentang islam apa nak peliknya sebab dia kafir. Yang peliknya UMNO yg menentang islam sdgkn dia islam.

Anonymous said...

Betul tu saya stuju,umno x naikkan agama islam

Anonymous said...

anon 11.02am ni macai sejati,dia memang dok bawah umno dri kecik smpi tua, tgk tv3,pergi kedai tgk utusan,pasal negara pun tak tau,bayar internetla bro,jgn jd bodoh buta2 percaya umno,aku anak beranak umno pun aku tau umno ni seleweng,org tua memang otak beku,tau nak bodek yb nak kebnda

Anonymous said...

Wan zuri ni angkuh,sebut je nama dia memang satu jerantut mnyampah blagak lebih dari dompok,mcm dia je yb,nak duduk semeja dgn puak2 wan je,macamla orang tak kenal family dia,mu taknak ikut islam tak payah sibukla nak bergabung dgn pas,anak mu besar besok taula jadi cam mana,kita berdoa jadi molekla,jgn sb gila projek agama islam tepikan,tula sebab orang mnyampah puok umno ni,dema akan tua juga wei,cukup2 cari harta dgn umno

Anonymous said...

Pas memperjuangkan Islam atau Pas menggunakan Islam untuk kepentingan survive politik mereka?
secara halus mereka cuba menanamkan sentimen bahawa Pas ialah Islam dan Umno ialah Melayu, secara halus mereka cuba menerapkan sentimen jika mahu Islam maka harus sokong Pas
Islam bukan milik Pas.

Keadaan lebih meruncing bagi Pas bila ramai yang pesat membantu mempromosi ke'Islam'an mereka ini di laman2 sosial ialah anak-anak muda yang selalu mengaku cerdik tetapi sebenarnya mereka tidaklah secerdik manapun, belajar pun tak tinggi, sesetengahnya kerja pun cuma jadi kuli, sesetengahnya ada juga yang kaki gaduh, sesetengahnya solat pun malas apalagi solat jemaah, menyokong Pas tidak bermakna anda cerdik, jika jenis cuma mengaku cerdik maka berlakulah keadaan di mana hujah2 anak muda ini cuma berdasarkan apa yang mereka baca dari sumber Pas bukanlah berdasarkan ilmu yang mereka tuntut dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi

Di mana yang tidak Islamnya Umno? Umno tidak pernah menghalang pengamalan rukun Islam dan rukun Iman di Malaysia selama ni. Orang Pas mengucap dua kalimah syahadah begitu juga orang Umno, orang Pas mengerjakan rukun2 Islam begitu juga orang Umno, orang Umno suka menonton tv, tonton drama, tonton akademi fantasia, ah orang Pas pun apa kurangnya. Orang Pas selalu mengatakan Umno tidak Islam hanya kerana menolak Hudud, tetapi kerajaan Kedah Kelantan Selangor sendiri juga tidak menjalankan hudud, walau apapun alasan mereka jika mereka hendak menjalankan pasti mereka akan jalankan kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Akhir kata - jangan jadikan Islam itu milik Pas kerana Islam itu untuk seluruh alam.

Anonymous said...

Anon 4.56pm,kita cakap awk bodo awk marah,dgr molek,pas bukan gunakan agama la bodo,pas nak tegakkan agama islam,faham tak maksudnya,bila tegakkan agama xkn berlaku atau dapat kurangkan manusia yg lagho,tau lagho,bodo bercakap,bila tegakkan agama kurangla masalah korupsi umno ni,klu mu bahan bini org pun,dosa tetap dosa wei,jgn nak tukar citela,celik cikit

Anonymous said...

BN makin pening, kerusi parlimen makin kalah...meroyan tuntut talak lama..

syed iskandar said...

ANON 6.40 PM.

ORANG PAS PUN TAK NAK TERIMA KAU SEBAB DARI BAHASA AWOK PUN ORANG TAHU SETAKAT MANA TAHAP KEISLAMAN KAU.

CAKAP KAU PUN KENA ATAS BATANG TUBUH PAS.SIAPA YANG SUKA BALUN BINI ORANG KALAU BUKAN WAKIL2 RAKYAT PAS?

CAKAP ORANG BODOH.TAPI SEBENARNYA KAU LAH YANG BODOH!

DAP TAK BANTU ISLAM PUN.SEBAB ALLAH DAH INGATKAN KITA BAHAWA PUAK KAFIR TAKKAN BERHENTI MEMUSUHI ISLAM SELAGI ORANG ISLAM TAK IKUT IDEALOGI MEREKA.SAYANG SEKALI ULAMA PAS TAK PAKAI INGATAN ALLAH TERSEBUT.SEBAB ITU PAS SENTIASA KERUGIAN BILA BERURUSAN DENGAN DAP!

CONTOH MUDAH PKR YANG KURANG KERUSI BERBANDING PAS DAPAT JAWATAN MB SELANGOR.

MASALAHNYA PENYOKONG PAS NI PAK TURUT YANG DAH DI BONSAI KAN OLEH PEMIMPINNYA!

Anonymous said...

Masalahnya
Adakah org umno benar Islam?
Practising Muslim ke, atau bobok je belake

Anonymous said...

syedla sgt,kalau dah macai memang tetap macai,wei penonton tv3,bukala mata sikit,jangan buta hati,kalau masih tak nampak rakyat menolak bn tak taula,sekolah ke tak awk ni,buta2 anak muda menolak tapi ada lagi masih nak mnyokong,yerla pakai fon nokia 3310,sedih aku tengok,mnyokong bn demi kpntngan awk memangla awak sokong,ahli umno semua tau tapi sebab dah ahli terpaksa akur perjuangkan juga umno ni,awak buka hati cikit yer,jgn jadi katak bawah konkrit tu

Anonymous said...

awak ni bukan pejuang islam sebenarnya.kalau pejuang islam tak cakap cara kasar.nampak sangat ilmu agama awak hanya belajar setakat darjah 6.

tengok ahli pas ustaz yang balik mesir dan jordan.bahasa mereka lembut dan bersopan.

awak ni sebenarnya penyokong aljuburi yang tamak kuasa.sebab itu biadap sangat.

Anonymous said...

peyokong-penyokong Pas yang menggunakan bahasa kesat dan sikap biadab begini sangat merugikan Pas itu sendiri, inikah hasil didikan pemimpin Pas?

Anonymous said...

"Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, April 1999.

Anonymous said...

KALAU RAKYAT MENOLAK BN MAKNANYA PAKATAN DAH MEMERINTAH KERAJAAN...BODOH BETUL LA,MENANG XDE MASALAH,KALAH JE SEMUA SALAH UMNO.HAHAHAHAHAHA KELAAKOR LA CACAI PR NI.

Anonymous said...

Anwar tak terima kenyataan, ini tak pernah berlaku sebelum Anwar jadi ketua pembangkang

Anonymous said...

adakah org cina begitu dahsyat kepada ko smua org ni?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...