Saturday, July 27, 2013

Kenapa Banyak Projek Pembangunan Dicurahkan ke DUN Tahan???


Blog WZWH banyak menceritakan pembangunan ekonomi di DUN Tahan dalam beribu posting lepas. Itu pun ramai komen itu semua projek pembangunan angan-angan, cakap kosong.

Posting ini WZWH senaraikan projek-projek pembangunan yang majoriti banyak dicurahkan ke DUN Tahan dalam parlimen Jerantut mengikut Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Kenapa banyak projek pembangunan dicurahkan ke DUN Tahan? Itu bergantung kepada pemimpin politik yang proaktif sebelum dan semasa beliau jadi wakil rakyat.


Dari 19 projek untuk parlimen Jerantut, 9 projek dilaksana di DUN Tahan berjumlah RM238 juta.

Jumlah sebanyak itu setakat tahun 2011. Dari tahun 2012 hingga sekarang dan akan datang ada banyak lagi projek-projek pembangunan mencurah ke DUN Tahan.

Kenapa banyak projek pembangunan dicurahkan ke DUN Tahan?

  • Kerajaan BN kerajaan yang perihatin dengan kemajuan luar bandar.
  • Wakil rakyat bagi DUN dan parlimen saling bekerjasama berusaha membawa projek-projek ke kawasan.
  • Inilah hasil kerja keras wakil rakyat yang pengundi Jerantut pilih!

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...