Saturday, May 4, 2013

BN Jerantut Dijangka Sapu Bersih Parlimen Dan 3 DUN


WZWH boleh berkata sekarang BN Jerantut dijangka sapu bersih parlimen dan 3 DUN: Pulau Tawar, Tahan dan Damak.

Pakatan Rakyat Jerantut sudah berpecah terutama PAS. Isu DUN Damak sampai 3 calon Pakatan Rakyat bertanding memperlihatkan kepada 63,000 pengundi parlimen Jerantut bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh menyelesaikan masalah yang asas.

Macammana Pakatan Rakyat mahu mentadbir dan mengurus parlimen dan 3 DUN nanti jika menang. Majoriti pengundi tidak yakin dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Jerantut.

Tidak pernah WZWH melihat dalam sejarah PRU Jerantut bahawa PAS Jerantut ada dua kem yang tidak sehaluan yang ketara.

Ini memberi laluan selesa kepada calon BN parlimen Jerantut yang sedang mendahului. Dalam ramalan WZWH calon BN parlimen Jerantut boleh mendapat 4000 majoriti. Melihat kepada perkembangan terbaru, majoriti calon BN parlimen Jerantut boleh pergi 7000  majoriti.

Pengundi muda first time voters boleh melonjakkan majoriti calon BN parlimen Jerantut.

Bagi DUN Pulau Tawar, calon BN DUN Pulau Tawar tidak ada masalah untuk mengekalkan majoriti pada PRU 12 dulu.

Begitu juga DUN Tahan, calon BN DUN Tahan dijangka selesa.

Ini kerana calon-calon PAS di DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan adalah calon orang baru yang tidak ada pengalaman 'skill the art of war'.

Kedua calon PAS ini tidak ada kekuatan tersendiri untuk berkempen menarik undi. Hanya berharap kepada undi silang dan sabotaj ahli-ahli UMNO sahaja.

Isu kerat parlimen atau kerat DUN bagi calon-calon BN sudah mati mulai hari ini. Semua pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong-penyokong mereka tahu bahaya kerat mengerat boleh rosak parti.

Ini kali siapa ahli-ahli UMNO yang sabotaj NO MERCY FOR YOU....anda semua dipantau!

Bagi DUN Damak pula ketumbukan jentera UMNO diarah membantu calon BN DUN Damak all out bagi memastikan kemenangan.

WZWH boleh simpulkan BN Jerantut sapu bersih parlimen dan 3 DUN.

TAPI...jangan leka dan take it for granted. Jentera kena kerja lebih kuat lagi.

Insyallah..apa yang WZWH tulis pada posting ini akan menjadi kenyataan pada malam 5 Mei 2013.

Selamat mengundi bagi 63,000 pengundi parlimen Jerantut:

  • 27,000 pengundi DUN Damak
  • 23,000 pengundi DUN Pulau Tawar
  • 13,000 pengundi DUN Tahan.


Mission WZWH in Jerantut accomplished.

72 comments:

Anonymous said...

wz..xyah beria kalau dah menang....

Anonymous said...

Kehkehkeh....
Moh undi PAS deme..
Pilihan bijak generasi berilmu

Anonymous said...

pengundi muda or first voters lebih kurang 7000 org. sebahagian besar darinya adalah yg dirancang dan didaftarkan dlm Pgrm pembangkang atau pakatan rakyat untuk penambahan undi yg menyokong parti perjuangan mereka. MCA dan MIC adalah sikit2. pemuda UMNO oleh kerana sibuk program tak ada yg buat sgt pendaftaran pemuda baru 5 tahun ni. tahun 2008 dulu ada dibuat sb sy terlibat. jd statement kata kita menang tu, hanya sekadar nk menyedapkan hati je. hakikatnya kita masih lagi kesakitan. adios.

Anonymous said...

Dari risikan kami BN kalah teruk di seluruh negara tidak terkecuali di Jerantut. Terima kasih, rakyat mahukan perubahan ini kalilah jom undi PR utk lebih kebaikan dan kebajikan!

Anonymous said...

SAPA HENDAK UNDI BN.
RASANYA TIDAK SEMUA UNDI BN. GOLONGAN BERIKUT TIDAK MENGUNDI BN.

1. GOLONGAN WAN TIDAK SEMUA MENYOKONG WAN. KEBANYAKAN WAN YANG MEMASUKI POLITIK JERANTUT DAN PROJEK JERANTUT MEMBESAR DI KUALA TEMBELING. SEMUA ORANG TEMBELING DAH KENAL 50% WAN MASIH HIDUP CARA TRADISIONAL DAN BERALAS.

2. GOLONGAN CINA, 90% DAH SWING.

3. GOLONGAN INDIA, 80% DAH SWING.

4. JERANTUT MEMANG TERKENAL DENGAN ORANG PENCEN. 90% MENYOKONG PAS.

5. GOLONGAN MASJID 5 WAKTU. 99.99% MENYOKONG BULAN.

6. ORANG KUALA TEMBELING, 80% MENYOKONG BULAN.

7. ORANG YANG DUDUK DIRUMAH PAKR YANG TIDAK ADA GERAN INDIVIDU, 80% MENYOKONG BULAN.

8. KETURUNAN KAMPAR, RAWA, MINANG, TOK GAJAH, PENGHULU NONG DAN DATUK SEMANTAN,
90% TIDAK LAGI MEMYOKONG UMNO.

SAPA YANG MENYOKONG UMNO.

Anonymous said...

9. GOLONGAN FELDA 50:50
URUSAN TANAH BELUM SELESAI LAGI, ? MILIK ATAU MENUMPANG.

10. GOLONGAN PROFESIONAL YANG TIAK TERLIBAT DENGAN POLITIK DAN KONTRAK KERAJAAN, 80% MENYOKONG BULAN

11. GOLONGAN TABLIGH
INI KALILAH, TIDAK MEMETIK SUIS LAMPU MENYALA. 100% YANG MENGUNDI MENYOKONG ISLAM.

Anonymous said...

Tok Wan ZURIK,

Ini akan berlaku di Jerantut:

Parlimen . Mat Nazlan , BN menang tipis kurang daripada 100 undi.

DUN Tahan.... Zakhuan, PAS - Menang selesa.

DUN Damak . Lau le tewas , Koh kalah tak hilang deposit, PKR menang.

Pulau Tawar, DR. Shukri ..BN menang majoriti besar.

Hujah wzwh ... perlu di perkukuh lagi...

Anonymous said...

awak bcakap ikut sedap aje ye anon2,masih ramai lagi yang menyokong umno sebenarnye,awak nak tau zon mana yang kuat anon?zon sempadan terengganu kalau dun tahan,zon sempadan lepar dengan dun tahan dan zon sempadan lipis bg dun damak,penyokong kuat iailah 1. pokok seraya 2. pokok merbau 3. pokok meranti4. pokok tualang 5 pokok damar siput dan banyak lagi pokok yang menyokong,sbb pokok x ada akal pikiran dia main sokong jer.memang menang kalau harap kan pokok.tp orang yang macam pokok je yang bg menang.maksud nya orang yang x ada akal saje yang sokong tahan damak p tawar.org yang cerdik pandai semua sudah lari berambus menyokong pas,lebih2 lg dun tahan orang dah fobia dengan umno bn ni dah ada penyakit barah sampai ke usus,biar la dia orang ubat sendiri penyakit barah tu, campur dengan kite nak mgubat dia orang marah pulak payah juge hehehe.sbb nye bila peruntukan kerajaan sampai ke jrantut puak2 ni yang mengerja,x mengajak kita langsung pun buat la deme.aku lepas mengundi d chebong besok aku x selindung aku pangkoh calon pas zakuan,pas 2 aku balik tido malas pening kepala,sbb aku rasa puas hati sangat undi pangkoh pas sbb x pernah bg ke pas selama ni.hiduuuuuup zakuan insyaallah kite menang besar.penyokong baru pas dun tahan dan puak kerabaknye.wassalam

Anonymous said...

mu lupo oghang kelate,
hok undi jerantut, 99.99% undi pas.

Anonymous said...

Lantak pi la dah kamu terus menerus kena tipu kat bn perompak khaxanah pahang.

Anonymous said...

Apa yang di tulis oleh wzwh boleh lah di simpulkan seperti orang yang sedang nazak apabila sakratulmaut hampir tiba orang nazak nie akan bangkit dan nampak sihat sekejap bagi mengurangkan kerisauan dan kebimbangan kepada saudara mara dan juga para penyokong selepas sketika dia terus rebah dan tak bangkit2 selama-lamanya.

Kesempatan ini juga saya mengucapkan kepeda semua pengundi Jerantut marilah kita sama2 tak kira melayu cina,india dan orang asli bersatu hati dengan semangat yang kental menumbangkan peminpin yang khianat kepada bangsa kita dan peminpin yang jahat kepada amanah yang rakyat berikan

Kepada kaum cina dan india DUN damak undilah cikgu Koh dan berilah undi kepada Pas Parlimen Jerantut. Kami orang2 melayu Dun damak akan membantu kaum cina megundi cikgu Koh dan seterusnya kita memenangkan PAS di Perlimen Jerantut.

INI................KALILAH!!!!!!!!!!!!!!!

LAST SPEED....

Anonymous said...

ini kali la...tukar....
BN dah byk songlap duit....sampai duit lembu pun abis nak songlap...katakan tak nak pada bn....

Anonymous said...

wahai Anom di atas,

kan PAS, DAP dan PKR berpakat. Macam mana suruh beri undi kepada Koh, cap bunga raya tu. KOh ini kaki lompat dari MCA ke PKR ke DAP kemudian Bebas bunga raya friend kepada pAS, apa hal ni DR Hamzah dan Tuan Brahim. Tak faham aku.

Anonymous said...

Wan,

Ini Harapan dan Doa kami: Ya Allah,
Kiranya kemenangan PAS/PR dalam PRU kali ini adalah baik untuk Agamamu...
Maka Kau Kurniakanlah kemenangan besar kepada kami Ya Allah....

Berkali sudah PRU ku lalui...
... Tak Pernah ku berperasaan seperti kali Ini Ya Allah....

Ya Allah,
Terima kasih atas kurniaan perasaan yang tak dapat ku gambarkan dengan kata2 ini Ya Allah...

Ya Allah,
Ingin rasanya ku berlari mengetuk pintu seluruh kawasan kejirananku, seluruh kampungku, seluruh negeriku,seluruh negaraku......
Lalu ku Jeritkan ke Telinga semua...INI KALI LAH.........
Tangan ku gengam kujulang ke udara,
Akan kujeritkan bagai Halilintar....INI KALI LAH.....

Saudara-saudaraku......
Tak penting dimana kita bermula...
Tapi pilihlah di mana kita akan berakhir.....INI KALI LAH...

Rakan-rakan Umno ku....
Ketahuilah sesungguhnya kami tidak membenci batang tubuhmu..
Malahan tiada hak untuk kami membencimu..
Tapi kami tidak Redha dengan kecurangan perbuatanmu,,
Kami tak setuju dengan kebobrokan tindakanmu...
Kami tidak gembira dengan salahlakumu...
Kami Tidak bersekongkol dengan penderhakaanmu terhadap HAK yang Sebenarnya..

Dari itu saudara Umno ku...
Tinggalkanlah umno itu andai benar kamu sayangi umno..
Umno perlu dibersihkan dari kejelikan yang melingkari pertubuhan sanjungan mu itu......
Kembali lah memperjuangkan Agama teratas & baru diikuti bangsa...
Kerna HAK Allah Itu Teratas & tiada tolok bandingnya....

Rakan-rakan PR ku......
Yaqinlah perjuangan kita ini suci...
Yaqinlah perjuangan kita ini Murni
Yaqinlah perjuangan kita ini Benar...

Pada Allah kita Berserah......
Kerana tiada daya mahupun Upaya melainkan dengan Izin Allah .........

Dengan Setulus hati aku menyeru......

INI KALI LAH....
JOM UBAH....
JOM UNDI PAS/PR

Anonymous said...

Anon 12.42PM,

PR memerlukan lebih kemenangan di pkt Parlimen vs pkt DUN. Jadi, bagi mempastikan kerusi Parlimen J'tut, PR boleh menang maka undi sahabat Cina memang diperlukan. Bagi mempastikan pengundi Cina sokong calon PAS Dr Hamzah maka sebagai timbal balik PAS J'tut mesti menyatakan komitmen utk menyokong calon popular masyarakat Cina ini iaitu Che'gu Koh. Lebih drp itu Chegu Koh ini kelihatan bagitu serious selain berusaha keras bersama pimpinan PAS semejak 5 tahun lepas demi menjayakan missi PR menggelami kuasa BN diJ'tut.

Dalam hal ini calon sert penyokong PKR jangan berkecil hati...lagi pun calon anda baru beberapa hari belajar menyelami hati budi masyarakat Melayu J'tut.

Anonymous said...

Bagus juga bn menang di pahang wpun petunjuk jelas pakatan akan menang di pusat. Kita beri peluang pahang jadi negeri di bawah pmbangkang. Nak tengok berapa lama umno boleh hidup di pahang.

Anonymous said...

Bentong mcmana? Jadi ke potong telinga?

Anonymous said...

Anom swmua, di putrajaya kakitangan kjaan telah bersedia dari segi mental utk menerima pm baru. Anwar.!

Anonymous said...

Melihat berduyun kereta balik dr kl ke pantai timur,majoriti bendera pas. Sentimen thn 99. Sah ktan tganu bn lingkup. Pahang kekal bn tp byk kerusi bn hanyut.

Anonymous said...

Najib atau myiddin ketua pembangkang? Susah gak nak pilih ni.

Anonymous said...

Terima kasih anon 2.02 sahabat telah menjelaskan kepada pengundi DUN damak yang masih keliru mengapa kita perlu beri sokongan/laluan kpd cikgu koh.

AYUH SAHABAT SEMUA BULATKAN TEKAD. KITA TUKARRRRRRRRRRRRR KALI INILAH

Last speed

Anonymous said...

Salam...,

Tajuk : Sajak selepas Detik Hari ESOK.

Tik tik tik
Selepas hari esok

Tik Tik Tik
Usia terus dilajutkan Allah
Untuk menghirup udara
CiptaanNya

Tik Tik Tik
Terima Kasih dan syukur
Allah yang telah memberikan
Segala nikmat dan dengan
Kebesaran segala mukjizatNya.

Tik Tik Tik
Ada perubahan selepas esok
Hanya Allah menentukan segalanya
Namun jika tiada perubahan
Jadual 1825 hari
pasti akan bercantum lagi.


Sisipan sebelum PRU ke13. Banir

Anonymous said...

wan zuri sdapkan hati je,org ramai dah tekad undi pr,memg sakit wan amizan nok mng kli ni

Anonymous said...

Wan mizan sakit nak MENANG..
Kg gusai, mat daling, bantal, kuala sat, pagi, kuala tahan, gol, pdg piol, gajah mati, feri, kg lada, pulau mansok, teh, besol, sepial, kuala tembeling,.. Semua tempat tu, wan mizan KALAH... Sg retang pun, nak jamin dapat 500 undi pun sakit.. Kali ini WAN MIZAN KALAH.. (sumber org UMNO disetiap tempat)

Anonymous said...

Balasan bagi mereka yang berlagak ...
Wan MIZAN dlm ceramahnya bukan nak tolong cikgu lan.. Nak MENANG dia sorang je.. Kome yg mendengar ni, dpt jangka, dia tak jujur dlm UMNO... Nak simpan apa lagi... Tolak wan MIZAN...

Anonymous said...

Tahniah. Selamat mengundi. Lepas tu pakat tunggu keputusan.

T.M Brunei said...

wan mizan ni ade agenda yg belum selesai... selfish, sebelum terlambat dan byk lg tanah kne gondol dek belio baik moh kite tolok wan mizan...

pahang, johor, melaka kekal BN.... yg lain kemungkinan dlm jajahan PR

Anonymous said...

hahaha..anon anon dia atas semua masih baru dan mentah lagi dalam berpolitik ni, khususnya di jerantut ni. harap dapat belajar lagi bg berpengalaman dulu dan barulah nak bagi pendapat atau komen. jangan lupa, BN ada buah last saat akhir pada lewat mlm ni. jgn terkejut BN menang besar di jerantut. ni pengalaman lama sejak memerintah malaysia setengah abad ni. hahaha.

Anonymous said...

jangan mimpi la BN, mati hidup balik pun kami tak pangkah BN!!! dulu kami sokong BN, tapi hidup kami ni miskin orang BN langsung tak bantu, bila kami mintak dengan yb, dia janji la macam2. kami percaya dan berharap sangat kat dia, tapi sampai sekarang apa pun kami tak dapat. malah kami nampak dia lagi duk bagi kaya kroni2 dia. kami sangat kecewa dengan kepimpinan BN, sampai orang tua dan saudara2 kami mati pun mereka tak dapat apa yang dijanjikan oleh BN. kami rakyat yang tertindas takkan mengundi BN lagi. Yang duk undi BN tu mungkin mereka tu ada kepentingan, bukan kami tak tau mereka banyak terima duit sorok2 belakang orang. kami nampak semuanya, kami dah lama perhatikan. Kali ini, kami percaya PAS boleh bawak perubahan kepada kami dan seluruh rakyat jerantut. hidup Pas, hidup PR... Jangan gentar pemimpin Pas, Allah sentiasa bersama orang yang benar.

Harapan kami, esok PR seluruh Malaysia dan Pas menang kat tempat kami mengundi.

TakbiR!!!

Anonymous said...

WZWH dan Anom berkenaan,

Apa buah atau senjata akhir nya, lain dulu lain sekarang. Dalam tinjauan aku lah, harapan wan mizan nak menang amat tipis, makna nay dia kalah. Ramai orang benci dan menyampah kat dia, mereka kata wan mizan pedooh dan tak boleh pakai janjinya.

Zurik lepas ini kau hijrah kemana.... sarawak boleh atau ulu baram ok.

kata orang jerantut jatuh ke PR hampir pasti.Kerayan weh.....

INI KALI LAH. ...TUKAR .... KATANYA 6 PARLIMEN DAN 17 dun DI NEGERI PAHANG JATUH KE TANGAN PR

Anonymous said...

AKU DAH KAYA!!!

DULU AKU MINTAK PROJEK, DEME MINTAK DUIT DARI AKU, SAMPAI AKU BERGOLOK GADAI CARI DUIT NAK MELOBI, NAK BAGI DUIT KE DEME.

TAPI LEPAS TU APA YANG AKU DAPAT??? DUIT AKU HABIS, AKU BERHUTANG DENGAN SEDARA MARA, BARANG KEMAS BINI AKU PUN HABIS KENA GADAI, TANAH PUSAKA PUN AKU SANGGUP JUAL, TIBA2 KAU BAGI PROJEK TU PADA PUAK KAU SAJE. CELAKA N JAHANAMMM!!!

TAKPE, LEPAS TU AKU KELUAR DARI DUNIA JERANTUT YANG GILE NI, AKU KELUAR MENCARI REZEKI DI NEGERI YANG DITADBIR PEMBANGKANG DAN SEKARANG AKU DAH BERJAYA. HIDUP AKU SENANG, DAN BOLEH BANTU SEDARA MARA AKU YANG SUSAH.

HARI NI AKU DAH PULANG!!!
MINTAK MAAF LA ESOK, AKU TAKKAN PANGKAH LA MUKA DEME TU BN HAPRAK!!

AKU SUKA MUKA YANG ADA CAHAYA IMAN, SEJUK MATA MEMANDANG. BIARPUN DIA TAK KAYA HARTA, TAPI DIA BUKAN SPESIS MACAM KAU YANG SUKA MENIPU SANA SINI. PEGI JAHANAMM DENGAN KAU PUNYA BN!!!

ESOK AKU PANGKAH PAS INI KALI LAH DAN SELAMANYA SETIAP KALI PRU AKU TETAP PANGKAH PAS SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN.

Anonymous said...

wzwh,

angkuh betul kau ye.... misi kau belum selesai kerana hasilnya belum tahu.

Tahan dan Damak , BN kalah kerana orang dan pengundi nak kan perubahan kerana faktor calon.

sama -sama kita tengok malam esok.

Anonymous said...

siapa nak kerat siapa? sedangkan ahli umno pun dikerat oleh umno juga.
peduli lah no mercy ke ape benda! cakap banyak tak guna! esok aku buang undi di dun tahan dan pas pilihan aku.

Kampong man said...

Salam Wan,

Sebagai penganalisa Politik yang rasional mengikut research yang Kampong man lakukan

1. BN akan perolehi kemenangan bagi Parlimen minima 155 kerusi Dari 222 kerusi Parlimen .Lebih baik dari 2008.

2. Kedah Dan Selangor akan jatuh ke tangan BN.

3.Raub masih kubu kuat BN.Pengundi Melayu harus menolak parti DAP Dan PKR.

4 Parlimen Jerantut akan dimengi nanti calon BN.sekira mahukan Jerantut terus maju dan menikmati pembangunan berterusan.

Saya sarankan Pengundi Jerantut buatlah pilihan yang tempat tanpa emosi demi Jerantut.Maaf.Wassallam.


SELAMAT MENGUNDI.

Anonymous said...

Last Speed @ Zuan Puteh, TGNA dah beri amanat untuk sokong calon PR bukan calon bebas, tetapkan hati pada Pakatan Rakyat bukan pada bebas yang menentang keputusan pucuk pimpinan PR. Kalau semua muslim dari BN&PR undi calon PKR, maka pasti slogan ABCD akan dapat diterjemahkan.

Anonymous said...

Amanat TGNA nyanyok tu tak boleh pakai bagitulah juga Amanat Hadi Awang yang memecahkan ummah.Undilah PKR dan DAP.

Anonymous said...

anon 7.05 pm tu wan zuri sbnrnya,tgk ayat pun dah tau standart cikgu smart skema buat andaian,rakyat dah cerdik skrg ni,asyik nk sdapkan hti je,pr dah kuat,wan amizan akan tersungkur,ramai dah org tolak dia tp duit kena ambik,bia rakyat plk tipu dia,bodo pnya yb

Anonymous said...

aku suka komen anon 10.22am..aku pun mcm tu juga..sgt syg pada BN, tak pernah undi pembangkang pun..tapi kali ni pasti aku bagi pada pembangkang..sb hati dah tak boleh nak terima lagi..BN terlalu korup dan proksi..tak pandai menghormati org lain apabila ada kuasa..

Anonymous said...

undi ustaz zakuan dan tgk beliau buktikan sbgai pemimpin yg ada nur,yg buta hati je x nmpak lg dompok bgus,tgk p.piol feri,k.tembeling semua nak undi pas,syukur rakyat dah nmpok semuanya

Anonymous said...

Sape nak undi BN, undi lah.
Aku tetap undi Pas.
Cakap la macam mana pun, aku takkan berubah fikiran. Yang aku tahu aku nak UBAH politik di jerantut yang dah berulat.

Anonymous said...

Negara maju dia sentiasa bertukar kjaan. Negara msia ni mcm zimbabwe. Penakut berubah. Bkn tukar ugama. Aku pakatan demi perubahan. Bn korup korup korup korup korup korup!

Anonymous said...

Lihat betapa mewahnya cara hidup pemimpin bn di pahang. Bolot projek tanah balak. Setiap 5 thn tipu rakyat kononnya ketuanan melayu. Tp raub najib suruh undi cina mca lawan dato sabri dari pakatan yang melayu. Celiklah org pahang oii..bkn ketuanan melayu yg umno jaga tapi ketuanan projek utk kroni!

Anonymous said...

Jerantut menang ppunye. Hidup pas.

Anonymous said...

Kemiskinan di pahang tidak akan terhapus selagi bn diberi mandat. Dah lebih separuh abad bn gagal mertabatkan melayu pahang. Tukar!

Anonymous said...

Ayuh orang pahang.! Setakat jam 5 ptg ini hanya pahang dan johor yg bn kekal kjaan negeri. 2 negeri ini akan jadi negeri pembanfkang. Marilah kita bersama rakyat negeri lain yg tekad berubah. Kita akan jadi tolol jika hanya bkeras sokong bn sedangkan rakyat msia telah berubah. Ini kalilah!

Anonymous said...

Bersama Pas kita hapuslan judi di pahang. Kelantan tiada premis toto atau magnum. Undi utk pahala.

Anonymous said...

Salam semua,

Salamat mengundi PRU 13 esok.Jangan ada yang sasau dan terus gila sudahla.Ramai sangat yang gila2 dalam blog ini......

Saya cuma nak ingatkan satu keputusan yang telah disepakati oleh ulama pondok drKelantan hingga keKedah yang selam ini sentiasa bersama PAS semejak mula merdeka hingga pertengahan tahun ini......keputuan telah dibuat seperti berikut;

Adalah haram sama sekali memberi sokongan dan mengundi kapada PAS,PKR dan DAP pada PRU 13 atas sebab;
1.Pas telah tidak pertahankan
kelimah Allah paki oleh agama2lain
yang membawa kapada tauhid
orang islam adalah serupa dgn
pemnganut agama lain,dalam
kata lain membawa kapada dosa
besar dan syerik.....

2.Tidak menentang fahaman yang
dibawa Anuar iaitu Pularisma
yang membawa makna semua agama
adalah sama ,,,sangat salah
dan bercangah dengan apa yang
Allah terangkan dalam qurran
;Sesunggoh agam disisi ALLAH
AGAMA ISLAM;

3.Telah mengeluarkan patwa yang
mengakafikan orang islam yang
tidak bersama dan menyokong
Pas,,,,,serta banyak lagi
patwa2 yang boleh akidah org
terpisong drp pegangan Ahli
Sunah Wal Jamaah,,,,,

Saudar2 Pas,,,,saya sangat berharap,renongkanlah apa yang saya kemukakan diatas,,,,kalau perlu ,silalah rujuk kapada kitab2
TAUHID yang berkaitan,,,,,,,,DGEN
ajaran Ahli Sunah Wal Jamah,,,,,,,,
Tanggal Tauhiad,,,,tiada makna kita kita beribadat,,,,,fikir,,fikirka ya.
tak caya,,,,tanya U Zakuan,,,,klu
dia kata tak apa,,,saya berani kata
dia seorang tidak faham hakika Agama Islam secara mendalang,,,,

Sudara2 semua,jangan kerana politik,pangkat dan herta kita hilang akidah dan gadai imam,,,,

Selamat mengundi,,,,

GASING TOYONG.

Anonymous said...

WZWH
Saya rasa ada benarnya telahan awak tu. BN Jerantut sapu bersih parlimen dan 3 DUN jajahannya. Tapi yg malangnya, sorak kegembiraan menyambut kemenangan ini berlegar diJerantut saje dalam suasana suam-suam kerana diPutrajaya perayaan menyambut kemenangan PR lebih meriah lagi..Kesian org Jerantut.

Penny Wise Pound Foolish

Anonymous said...

SEMEMANGNYA TAK SABAR....

1. Nak lihat Dompok tersungkur di gelanggan politik.
2. Nak lihat cikgu aku dulu Cikgu Nazlan tersungku dalam UMNO yang menganjar kami sekelas benkeng tak bertempat. Masih teringat kepala diketuk dengan blok kayu. Terasa sehingga hari ini.
3. Tak sabar nak lihat menteri-menteri gelisah duduk kat malaysia.
4. tak sabar nak lihat malaysia bebas segala rasuah.

Anonymous said...

Anom 904. Ulamak mana yg anggotai minda pondok di kel yg hukumkan haram undi pas? Abdullah samah? Murid dia 25 org je. Semua pondok yg murid beribu sokong pas. Pondok pasir tumboh,sg durian,lubok jong dll. Kalu tak tau pasal pondok tak payah cakap la. Dok diam2.

Anonymous said...

parlimen BN,pulau tawar BN,damak bunga raya,tahan pas..damak kalah disebabkan undi melayu umno.tahan kalah sebab basri kerbau,labak proksi dua orang haji.ini semua bukan disebabkan kuatnya pas atau pr.tp masalah dalaman umno yang masih dengan politik lama.INIKALI LAH.KEMENANGAN pr DI JERNTUT AKAN MEMBUAATKAN ADA GOLONGAN PUKIMAK UMNO YANG BERSORAAK GBIRA

GENG BAWAH POKOK

Anonymous said...

3 Janji 30 Hari, 10 Tindakan 100 Hari Pakatan Memerintah.... INI KALILAH

6 Mei - Cuti Awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.

30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat
1. 7 Mei - Menurunkan harga minyak serta merta
2. Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
3. Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat

100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat

1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi.

2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang

3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia (world class standard) serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga

4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan.

5. Membebaskan media dari campurtangan politik

6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri

7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum.

8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerakerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat':
§ Akta Percetakan dan Penerbitan 1984
§ Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
§ Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

9. Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara.

INI KALILAH

Anonymous said...

Tolong undi najib kalu tak nak mansuh tol.

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Moh undi PAS + Bunga Raya

Kasi kaw kaw weh deme

Last Speed

Anonymous said...

Undi najib kalu tak nak minyak murah

Kampong man said...

Salam Wan,

Dua blog terkenal

a) Blog Zamkata.blogspot dan

b).Dah Ikhwan weblog

nampaknya konsistan dalam meramalkan BN menang besar.Kita lihat apakah ramalan mereka betul .Wallahwuaalam.

SELAMAT MENGUNDI.

Anonymous said...

BERITA TERKINI: GASING TOYONG TELAH DILANTIK MENJADI PEMBACA BERITA TV3 YG BARU...

BERITA BESOK: GASING TOYONG TELAH DIPECAT DRP TV3 KERANA DIDAPATI BERSALAH MENYEBAR BERITA FITNAH

Anonymous said...

Putrajaya dah biru...
Yg hijau semua dah pulang ke kg utk mengundi.
Yg mengundi di putrajaya, ramai yg biru rupanya...
Kenapa jadi begini ....?

Anonymous said...

Dun tahan ; masalahnya calon BN tu...
Wajib ke atas pengundi di dun tahan TOLAK CALON BN.
Utk parlimen .. Pilihlah calon dari keluarga yg baik dan berjaya walaupun dia biru dan baru.

GT fan said...

Nampaknya banyak pencacai PR lebih suka jadi pengundi hantu jadi gunakan Anonymous.Aku tabik gasing Toyong .Yang anonymous adalah hantu toyol.

Peminat Gasing Toyol

Anonymous said...

Aku orang Putrajaya.Husam calon payong terjun dari negeri Cik Siti Wan Kembang akan kalah.Tak caya tengok keputusan malam nanti ya..hahaha..

Anonymous said...

Berita tak rasmi, peti undi kampung pagi bn menang 96 bn, 60 pas.Tahniah bn.

Unknown said...

Wooi,,,

Jom lepak kat blog sirwenger.blogspot.com

Anonymous said...

nampaknya ramalan wz di jerantut benar belaka, zuan puteh dan konco2 semua terduduk padan muka eksen sangat, berlagak je lebih buat orang menyampah pada pas, kesian ke calon2 pas kalah disebabkan orang atas pagar meluat melihat gelagat penyokong haprak pr di alam nyata juga di alam siber

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Guna black out boleh la

Kami bukan kalah cuma belum menang

Kampong man said...

Salam Wan,

Tahniah BN menang Parlimen Jerantut dan juga Pahang.

Anonymous said...

Penyokong PAS undi DAP, tapi penyokong DAP takde pun undi PAS. PAS tertipu dek berkawan dgn parti yg menolak islam..

Kesian PAS, tp alasan mereka tk lain tak bukan , sebab dakwat tak kekal dan pengundi hantu..

Zuan puteh pon pangkah cg lan.. Hihihi

Anonymous said...

Tap zuan puteh kat damak la...

Anonymous said...

Tapi, Zuan puteh kat somalia la... Hihihi,

Anonymous said...

Life must go on. Jumpa lagi 5thn jika kita belum mapuh.

Anonymous said...

Salam...,

Pertama ucap syukur kepada Allah SWT, kerana dengan izin kita rakyat Malaysia selamat menjalani tanggungjawab sebagai hambanya sebagaimana apa yang dikehendakiNya. Tahniah kepada yang berjaya memikul amanah Allah berikan, dan jangan pula kita lupa setiap insan yang sangat memerlukan pertolongan. Jadikan kejayaan ini sebagai yang bermaruah kerana masih mendapat restu Allah dan kepercayaan masyarakat. Segala2nya terletak pada nawaitu kita.

Banir.

Anonymous said...

Zuan Puteh dah bersara

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...