Wednesday, May 8, 2013

Kenapa BN Pahang Hilang 4 Parlimen Dan 12 DUN? Satu Post Mortem...

Negeri Pahang negeri kelahiran 2 PM. Negeri Pahang kubu kuat UMNO dan BN sejak PRU pertama.

Keputusan PRU 13 melakarkan BN kalah:

  • Parlimen Kuantan : DUN Tanjung Lumpur, DUN Teruntum.
  • Parlimen Indera Mahkota : DUN Beserah, DUN Semambu.
  • Parlimen Temerloh : DUN Kuala Semantan, DUN Mentakab.
  • Parlimen Raub : DUN Tras
  • DUN Bilut, DUN Ketari, DUN Sabai
  • DUN Triang
  • DUN Tanah Rata

Nasib baik DUN Tahan dan DUN Damak dalam parlimen Jerantut tidak tumbang kalau tidak BN Pahang tidak dapat memerintah 2/3!

Kenapa BN Pahang hilang 4 parlimen dan 12 DUN paling teruk dalam sejarah BN Pahang?

BN Pahang meletakkan  "calon-calon winnable candidate" tapi kalah juga.

Siapa mahu bertanggungjawab?

Mana semangat Pahlawan Pahang, Pahlawan Kuantan, Pahlawan Semantan, Pahlawan Bahaman, Pahlawan Rawa???

Kita tidak dapat mempertahankan ibu kota Pahang dari diroboh oleh musuh!!!

WZWH buat posting ini kerana mahu buat post mortem. WZWH tidak mampu untuk mencari jawapan.

WZWH minta pendeta-pendeta, intelektual-intelektual, permerhati politik, bijak pandai dari rakyat Pahang sendiri tidak kira apa ideologi kenapa BN Pahang hilang 4 parlimen dan 12 DUN?

Kita mahu tahu dari dari orang BN kenapa kalah teruk?

Kita mahu tahu dari orang PR kenapa boleh menang banyak itu?

WZWH buka forum kepada rakyat Pahang untuk melakukan satu post mortem rakyat kenapa BN Pahang hilang 4 parlimen dan 12 DUN?

Komen-komen anda sangat WZWH hargai...

52 comments:

Anonymous said...

Kas lebih suka membicarakan persoalan "mengapa BN terus menang di Jerantut"
Apakah kekuatan BN dan auranya sendiri mengambarkan kehendak pengundi? Apakah ada elemen lain yang menjadi kekuatan BN terus dapat mempertahankan BN Jerantut? Siapa sebenarnya penyokong yang terus memberi mandat? Adakah fulus telah dicurahkan untuk terus membeli undi? Adakah hiburan yang sentiasa menjadi senjata sulit untuk memenangi hati pengundi pendalaman dan hulu sungai? Adakah janji habuan saperti pemilikan tanah,saham felcra lain bantuan telah mengikat pendirian pengundi untuk terus menyokong BN? Kas masih mencari jawapan yang tepat....!!!

Anonymous said...

Tak lama lagi BN Pahang nak bungkus tikarlah tu WZWH..tak percaya lihatlah nanti.

ingin ketelusan said...

hakikatnya pru 14 nanti bn akan tumbag jika tidak ubah cara juga gaya pengurusan harta rakyat dengan baik dan telus, sepatutnya mb pahang kena buat kenyataan tidak akan menerima jawatan mb juga exco jika di tawarkan, dia lah yang bertanggung jawab seratus peratus terhadap kekalahan bn di pahang, nasib baik telingga tak kena rences. ini bukan soal cina anti melayu tapi cina menolak kepimpinan bn,mereka sudah jemu dan jelah dengan kerajaan bn yang tak telus dalam mengurukan harta negara dan negeri, tiada tender terbuka di jalankan?, apa susah peruntukan jumlah peratus tender yang hendak di berikan kepada bumi yang kelas bawah dan menengah, jalankan tender terbuka untuk mereka, siapa yang pandai menguruskan dan tawaran terendah di beri, begitu juga projek besar besar yang nilainya mencecah berbilion bilion, jika bumi boleh bersaing dengan bukan bumi jalan kan tender terbuka untuk mereka, pilih harga yang rendah,tiada lagi tender se cara runding terus, pemberian kawasan balak mau pun hasil mahsul bunyi secara tender terbuka, jika semua di jalankan secara telus, orang orang cina mau pun melayu tak akan marah lagi, ini tidak, semua tender runding terus yang di berikan bernilai lebih tinggi dari sepatutnya, begitu juga lombong bijih besi dan emas dan balak, kya pun marah jika tiada langsung peluan di berikan pada kita. belajar lah dari kesilapan yang lalu jika mahu kekal memerintah pada tahun 2018, rakyat cerdik menilai, bukan cina suka sangat dengan pakatan, tapi ingin mencuba kot kot yang ini lebih telus dari yang lama.

Anonymous said...

Lebih banyak tanah-tanah kerajaan dalam bandar boleh serahkan pada pemaju untuk buat hartanah yang tak mampu bumiputera beli.

Anonymous said...

1. Itu adalah "Winnable Candidate Party bukan Winnable Candidate Pengundi atau rakyat'. Muka-muka lama yang tidak "perform" masih lagi ada dlm senarai.Malah diupgrade pulak bertanding Parlimen..

2. calon-calon yang dilantik semula..majoritinya..masih lagi dengan sikap lama..sikap "pemalas" untuk berkempen tetapi hanya dengan bercita-cita untuk besar menjadi Menteri.

3. Rakyat terutamanya pengundi Melayu mula rasa tertipu apabila dasar awal BN mencanangkan calon "Winnable Candidate" tidak sekali-kali dipraktikkan apabila jelas nama lama yang tidak "perform" timbul. Lantas apabila rakyat bertanya kenapa kurang calon tersebut, BN negeri pulak menghentam mereka supaya tidak mempersoalkan calon sebaliknya undilah parti BN..Pulok dah..

4. Faktor pengundi Cina yang amat ketara , saya setuju dengan PM mengenai "Tsunami Wave" ini berlaku di seluruh Malaysia..Parti-parti komponen dari kaum ini seolah-olah sudah berpakat dari awal kerana pada sangkaan mereka UMNO akan tumbang sebagai parti yang DOMINAN.

5. Tsunami Cina ini harus diakui oleh samada dari parti UMNO/BN mahupun PAS kerana undi orang Cina memang tidak memihak kepada mereka..dan kawasan-kawasan majoriti MElayu sahaja yang berjaya memenangkan mereka.

Anonymous said...

tengokla wei, semua yg terletak di bandar, sub bandar...dapat ke pr.
padan muka bn

kuantan- pr
temerloh-pr
raub-pr
jerantut- sikit lagi woi, sikit lagi
bentong - sikit lagi.. tu pun ada bantuan tangan ghaib. hehe

jgnla perasan kenapa kubu kuat umno dapat ke musuh la apa la

ko pikirla kenapa rakyat memusuhi ko?

kenapa org benci ngan ko?
adakah sebab ko tak hensem?
adakah sebab ko banyak bini?
adakah sebab ko rasuah?
tak telus?
berura-pura baik sebenarnya mengkayakan diri dan kroni sahaja?
adakah sebab ko main duit? beli pengundi bodo?
aku rasa sebab ko tak ensem laaaaa
:p

Anonymous said...

Tahniah orga J'tut kerana masih minat dgn BN. Tahniah juga kerana memberi peuang kpd Dompok dan Dr Sukri meneruskan aktiviti memperaga harta karun.

Bijaknya orag J'tut kerana masih suka dgn jalan Benta-J'tut dan Sg Tekam-Maran yg masih bernilai sentimental yg berliku2 dan kaku.

Cerdiknya orang J'tut kerana membiarkan sg Pahang berwarna kuning pekat dik aktiviti pembalakan dan perlombongan yg 'telus'..

Apa lagi kamu orag PAS nak perjuangkan. Kan J'tut tak kurang hebat, masjid melambangkan Islam hebat...dan malam Jumaat boleh saja baca surah Yassin tanpa gangguan.

Biarkan saja, bandar Jtut menjadi milik Tan Sri Lim Ah Cap kerana kamu suka kepada MCA dan UMNO yg
sentiasa sedekah kamu sekampit beras dan sejadah...

Tahniah dan tahniah..

Anonymous said...

MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA…

Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan

1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.

Anonymous said...

1. Ramai Orang Melayu tidak mendaftar mengundi dan tidak mengundi.

2. Parti BN tidak mengambil tindakan ke atas pemimpin BN yng bermasalah seperti Shahrizat dan juga Melayu Ekstremis seperti Zul Nordin dan Ibrahim Ali.

3. Rakyat Pahang ingin tahu apa jenis perubahan yang boleh dilakukan oleh PR di negeri Pahang jika mereka diberi peluang.

4. Orang Muda dah tak percaya pada media perdana seperti TV3 dan Utusan Melayu.Lebih percaya pada media pro PR dan juga Facebook.

Anonymous said...

Dr Hamzah silap bila menjaja PR akan turunkan harga minyak dan kereta motor, nak bg biasiswa percuma, nak segerakan naik taraf jalan Jerantut Benta dan Jerantut Maran serta menyegerakan Jalan ke Ulu Tembeling, nak selesai masalah tanah.

Sebenarnya orang Jerantut nak harga minyak naik, harga kereta motor naik, jalan berliku2, jalan ke ulu tembeling yang terhinjut2 untuk menyihatkan badan dan jalan Jerantut Benta/Maran yang berliku2 sbg kesan sejarah untuk tarikan pelancong.

Ohhh Dr Hamzah, engkau silap.

Wan R said...

tahniah umno dun tahan dan parlimen Jerantut.Anda layak diatas strategi dan kerja keras anda.walaupun tsunami rakyat menolak umno dpt dilihat spt kuantan,indera mahkota,temerloh,(bentong.menang tipis,selepas kira berkali kali)(bera menang melalui undi pos)(cameron ,undi tipis),Jerantut,Rompin,paya Besar,Kuala Lipis dan Pekan menang bergaya.namun inn sha Allah kami akan berusaha lebih kuat lagi bagi memenangi hati pengundi parlimen Jerantut bg PRU 14 akan datang.
diharapkan kita org islam tidak bergaduh dlm isu ini.diharapkan juga YB yg terpilih tidak memilih parti politik dalam menjalankan amanah . ingat, 5 tahun bukanlah tempoh yg lama dan pengundi baru makin bertambah.

Jebat Jr, JHB said...

Kawae pengundi luor Dun Chini amat kecewa dengan layanan buruk BN Pekan yang lebih muliakan pengundi Bangla, Pakistan, Boyan, etc. Sempat berbual dengan veteran UMNO di mana kami sama2 setuju yang hilangnya ROH Islam di dalam masyarakat kampung dan felda. Mereka lebih utamakan jawatan dan RM. Suka KPOP dari soal jawab UAI. Berita TV pula banyak mempromosikan kejatahan sama2 bangsa. Sampai bila kita nak biarkan kanak2 terbeliak biji mata lihat iklan Magnum. Kalau kita mengejar Akhirat, In Sha Allah Dunia akan bergolek kepada kita.

Anonymous said...

Byk duit org bn rasuah ke pengundi2 di dun tahan,memang tak disangka duit memg blh rosak pegangan kita dslam hidup,tp kali ni pru 14 memang ramai pengundi pr dr bn ni,cara kamu menang gunakan duit tak mcm calon seblum2 ni,dalam agama pu memg sslah,bygkan dompok,zuri serta golongan2 yg merasuah tu menanggungnya bkn sorang tp hampir semua pngundi dun tahan,bygkan dosa ditanggung

Anonymous said...

Kerana rakyat dah sedar...
Umno bn bukan lagi parti untuk rakyat kebanyakan....
Rakyat dah faham umno bn Hanya untuk golongan bangsawan.....
Rakyat dah faham bahawa buat ketika ini pakatan lah harapan rakyat....

Hidup rakyat...
AllahuAkhbar

Anonymous said...

kekalahan BN,
melayu nak bagi cina memerintah..
orang Islam tak mahu lagi dengar azan kuat-kuat,
orang bukan islam menaja majlis tahlil dan sedekah,
org islam nak gi masjid hari jumaat je..
tak lama lagi perkara ini akan berlaku, jika Islam BN tidak bertindak sekarang..
nak harap Islam PAS... emmmmm.. org islam dalam UMNO semua tak betul katanya...
jadi.. islam dah benci sama islam..
sekarang.. bangkitlah ISLAM BN (UMNO) perbetulkan kesilapan dulu..
penuhilah masjid2.. sayangilah semua insan, bantulah islam tanpa memilih kasih..

Anonymous said...

biarlah PAS cakap segala bantuan kepada ISLAM tu, tak sah ke, haram ke... menunjuk nunjuk ke.. yang penting BN UMNO teruskan bantuan kepada ISLAM..
segala kebaikan tu, Allah yang nilai...
sekurang-kurangnya BN UMNO telah menolong untuk ISLAM, daripada yang banyak berkata-kata tapi kerja... tak de...

Anonymous said...

UMNO jerantut harus berubah sikap..lebih kepada kasih sayang sesama islam dan betulkan kesilapan..

Anonymous said...

NEGARA DAH NAK HANCUR, SEDARLAH WAHAI PEMIMPIN.ANDAI KATA MASIH LAGI BERKRONI, BESAR DIRI, TUNJUK KUAT, MEREBUT PELUANG, BERMUSUHAN LAGI, AKHIRNYA SEMUA AKAN MUSNAH. PETUNJUK DAH ADA. PRU13 BANYA PENGAJARANNYA. YANG MENANG BUAN MENANG DAN YANG KALAH BUKAN KALAH. AMBILLAH IKTIBAR. KITA PERLU BERUBAH DAN BERSIHKAN SEGALA KOTORAN YANG ADA. JGN KITA BAHAGIA HAR INI DAN SEKSA DI KEMUDIAN HARI AKIBAT DOSA KITA INI.

Anonymous said...

Sebabnya mudah...BN x memenuhi kehendak rakyat...nmpk mcm rakyat senang di phg...tp sebenarnya masih bnyk masalah2 mereka yg BN x nmpk.. Sy sebagai pengundi sehingga hari ini masih x memiliki rumah.. Nak buat rumah rakyat xde tanah..keje gaji x sebesar mane..nak buat loan beli rumah x lepas.. Kos sara hidup makin tggi...keje pun x tetap.. Xde pun wakil rakyat nak mberikan cadangan atau pandangan kpd kami.. Bantulah kami... Setakat dtg melawat n slm, aku pun bleh jd wakil rakyat..

Anonymous said...

Kalu berlawan dgn adil eg media yg mberi liputan spt tv3 dah pasti bn bungkus. Org jerantut berapa kerat la yg access internet spt wz. Yg lain ternganga dpn tv. Tp saya percaya dlm pru14 makin ramai pengguna internet dan tidak merujuk kpd TV3 shj. Waktu itu bn lingkup. Jgn salahkan cina tp proses urbanisasi. Cina bkn marahkan melayu tp mrk marahkan pemyelewengan dan mrk layak marah krn mrk pmbayar cuksi utama.

Anonymous said...

Dalam internet banyak tempat yang betul2 bn nak akan bawak masuk peti undi dari luar,kiraan petama pr menang pastu blackout'letrik terputus'kira semula bn menang,adakah betul letrik terputus atau agenda bn untuk seleweng kertas undi,kalau betul berlaku memang demokrasi di malaysia jauh lg bangsat pada negara miskin,belum tambah pengundi hantu lagi,tengok di tv tak mungkin rakyat tau,kalau jenis totok bn pun takkan percaya semua ni,takpela mungkin di zaman ni tak ada fikir tentang dosa kalau gunakan cara kotor.ingatla natijah yang kamu tanggung bila melibatkan rakyat sebagai pemimpin,sedih sangat2 kerajaan bn memg tak membantu rakyat dari segi keperluan harian,yang diaorsng tau naikkan cukai untuk menambahkan lagi kekayaan kroni2 bn

Anonymous said...

Black Out.. mungkin rancangan DAP..
hanya agen pilihanraya mereka bawa lampu seawal jam 5 ptg ke bilik kiraan undi...
pelik kan? handfon sentiasa ON semasa dlm bilik kiraan undi...
polis perlu siasat...

sekuat-kuat UMNO pun tak tahu rancangan black out tu.. mcm mana DAP tahu awal..?
pelik kan...?
tepuk dada tanya iman....

Anonymous said...

Tolonglah tukar MB Pahang!!!!!

Anonymous said...

yg lebih hikmahnya adalah sebenarnya org luar tak tahu bahawa jtut adalah lebih diberatkan kpd warlord warlord kawasan.tindakan BN jtut hanya menukar calon parlimen dan mngekalkan adun adun lama di kawasan memasing telah mengendurkan perang saudara kumpulan-kumpulan ini dan seterusnya telah menjadikan mereka bersatu hati memenangkan BN jtut dgn tiada kumpulan utama di bahagian yang berkecil hati.

malah,tanpa disedari jentera masing masing bergerak betul betul fokus pada kemenangan calon adun masing masing tanpa satu kumpulan pun terpalit dengan isu kebimbangan terhadap pemilihan akan datang.hakikat sebenarnya, calon dari dun tertentu walaupun sudah terlalu lama dan berusia terlalu berpengalaman utk nghadapi pru dan pilihan adun dr klompok wan utk dun tahan dgn kapasiti sbg org muda mngimbangi jumlah sokongan pengundi.begitu juga dgn pilihan hanya ahli parlimen yg ditukar dan menambahkan kekuatan dari warlord warlod org pulau tawar dgn semangat mat kilaunya (bukan semua pun berdarah mat kilau) adalah rahsia kekuatan BN jerantut.

Dalam erti kata sebenar, jerantut wajar diberikan kredit atas 'deposit tetap' bagi BN PAHANG, dari kawasan luar bandar seperti juga lipis,k.krau namun BN JTUT tetap memenangkan calon MCA yg bertanding di kwsn majoriti melayu bg N10 Damak.

utk nota :- dun tahan penuh dgn smngat 'puak wan'
dun p.tawar selain sentimen felda ia juga mnambah kekuatan dgn kumpulan p.tawar-jtut hilir yg diwakili dr shukri
dun damak juga mpunyai semangat jenis sokongan di kg tradisional sbg pengikut bgitu juga klu diingat kisah silam pawang nong dan pengikutnya akan beri segala sokongan kpd mat kilau / wan wan dr tembeling pd setiap peperangan.apatah lagi ditmbah dgn undi masyarakat cina(lama) kerana dr wakil MCA.
dari segi parlimen pula ia dilihat mengembalikan sekumpulan gabungan semua warlod warlod dari semua alur dlm jtut ini yg selama ini jarang keluar kerana hubungan baik sesama tiap kumpulan dan malas mencari keruh.

kita mahu lihat, kerusi timbalan menteri dipulangkan kpd parlimen jtut dan kerusi exco kerajaan negeri juga diberikan sbg tanda terima kasih diatas kemenangan sebenar 'muafakat' yg dilaungkan selama ini dalam BARISAN NASIONAL bukan juga sebagai sikap demanding tapi inilah realitinya.(memenangkan calon MCA di kwsn majoriti melayu walaupun dgn tipis)

Anonymous said...

cadangan wzwh sangat baik..tp ada anon2 diatas yg bersikap sedikit kurang ajar dgn komen2.apa salahnya di ruangan ini kita semua berbincang.ada idea yang baik akan diguna pakai.antara logik dgn tidak logik mcm yg dikeluarkan.sekiranya jerantut jatuh ke tgn pembangkang apakah manifesto yg dicanagkan mampu dilaksanakan?begitu juga sebaliknya..alhamdulillah rakyat di jtut masih yakin dan pecaya yg BN MAMPU MENERAJUI KEPIMPINAN DISINI.YG TIDAK PUAS HATI PASAL KONTRAK ADALAH KONTRAKTOR..TP CUBA CHECK ADAKAH KONTRAKTOR YG PRO PEMBANGKANG TIDAK MENDAPAT KONTRAK YG DITENDERKAN?CONTOH MENANTU MAT NOOR CANGKUL,KALAU BUKAN HASIL KONTRAK XKAN RUMAH TERSERGAM INDAH DITEPI STADIUM TUH.BASRI KERBAU?NAMA JE AHLI UMNO TP MENGELUARKAN DUIT BERKEMPEN UTK PAS,LIHAT KEKAYAAN DIA?LABOK TEMPANG?BEKEMPEN UTK PAS TP LIHAT KEKAYAAN DIA?

Anonymous said...

Terus terang saya katakan antara faktor yg memenangkan calon parliment adalah kerana peribadi tuan haji nazlan yg cantik..akhlaknya..percakapannya..tingkahlaku nya..anak tempatan(yg mesra dgn penduduk jtut)dan bnyk lagi faktor sampingan yg dpt menarik pengundi atas pagar.Dan saya x setuju di atas kata2 nista yg di lemparkan ke atas saudara basri dan saudara labak..itu adalah hak mereka sebagai rakyat yg ada pertimbangan..kekayaam yg mereka perolehi pun atas hasil usaha mereka yg sentiasa bekerja keras utk memajukan diri mereka..wallahualam

Anonymous said...

yang di atas tu tentu labak kaki melengkung yang tulis atau basri kerbau balar.

dua ekor ni memang tak tahu bersyukur.dua ekor sesumpah ini bertukar bentuk mengikut keadaan.

labak tempang anak sakai ni pulun projek kerajaan semua ke dia.lepas dia,dia.kontraktor lain yang teraniaya.dia pakai banyak lesen orang.

masalahnya dia dibela oleh dua ekor haji moron.

bila dah kaya dengan duit tak berkat kerana dapat projek atas dasar kroni dia jadi berlagak.boleh bagi 50rm kepada ahli umno yang pangkah pas.

itu lah bodohnya labak sakai tempang.cari makan dengan kerajaan tapi mengerat calon kerajaan.

anjing tersepit kalau di tolong dia akan gigit tangan yang menolongnya.

dia ingat dia dah kaya sangat bagi 50rm ke orang untuk kerat wan amizan.bagi lah kat semua orang.kalau bagi kat seratus orang aje nak kerat anjing kurap macam labak tempang pun tak lepas.

labak,labak. napelah awok ni bodoh sangat.bodoh macam tuan awok hj rosdi jugak!!!

moleklah tu,anjing dengan tuannya sama bodoh!!!

Anonymous said...

komen dangkal.

boleh ke akhlak peribadi menang tanpa sokongan ramai ahli parti?

harun din seratus kali lebih baik akhlaknya berbanding mat nazlan tapi kalah juga bertanding.

nak komen pun jangan sampai tak hormati pertolongan orang.

aku cabar mat nazlan cakap yang dia menang kerana akhlaknyabukan kerana sokongan ramai.komen bodoh macam hj rosdi.

aku nak ingatkan mat nazlan kalau nak lama jd mp jangan pakai haji rosdi dan sharif kasut.

kalau pakai juga alamt menempah kalah lah dalam pru 14.

Anonymous said...

saya tak kenal basri kerbau balau dan labak tempang ni siapa sebenarnya? kenapa nama mereka pula yang disebut di sini? boleh bagi alamat facebook mereka?

Anonymous said...

Manifesto PR pahang jauh lebih baik dari dari manifesto BN
..buka ladang plantation untuk peneroka baru
..beri tanah
ini untuk orang susah

baca manifesto PR pahang aku terasa kesungguhan PR nak bela rakyat pahang

manifesto BN hanya untuk orang yang dah senang
cth
..mudahkah urusan tukar hak milik tanah
..buat rumah mampu milik

orang susah mana ada tanah
orang susah mana layak beli rumah
BN pahang masih bebal dan angkoh
pru 14 selamat tinggal BN


Anonymous said...

Manifesto PR pahang ialah nak beri tanah pada sedara mara mereka yang akan mereka angkut dari negeri cik siti wan kembang

Anonymous said...

Kalau DIA angkut sedara mara dia
memang nak kena pepoh

Anonymous said...

Macai lagi tak faham2 ape mksud bantu rakyat,nak kata bodoh dia marah tapi memg kurang cerdik,maniefesto pr dah cukup kuat untuk bantu rakyat,tapi macai akan fikir yg bawah2 macai ni rasala tanah seekar 2 tp golongan pemimpin makan beratus ekar diaorang sapu,sayang macai tak nampak semua tu,tak payah nak perkaumanla,nak main2 negeri,aku orang pahang pun tak penah dapat pun tanah,ape kerajaan bn bg selama ni,yang bijak pandai je tau keburukan bn tapi yg macai dan nangoi di atas2 ni dah buta hati,aku keluarga bn lgsung,tapi memang aku dah nampak pnyokong bn demi kpntingan peribadi,mnyokong dan ampu abis2 untuk dapatkan projek,blum cite anak2 menteri lagi,mcm di dun tahan bila dompok dah orang tak suka barula nak cite nak bagi tanah kalau dia menang,tengokla janji penipu tu,duit dah byk labur pinjam sana sini,dompok memg x sekolah tggi tapi dia bijak gunakan kata2 dan duit untuk tipu rakyat,kesian betul org ulu tembeling masihbtak nampak

Anonymous said...

Kepada anon 4.39pm..anda x patut menghina orng sebegitu,adakah anda sempurna sgnt hina orng tempang lah anak sakai la,klau dia tempang pun dia ada minta duit awk.Menantu mat noor pun dia senang dr rezeki yg di beri oleh Allah swt begitu juga dgn basri dan labak..jgn dengki x baik bro.YG NYATA DAN SOHIHNYA REZEKI DR ALLAH BKN DR BN semoga Allah memberi hidayah dan taufik kpd anon 4.39pm.Assalamualaikum

Anonymous said...

awok sokong sangat sangat labak dengan kerbau balau apahal.berapa banyak duit dia kau balun.

memanglah rezeki tu allah yang beri.yang dia menghimpit pemimpin umno kerat kontraktor lain apahal???

bersainglah secara sihat.ini sampai fail kontraktor lain boleh hilang apa hal.jadi projek tu dapat ke dia.tak ke haram harta dia yang dia dapat secara kotor dan curang???
awok memang bodoh kerana dapat 10rm daripada labakrabak awok puja dan bela dia.

Anonymous said...

Lu pahang celup jangan besar kepala

Anonymous said...

Bn hilang banyak kerusi kerana

janji pr lebih baik dari janji bn


aku sayang bn tapi bn tak sayang aku



Anonymous said...

Ni bukan masalah labok atau basri wei,buka mata cikit,masalahnya kerajaan bn sudah lemah,menang pun cara yang meragukan rakyat

Anonymous said...

bil pemimpin umno kaya kata hasil rasuah,bila org pakatan kaya kata rezei dari ALLAH..MEMANG BODOH LA..

PR MENISFESTO DIA MENGHALALKAN CARAA..PERKARA YANG SAMA KALAU BN BUAT X BAIK,HARAM,KLAU DEME BUAT HALAL SAMPAI ANAK CUCU.

LAGI SATU,SIAPA BASRI KERBAU DGN LABAK NI?HEBAT SGT KE?NK JUGA AKU KENAL

sheikh alimin said...

basri kerbau ajk pemuda umno jerantut.kerja kontraktor.kaya hasil bantuan umno.sudah kaya tindakan nya mirip kepada menyokong pas.

sering menyumbang kepada pas untuk menjalankan aktiviti mereka.musang berbulu ayam ini aktif berkempen mengerat calon umno dun tahan.di bantu oleh dua orang lagi kontraktor iaitu roslan kamaruddin(lan set) dan labak rabak.mereka ini penyokong kuat hj ahmad nazlan ahli parlimen jerantut.

kalau di teliti pada perlakuan mereka jelas sekali mereka menjalankan agenda untuk perebutan jawatan dalam umno bahagian.

jadi bodohlah kontraktor2 ini,memang mereka ni bodoh pun tak lulus spm.kalau wan amizan kalah mereka sangat senang menguasai umno bahagian jerantut.

Anonymous said...

PRU 13 PAHANG ELEMEN ANASIR KELANTAN YANG MENYEBABKAN UNDI PAHANG BERUBAH....ORANG UMNO PAHANG MESTI TUNTUT RAMPAS BALIK TANAH YANG TELAH DI BERI KEPAD AORANG KELANTAN DI SELURUH PAHANG....DESAK TIADA KERJA DI BERI KEPADA MEREKA YANG MAK BAPAK ASAL KELANTAN.....ORANG PAHANG DIPERBODOHKAN ANASIR KELANTAN ANG BERPURA UMNO .....JANJI LEH JAJAH PAHANG

Anonymous said...

Kenapa BN Pahang hilang 4 kerusi parlimen dan 12 DUN? Sebab Pahang ada WZWH...

Anonymous said...

Takbir

Anonymous said...

Saya sokong lan set sebab dia orang cerdik dan berwawasan.Dia pandai membezakan antara intan dan kaca dsn dia keluar sek sains..Zaman tu memang comfirmlah yg dpt masuk sek sains tentulah orng2 yg benar2 cerdik..Adun tahan sek mana ya?

Anonymous said...

Punca umno jrt jd huru hara ni sbnrnya hj nazry la puncanya....klu rakyat nk tau kenapa mngu ptama kempen pilihanraya ku lan hari2 ada.....duit dr umno mlaysia d salur kn ke bhgn jd ktua bhgn...su bhgn....bendahari bhgn yg tau bnyk mna.....dan d terajui olh hj nazry.....rkyat x prasan...sbb ingt kn calun parlimwn yg bedal padahal diaorg ni la yg bedal....prkara d nyata kn oleh nizam logistik yg mmg trkenal juara penipu yg lbh dasyat dr dompok.....sbb diq nk ex jd dia cerita la kt org kononnya dia dpt jga bhgn dia.....klu dato hj cerdik dato hj siasat la nizam ni....bnyk rahsia dato hj org dah tau sbb dia becerita

sang sapurba said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

HJ ROSDI KOI NK TNYA AOK NGN JUJUR LA....DUIT2 YG TOKEY CINA BG KT AOK SRH BG KE CKGU LAN TU AOK BG KE AOK LIBAS SRG.....YA LA SBB CINA BG X BNYK X PYAH LA BG KT CKGU LAN EK....PADAN NGN AOK JE LA....

Anonymous said...

Ye ke nii...tak baik tau..ada bukti??

Anonymous said...

Apasal deme ni semua tak suka sangat kat hj rosdi tu?kesian kat dia..dia buat salah apa dgn deme semua.Dia tu orng tua dan dah lama dlm umno jtut..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Hahaha...... kelakau jgk awk ni

Anonymous said...

Pru13 baru selesai tapi pergolakan dlm umno jtut semua org dah tau...dompok n hj nazri adalah watak penting dlm menjatuhkan ahli parlimen kita...sehinggalah ada risalah yg memburuk cikgu lan....sape harus disalahkan umno lemah disebabkan pembangkang atau barua2 ini....sekiranya umno jtut ingin kuat semula buang la anasir2 yg dibenci warga jtut ini...cikgu lan perlu tegas dlm perkara ini...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...