Monday, May 6, 2013

Apa WZWH Cakap BN Jerantut Sapu Bersih Parlimen Dan 3 DUN Itu BETUL!!!



















Wan Amizan menang DUN Tahan majoriti 1090, Mat Nazlan menang parlimen Jerantut majoriti 4532 , Dr Shukri menang DUN Pulau Tawar majoriti 3496 dan Lau Lee menang DUN Damak majoriti 64

Apa WZWH cakap BN Jerantut sapu bersih parlimen dan 3 DUN itu betul dan tepat.

Ramalan dan jangkaan optimis WZWH itu telah menaikkan semangat dan moral penyokong BN sekaligus memberi persepsi yang positif kepada pengundi atas pagar, pengundi muda dan pengundi penyokong Pakatan Rakyat.

Terlebih dahulu WZWH ucapkan jutaan terimakasih kepada pengundi parlimen dan 3 DUN yang memberi kepercayaan dan kasih sayang kepada BN.

WZWH merasa sangat lega kerana parlimen Jerantut dan 3 DUN berjaya dipertahankan oleh BN. 

Dalam Pahang dilanda 'tsunami Cina' yang menyebabkan 4 parlimen dan 12 DUN lepas dari gengaman BN maka WZWH masih berbangga dan rasa confident kerana BN Jerantut sapu bersih parlimen dan 3 DUN.

Tetapi WZWH sudah lama dengan politik Jerantut...sudah tiba masanya WZWH terlibat secara strategis bagi memulih kembali politik Pahang.

WZWH sudah cakap banyak kali dalam posting bahawa jika politik Jerantut tumbang maka umpamanya runtuhlah kota kubu politik Pahang.

Kini Kuantan, Indera Mahkota, Temerloh dan Raub sudah tumbang...

Mission WZWH sekarang mahu jaga kubu politik Pahang selamat pada PRU 14.

Proses penyusunan semula dan pemulihan politik Pahang telah bermula....

35 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada BN, harap segala teguran dan kehendak rakyat akan dipenuhi oleh pemimpin BN, bersihkan amalan rasuah dan korupsi dalam BN, jadikan alquran dan sunnah sebagai landasan kerja BN

Anonymous said...

Umno kembalilah ke zaman asal spt zaman tun razak. Stop korupsi. Pakatan makin kuat dan tak mustahil umno runtuh dimasa depan jika hanyut dgn kuasa. Tahniah kpd wz.

Anonymous said...

Sentimwn dan pola pengundi melayu di bandar mula beralih ke pakatan. Silap jika bn buat analisa hanya cina bandar yg undi pr. Berhati2 bn kerana bandar terpencil spt jerantut juga akan mengalami urbanisasi dan rakyat pedalaman spt ini pada suatu hari akan lebih kritis terhadap dasar kjaan. Jika umno tidak berubah dan bertukar kpd politik yg lebih terbuka,tidak mustahil suatu hari jerantut jua akan tewas.

Anonymous said...

alhamdulillah jerantut kita menang. pahang masih 2/3. namum begitu dari keseluruhan negara, BN adalah jatuh. bagi sy ini peluang untuk membetulkan kesilapan dan masa untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN. semua pimpinan harus bekerja dgn tekun bermula dari hari ini dgn harapan melayu khususnya kembali menyokong UMNO dgn padu dan bersama menegakan BN. Elakan permusuhan sesama kita dan selesaikan masalah secara berbincang dan berhemah. peluang yang ada ini bukan untuk tunjuk sapa kuat atau lemah, menang atau kalah, tapi untuk muhasabah diri, memperkuatkan barisan, merapatkan jurang dan mengeratkan silaturahim. tiada lagi musuh sesama kita dan yang ada hanya satu, memperkasakan melayu.

Anonymous said...

dakwaan oleh pihak pr bahawa pilihanraya ini mengandungi penipuan sebenarnya berasas, dakwat kekal yang tidak kekal, bangsa asing datang mengundi kerana mempunyai ic, pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana ada orang telah mengundi menggunakan pengenalan diri miliknya, bekalan elektrik tiba2 terputus ketika sesi mengira undi menyebabkan pengiraan perlu dilakukan semula, pihak pr akan kemukakan bantahan dengan bukti2 yg mereka ada, bantahan mereka itu sekiranya ditolak oleh pihak mahkamah sekalipun namun tetap akan memburukkan nama baik BN kerana rakyat lambat laun akan tau juga hal penipuan ini

Anonymous said...

Penggunaan kuasa RM sangat ketara berlaku di DUN Tahan.... dua kali squad hadapan datang memberi imbuhan sehari seblum mengundi dan selesai mengundi..... strategi yang x dapat dihidu dengan meletakkan kawasan operasi sewaktu hari mengundi agak jauh dari pusat mengundi.... xpe menang cara xsihat....

Anonymous said...

dah kalah; kalah lah oiiii banyak sgt songeiiii,,,,meluat aku...

Anonymous said...

Anon 10:24,

PAS bukan berlawan dengan parti ideologi di Dun Tahan yang sebenarnya...PAS berlawan dengan puak Wan yang mempertahan maruah keluarga yang berakar umbi beratus-ratus dulu di Lembah Tembeling. Termasuk juga puak-puak yang bukan Wan tapi bersedara dan ada ikatan...ini puak yang berebut taktha dan biasa mandi darah mempertahankan politi honour of family.

Kalau PAS nak menang di dun Tahan letaklah calon dari keluarga Wan pada PRU 2018!

Anonymous said...

Sedakla deme
Makan duit berjuto sampai 5 tahun lagi

Mmg bete rakyat urban tolak bn...
Tapi org kampung ulu masih ramai sayangke bn yakini dompok
Tok osoh la majukan Pahang ye dok
Kala maju, cerdik, urban..mulalah tak ngundi aokme
Biornye Bodo cara kampong gini.baru la sedak menang sokmo

Anonymous said...

Kalu pak lah yg hanya berjaya 140 kerusi dianggap gagal telah di paksa turun. Najib hanya 133 kerusi camna tu. Menarik juga tgok permainan dlm umno pulak lepas ni. Apa pun pm selama lamanya ialah che det. Najib tu puppet dia je.

Anonymous said...

Kak mah kata
abg u jgn quit...handbag paling mahal didunia I tak rembat lg...
Caner I nak cocok cocok muka ni yg dah mcm kereta potong....modal besar ni... Abg kslau u quit mlm ni tido luor

Anonymous said...

dtok chu rahimah dtok bazain dtok mat jaafar menang jge tp bukan dari golongan wan pun ini main antar duit betul ke hulu tembeling berbeg2 org ulu kebulur ke duit campur dgn orang asli pulok jarang nampak duit campur dgn ugutan sikit terus undi ke bn,tu yang menang,itu org asli yang becerita...hijau x bg duit,biru bg duit kome pangkoh biru la perkataan dari mulut org asli sendiri.mana sprm?sungai rtg rm100 seorang,mana sprm? banyak lg la malas nak cite,dah menang rompok la kuat2 biar banyak hisabnye apabila mati kelak,kalau tiada muhasabah diri dan parti serta merapat kan barisan org melayu akan mengikut serupa parti dap org umno akan pergi kepada pas dan pada ketika itu dinamakan perkauman seperti dap sekarang...jadi disarankan cari lah musuh2 kamu sesama sendiri untuk kuatkan pasukan dimasa akan datang..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Kalau bukan DS Najib lagi teruk performance BN.

Najib sudah buat yang terbaik. Allah suka Najib yang suka kerja kuat dan berusaha...tak dapat takpa cuba lagi PRU 14...usaha lagi dengan sabar.

Allah suka hambanya yang berusaha, bertawakal dan berdoa..

Anonymous said...

Rase keh ada 2 jenih org yg ngundi bn di ulu ulu ni

Pertame, mmg hamba duit. Kiblat dia duit...lapor ke duit so omo omo...boleh jd org ni kaya kerana kontrek kroni.. dia taket jatuh papa kalo bn kaloh. Pendek kata iman dah hampir lupus..akidah ke laut

kedua, jenis pengundi yg mmg totok lagi bodo.. jenis ni, kala diletok kayu jadi calon umno pun, jatuh wajib jugek dia mengundinyer. Tak kira la umno ke mca ke...mmg pangkoh hok tu lah...tak boleh uboh..jadi demam tak surut hehehe..hok ni.. dpt rm500/55 tahun pun sukurrrr ke hadrat ameno yg memberi rezeki

sejarawan tembeling said...

pas yang menyimpan pengundi totok.kalau letak tahi nik aziz bertanding pun orang pas tetap undi.lepas undi hidu beramai-ramai tahi nik aziz.huuu...wanginya.

dah kalah duduk diam2.dulu sebelum mengundi berlagak,cakap besar.nak campak wan amizan ke sungai.apa,ingat wan mizan ni tak ada sedara ke.

dulu cu rahimah,mat jaafar menang pun sebab puak wan dan sedara mara yang tak ada wan menyokong penuh.

aku cabar umno letak puak damak atau pulau tawar sebagai calon dun tahan lawan ustaz zakuan.kami puak wan akan sokong pulak ustaz zakuan sebab dia tetap saudara mara wan.
ustaz zakuan cicit saudara dua pupu almarhum tok muda wan mustapha orang besar enam belas negeri pahang.
bermakna ustaz zakuan sendiri adalah anak saudara 3 pupu wzwh.jangan main-main!!!

Anonymous said...

Tahniah untuk BN di JERANTUT dan DUN TAHAN, dan tahniah juga untuk PR. Kepada penyokong PR kita harus terima kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Jadikan kekalahan ini sebagai inspirasi untuk kita terus berusaha dengan lebih gigih pada PRU 14 yang akan datang. Tingkatkan ilmu untuk merangka strategi yang lagi ampuh dan membudayakan politik yang lebih matang. Yang menang tidak menang semua...yang kalah tidak kalah semua...saranan saya agar kita lebih ikhlas dan jujur dalam berpolitik pada masa hadapan.
Kepada WZWH dan YB DUN TAHAN saya ucapkan selamat maju jaya.

Ir. Wang Somang

Anonymous said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT.

Berserahlah kita kepada yang pencipta. Segala titik bengit tak perlu dicanang. Ingatlah kemenagan itu adalah satu maruah dan amanah yang dipikul. Amanah dari Allah untuk memelihara maruah semua masyarakat. Maruah diri, paling utama, dan kita semestinya mencongak dan bermuhasabah apa yang dilontarkan kepada kita samada secara nyata atau tidak nyata. Ingat perjuangan belum selesai, dan jangan jadikan Meluu mudah "lupa dan alpa" dan jangan sampai Melayu hilang didunia.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT.

1002 May, 7 Banir.

Anonymous said...

Ramai je org dri glongan wan tolak dn x pangkah calon ni sbenarnye..tapi kalo rmai lgi org bodo xsedar2 nk buat mcmna..dduk la mcm tu smpai bla2 kt ulu tu..

Anonymous said...

kuala tembeling masih terbiar masa pru. ramai yang buka pos BN tidak mendapat apa- apa. segalanya tidak ada selain mengharapkan janji untuk memajukan Kuala Tembeling. Saluran 2 banyak menyokong PR dan saluran 1 masih setia bodoh dengan BN.
ini masanya Kuala Tembeling untuk menambah undi dan anak2 asal Kuala Tembeling harus balik mengundi di Dun Tahan.
suara kita mesti bersatu untuk kemajuan bersama dan kita menyokong parti yang mendengar suara kita.

Anonymous said...

mmg org ulu kne tbur duit bruni..ni cter org ulu sndri yg cite..org bn mmg ambk ksmptan,kt ulu skarg mmg sllu ujan,xleh noreh,ssh nk dpt duit..org asli 2 xyah ckap la...skr ni xleh nk buat ape2 la,cma brdoa mtak than tnjukan kbnran....

Anonymous said...

kome bangga juga saluran 2 kuala tembeling bg org muda mnyokong pas,di situ nmpok bdk sini dah byk sedar,igtla pru akan datang saya akan rekrut lg org muda untuk ke arah pr,mmang saya akui dompok menang tp 5 tahun dulu xde ape pun dia bg kemajuan kuala tembeling,memang saya sedih wan amizan lbh pentingkn geng yg kuat ngampu yg kuat berjudi di kuala tembeling ni,igt wan amizan,tlg perbaiki ape kehendak org muda kmpung ni,jgn nak asyik ikut tok4 nadil yg ngantok dah tu,plu igt di kuala tembelng ni org muda dah bangkit,perbaikila ape yg patut untuk mnarik orang muda bersatu mnyokong datuk,tq

Anonymous said...

insyaallah..lepas ni dato akan bekerjasama dgn semua lapisan masyarakat..org muda dan akan mantapkan seluruh jawatankuasa yg ada..buang yg keruh dan ambil yg jernih..bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..harap blog n komen lepas pada ni semua memberi semangat bersatupadu untuk mengukuhkan barisan melayu kita..hidup melayu!

Anonymous said...

jom , anak muda di kuala tembeling
yang masih ada ahli keluarga beristerihat di kualA retang.
tidak kira dimana anda berada,
samaada di jerantut, kuala lumpur, kuantan, temerloh, kuala lipis, seremban, johor bahru, kota baru.
kedudukan bagus anda sekarang gunakan untuk memajukan kuala tembeling.
segera tukar dun anda dan mengundi bersama sama di sekolah kuala tembeling.

Anonymous said...

dompok,ong igt cikit kuala tembeling ni,aku frust sgt ong x bg mnda ke kami ni,budok sini ramai bising xde bnda pun ong buat,mentang2 undi dulu tembeling byk mng,ong anok tiri je kami,carila org cerdik cikit buat blog,dri budo mcm zuri ni,dia asyik bukok pekung ong je

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Feedback dari saluran 2 itu penting supaya kelemahan perlu dibaiki.

ADUN Tahan perlu buat sesuatu di Kuala Tembeling, apa program2 boleh menarik minat orang muda Kuala Tembeling.

Bukan soal buka pekung ADUN Tahan tapi WZWH mahu tahu kebenaran dan maklumat yang betul supaya prestasi ADUN Tahan boleh dibaiki.

Anonymous said...

orang Kuala Tembeling tak perlukan program.
? futsat, ? stokin bola , ? program memasak
orang Kuala Tembeling perlukan kehidupan.
geran tapak rumah, geran PAKR , jambatan, meluas dan pagar kubur , pusat rekreasi untuk orang Kuala Tembeling dan juga untuk menarik orang sekitar Kuala Tembeling seperti Mela, Labu dan Jerantut.

Anonymous said...

pembangkang asyik cari salah orang je...
takde langsung kekuatan sendiri..
menang pun, berdasarkan kelemahan lawan bukan kerana mereka Kuat..
malulah jadi pembangkang macam ni...
menang je, cakap rakyat terima..
kalah je.. ade je yang tak kena...
umno pun ada salah dan silap, mereka tak terlepas dari kesilapan..
tapi pembangkang seolah olah tak pernah buat silap..
"orang yang berbangga dengan dirinya, dan merasakan dirinya sahaja yang baik, itu dah termasuk riak..."

Anonymous said...

PR ini kali kalah..

Anonymous said...

manang bn manang berasuah,kalah pakatan kalah bermaruah supaya menang pakatan akan datang menang dalam keadaan berhemah insyaallah

Anonymous said...

aku kuat dah kempen budak muda kuala tembeling pangkah pas,bio rajin cikit nak kenal agama,bio pru 14 pengundi baru atau saluran 2 tu sapu abis,orang tua jenis kayu sebab dema alasan susah mkn ubi kayu dulu,tu dema tak nmpok,klu wan mizan x bg mnda2 di sini memg sakitla dema,nama pun darah muda,hati nak marah je wei,klu nak tnjuk buat futsal baik x pyh,tempat lain budak kecik buat main baling selipar je,bagila power2 cikit,pastu tok empat nadil n kroni jkkk di situ ptut tukarla,cemuh kome nengok,anak sedara bertanding ustaz zakuan dia x kempen pun perjuangkan islam,jgn gila ke duit dema,hidup x lme,ni tidak,nok penuhkn masjid di sini pun xnk sb politik,bodola org cini,awk igt zuri kempen cikit dato ksyangan awk tu tabur cikit kemajuan di kuala ni

Anonymous said...

berani panggil ustaz azhar idrusla buat ceramah kat jerantut,ni tidak,asyik program konsert2 je,bosan dah wei,maksiat akan byk terjadi dari golongan muda,dema panggil buat,jgn sebab parti nak tepikan kuliah agama uai

Anonymous said...

SY DAPAT 500 UNTUK UNDI CIKGU KOH..CIKGU KOH MENDAPAT SOKONGAN DR HAMZAH DARI PAS.SO SILA KOMEN PASAL BELI UNDI?

PENGUNDI ATAS PAGAR

Anonymous said...

kome dapat 30 je dari pemuda umno
letih kome mengundi awok
datang jauh2
pepalih, dapat 30 jek
maleh dah gnundi demeh


maria
alor setar

Anonymous said...

mana nangoi peliharaan pas tu? sejak kalah ni tak nampak dah komen dia

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...