Saturday, May 25, 2013

Lagu Rasmi BN Dan Komponen Menjelang PRU 14...

3 comments:

Anonymous said...

ha ha ha ha ....hahahahah...

Anonymous said...

Bro Wan dan Sdr2 yg dikasihi,

POLITIK BARU dan PRU14

(1) Sebaik saja Sdr Khairy Jamaluddin diumum sebagai menteri Belia dan Sukan, aku lantas mengahantar MSG keakaun FBnya dgn kata2, "tahniah sdr atas perlantikan sebagai menteri. Saya merasakan perlantikan Sdr oleh PM memang tepat dan kena pada orangnya. Cuma satu perkara yg ingin saya pesan, ingatlah bahawa sdr merupakan Menteri kpd belia2 Malaysia dan bukan Menteri kpd pemuda UMNO".

Aku tak percaya beliau berpeluang membaca msg yg aku kirimkan itu, namun keesokan harinya beliau membuat kenyataan dgn bait2 bagi suatu maksud yg hampir sama. Kenyatan ini bukan dibuat dgn 'saja2', ia lahir drp sebuah pemikiran yg matang dan diluar kebiasaan (bukan menjadi kebiasaan bagi orang2 UMNO seperti DS Zahid atau Dato' Noh Omar). Inilah contoh pemimpin muda yg ada karisma, yg ada nilai dalam mencorak politik baru demi masa depan negara. Aku tak hairan suatu hari nanti beliau akan diangkat menjadi PM (yg tidak semestinya beliau mewakili UMNO).

(2) Aku berharap Dato' Saifuddin Abdullah diberi peluang bertanding di Jerantut pada PRU14 nanti dan jangan membiarkan beliau kalah lagi diTemerloh. Orang yg terkenal sebagai pendokong POLITIK BARU ini perlu diberi peluang dan pimpinan UMNO mesti melihat beliau sebagai asset kepada parti dan Negara juga.

(3) Untuk memahami politik baru ini bukanlah sesusah mengangkat sebaldi air tanpa tumpah melintasi bukit yg tinggi. Ia sebenarnya sekadar meletakkan keadilan dgn lebih wajar serta memberi tafsiran demokrasi dgn lebih bermakna. Contoh mudah, jika UMNO diberi peluang menggunakan dewan JKKK/JKKR atau balai raya untuk menlangsaikan aktivitinya maka lain2 parti yg berdaftar secara shah sepatutnya diberi hak dan peluang yg sama...mudahkan!

Sdr2 sekelian terutama pemimpin2 politik, marilah kita mendokong politik matang dan yg lebih santai. Ketepikan politik ganas, fitnah dan politik balas dendam.


Mat Periba.

Anonymous said...

Saifuddin Abdullah bertanding di parlimen Jerantut lagi cepat terjun sungai sebab politik orang Jerantut lagi advance...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...