Saturday, May 11, 2013

'Politik Baru' Temerloh Dan Pahlawan Semantan


Ayuh pemimpin-pemimpin BN Temerloh bangun dan bangkit buat persediaan untuk PRU 14.


Penyokong BN Temerloh berarak.


Semangat penyokong BN Temerloh.


Don't let your supporters down....


Lain kali lah BN ambil semula parlimen Temerloh dan 2 DUN.

WZWH jarang-jarang menulis pasal politik Temerloh. Ada sekali menyentuh Dato' Saifuddin Abdullah. Walau WZWH tidak minat cara politik beliau tapi tumbangnya parlimen Temerloh dan DUN Kuala Semantan serta DUN Mentakab buat WZWH sedih. Hanya DUN Lancang yang menang.

Profesor Khoo Kay Kim kata terkejut dengan kalahnya Dato' Saifuddin Abdullah seorang Timbalan Menteri yang liberal. Apa yang berlaku tewasnya DUN Kuala Semantan dan DUN Mentakab merupakan fenomena yang sama berlaku di DUN Tanjong Lumpur, DUN Beserah, DUN Semambu dan DUN Teruntum.

Begitu juga kalahnya parlimen Temerloh hampir sama tumbangnya parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Raub.

WZWH macam tidak percaya sebab Temerloh yang terkenal dengan semangat Pahlawan Semantan dan Bahamannya pasti dapat mempertahankan kubu.

Walau Temerloh terkenal di Pahang dengan Perjuangan Haluan Kiri seperti tokoh Ibrahim Yaakob, Pak Sako menyebut beberapa nama. API (Angkatan Pemuda Insaf) pun lahir di Temerloh. Arwah pelakon S Roomai Noor yang terkenal di Singapura punya anak artis Diva Anita Sarawak dan Noor Kumalasari adalah berasal dari Temerloh, semasa muda aktif perjuangan API. Nama sebenarnya Mat Taib.

Dato' Saifuddin Abdullah konon membawa politik baru, akhirnya kecundang dan tercampak dipenjuru PRU13 yang baru lalu. Makna politik baru yang Dato' Saifuddin maksudkan itu mungkin berbeza sama sekali dengan kehendak masyarakat kita.

Mungkinkah beliau mendepani zaman atau sebenarnya beliau disisih zaman. Tidak mengapa, kita terpaksa tinggalkan Dato' Saifuddin dengan idea politik barunya di Temerloh yang tewas kepada Nasruddin Hassan Tantawi ( PAS ) yang bukan pun anak tempatan.

Kenapa Parlimen Temerloh dan 2 DUN: DUN Kuala Semantan dan DUN Mentakab kalah? Itu kena tanya Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin Ketua UMNO Bahagian Temerloh detail teknikalnya....


Dato' Mohd Sharkar Samsuddin perlu restrategize bagaimana mahu ambil kembali parlimen Temerloh dan DUN Kuala Semantan serta DUN Mentakab pada PRU 14 nanti. 

11 comments:

Anonymous said...

WZWH,

SUNGGUH PUN DATO' SAIFUDIN ABDULLAH KALAH, TETAPI KALAH DALAM MENANG. BELIAU BERTARUNG SECARA ADIL DAN SAKSAMA. BELIAU TIDAK BERJANJI PERKARA YANG TIDAK TERTUNAI. KALAH BELIAU KERANA PELAKSANAAN DEMOKRASI DAN NUMBER. BELIAU TIDAK BERI WANG UNTUK MENGUNDI. KALAH BELIAU KALAH SECARA TERHORMAT DAN BERINTERGRITI. BAYANGKAN KALAU 2 DUN BN KALAH (SEMANTAN DAN MENTAKAB), LOGIKNYA MANA MUNGKIN ATAU TIPIS KEBARANGKALIAN DATO' SAIFUDIN MENANG. WZWH PUN TAHU BAGAIMANA ADUN DUKUNGAN WZWH MENANG, APA JANJI DI TABURKAN, SAMPAIKAN WARGA TUA UMUR LEBIH 70 TAHUN DI JANJIKAN DI BERI TANAH DAN AKAN DI BERI SAHAM FELCRA ( TEMUDUGA LAMA SEBELUM PRU 13, KENAPA BELUM DIBERI. ANGPAU BERAPA BANYAK, WZWH LAH YANG TAHU, INI DI KATAKAN BUAH AKHIR/SENJATA AKHIR. SEKARANG ADUN DUKUNGAN WZWH TENGAH MENGGILA NAK KAN JAWATAN EXCO PULA. YANG AKU KENAL DATO' SAIFUDIN ORANG NYA BERPRINSIP, CERDIK DAN ADA KUALITI PRIBADI. KALAH BELIAU KERANA TAKDIR. KALAU DI BERI PELUANG , BELIAU AKAN BERJAYA DALAM PRU 14 NANTI, MASA 4 ATAU 5 TAHUN TIDA LAMA. PADA AKAU KEMENANGAN NASARUDIN, KETUA PEMUDA PAS SUKAR NAK MELAKSANA APA YANG DIMANIFESTO ATAU AKU JANJI SEPERTI KATA DS NAJIB, PM KERANA TS KHALID KATA MANIFESTO BUKAN JANJI. APA YANG MP TEMERLOH BOLEH BUAT BERCAKAP DAN BERI PANDANGAN DI PARLIMEN, KERANA PR BUKAN YANG BERKUASA,NAMA PUN PEMBANGKANG. INI MASA ORANG TEMERLOH MUHASABAH DIRI, BAK KATA PEPATAH MELAYU. KERA DIHUTAN DISUSUKAN DAN ANAK SENDIRI KEHAUSAN(MATI KELAPARAN). BEGITU JUGA ADU SEMANTAN DAN MENTAKAB , APA KEDUA ORANG ITU BOLEH BUAT,BAGAIMANA NAK MEMBERI PERKHIDMATAN DAN MEMENUHI KEHENDAK RAKYAT TEMERLOH DENGAN BERKESAN. ORANG TEMERLOH DI SUAKAN DENGAN CALAON TERBAIK DARI UMNO/BN DAN ADA JAWATANPULA TIMBALAN MENTERI KPT, ADA MASA DEPAN YANG CERAH, KENAPA LAH TAK DIPILEH, PADA HAL KAWASAN MAJORITI MELAYU? . INI AKU KURANG FAHAM.

JADI WZWH TAK USAH CAMPOR LAH TEMPAT AKU TEMERLOH. TUGAS UTAMA KAU BERSIHKAN TAHI DAN SAMPAH ADUN DUKUNGAN AWAK TU, SUPAYA DI PRU 14 DIA MENANG LAGI SECARA PERTANDING YANG BERSIH.

EN. SAIFUDIN TERUSKAN PERJUANGAN, SAYA KAGUM DENGAN CARA DAN SIKAP TUAN, WALAUPUN KALAH TUAN COOL, NAMPAK RIANG BIA BUAL BICARA DI TV AWANI,INI LAH PEMIMPIN NYA. KALU ORANG LAIN 1 BULAN DUKACITA, KENAPA AKU KALAH.

ITU SAJA.
BANGAU TANJUNG WARIS MAT LELA.

Anonymous said...

Anon 8:18,
Itu sebab DS Najib dapat 133 kerusi parlimen sebab ramai calon parlimen BN yang ambil mudah soal kemenangan.

Apa makna kekalahan berprinsip kalau ramai lagi ahli parlimen BN kalah menyebabkab BN tidak dapat simple majoriti dan paling teruk BN tidak dapat memerintah.

Dalam PRU prestasi paling utama-KENA MENANG. Bila sudah menang BARU BOLEH CAKAP FALSAFAH....Politik Baru ke....Politik Masa Depan Ke...

Sayang calon2 parlimen BN yang kalah tidak boleh membantu BN, UMNO dan DS Najib..!!!

Anonymous said...

faktor sombong, tak mesra rakyat terutama dgn penduduk kampung warga emas serta kegagalam membawa IPT ke temerloh merupakan antara faktor utama kecundangnya beliau...

anak buah dato landak said...

waris mat lela gila,

dato saifuddin memang bagus tapi semasa jadi timbalan menteri suara beliau kebanyakannya suara pembangkang.jadi tak usah hairan lah mengapa dia kalah.

kerana orang melayu hamun dan bosan dengan perangai beliau.jd lebih baik pilih pembangkang drp pilih pemimpin umno bersuara pembangkang.

Anonymous said...

Beliau kalah sebab Orang temerloh dah matang..
.

Anonymous said...

oh..oh..oh,


Anak buah dato' landak itu adakah anah buah Mohd Sharkar, panggilan beliau masa di SMT Kuantan. Jadi komen itu aku tak heran lah. Pandangan tak boleh berbeza lah ye, kalau berbeza maka suara pembakang. celik lah hati sikit ana buah landak.

Anonymous said...

Aku sama-sama kat California dgn Shakar ni tahon 80an dulu...cer cuba tanya dia...masa semua orang pi belajar, keluar masuk-kelas di University, belajar nak kejar degree....apa malaun ni buat?

Perangai dari zaman bujang sampai sekarang tak ubah2....bawak2lah bertobat!

Anonymous said...

Anon 4:15am sedang cuba menabur fitnah, begitulah fe'el puak Pas

Anonymous said...

memang betul org umno byak g tempat2 dangdut,aku penah ikut tgk dgn mata sndiri,mabuk ni macam teguk air masak je

Anonymous said...

orang pas banyak berjubur dengan bini orang.minum arak urusan dengan allah tapi balun bini orang urusan dengan suami orang.lagi besar dosa orang pas.
pelacur melayu yang teramai adalah orang kelantan.pas tak berjaya tarbiyahkan perempuan kelantan walaupun dah hampir 30 tahun memerintah kelantan.nampak sangat makan elaun buta.

anon yang ikut ke dangdut tu dialah yang terguling2 atas lantai kerana mabuk!

Anonymous said...

salam..
koi orang temerloh..orang asal temerloh mmg undi Dato Saifuddin,,yang pengundi luar ni balik kg undi pmbangkang...tu yang kalah...kome org temerloh selesa dah dengan dato..deme duk bandar jgn hancurkan mase dpn kami.....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...