Friday, July 12, 2013

Memahami Apa Yang Sebenar Berlaku di Mesir? Demokrasi...Protes...KPI Kerajaan...



Tentera Mesir sebelum mengulingkankan Presiden Mohamed Morsi berdepan dengan satu pilihan mudah: masuk campur atau huruhara. 17 juta rakyat di jalanan bukan sama dengan pilihanraya tapi manifestasi kuasa rakyat yang ngeri.

Ikhwan Muslimin Morsi tidak boleh bertukar dari pergerakan pembangkang dari menjadi parti memerintah. Memang kadang-kadang sebuah kerajaan memerintah teruk, baik dan sederhana. Tapi di Mesir ianya berlainan. Ekonomi Mesir menjunam. Undang-undang dan peraturan sudah tiada. Perkhidmatan tidak berfungsi.

Menteri Pelancongan Mesir yang berwibawa letak jawatan sebab Morsi melantik ahli Ikhwan Muslimin sebagai Gabenor Wilayah Luxor yang terlibat dengan serangan pengganas membunuh 60 pelancong di Luxor pada 1997.

Kini tentera berdepan masalah meletakkan Mesir kembali kepada jalan pilihanraya dan pemerintahan demokrasi. Diharap tentera berupaya tanpa menumpahkan darah. Seseorang pemimpin perlu dilantik memerintah Mesir membuat keputusan yang tegas dan tidak popular.

Apa yang berlaku di Mesir adalah contoh terkini permainan nampak kepada dunia antara demokrasi, protes dan KPI kerajaan

Demokrasi adalah satu cara memutuskan siapa pembuat keputusan, bukan ganti kepada buat keputusan. Orang muda Mesir percaya dengan demokrasi semua masalah boleh diselesaikan. Sebarang idea ekonomi boleh berfungsi dengan lebih baik dari sistem ekonomi Mesir lama.

Kerajaan demokratik dengan sendiri tidak boleh memastikan kerajaan yang cekap. Hari ini KPI atau keberhasilan kerajaan adalah cabaran. Bila kerajaan tidak 'deliver' , rakyat protest. Rakyat tidak mahu tunggu pilihanraya. Seperti apa yang Turki dan Brazil tunjukkan, rakyat memprotes walau malah negara mereka telah buat progres yang besar.

Bila sebuah negara bergerak dari pendapatan rendah ke status pertengahan, jangkaan dan harapan rakyat tinggi. Mereka mahu servis berkualiti tinggi, perumahan yang lebih baik, infrastruktur lebih baik terutama pengangkutan. Mereka marah hingga bergerak ke jalanan memberi bayangan ada pemimpin di atas yang menghalang kehendak mereka.

Ini adalah semangat kebebasan demokrasi yang beroperasi di luar konvensyen yang pilihanraya menentukan kerajaan. Ianya dijanakuasakan secara hebat oleh media sosial yang merupakan satu phenomena revolusi.

'Cybernating nations' bergerak mengikut hypermodernity melahirkan 'digital proletariat' mempromosi 'creative anarchy'. Ianya bergerak terlalu pantas menyebabkan berlakunya krisis dengan lebih pantas dan cepat. Hasilnya 'Arab Spring' yang melanda negara utara Afrika dan Arab.

Ianya bukan selalu konsisten atau rasional. Protes bukanlah polisi, poster dan effigy yang merupakan seseorang pemimpin dibakar bukanlah program untuk kerajaan. Namun jika kerajaan tiada hujah-hujah yang jelas untuk mematahkan rakyat yang memprotes, kerajaan itu akan susah.

Di Mesir, masalah kerajaan ditambah dengan kemarahan rakyat kepada ideologi Ikhwan Muslimin yang tidak bertolak ansur. Rakyat percaya Ikhwan Muslimin mahu memaksa menerap doktrin kepada kehidupan rakyat sehari-hari.

Ianya umpama jika PAS atau DAP memerintah Malaysia bila mahu memaksa rakyat Malaysia menerima doktrin dan nilai-nilai PAS dan DAP yang membuatkan bukan sahaja orang bukan Islam akan memprotes bahkan orang Melayu Islam akan menolak.

Di Timur Tengah bahkan di Malaysia sudah ada debat terbuka tentang peranan agama dalam politik. Walau Ikhwan Muslimin itu satu organisasi yang besar, rakyat yang menyokong pendekatan sekular dalam kerajaan adalah majoriti.

Seperti juga di Malaysia, contoh negara Islam sederhana Wasatiyyah versi DS Najib yang menarik minat Barat dan dunia. Bukan orang Melayu Islam tidak percaya kepada Islam sebagai addin tapi majoriti orang Melayu bahkan bukan Melayu tidak percaya yang PAS boleh demontrasi pemerintahan kerajaan yang baik.

Ramai intelektual dan pakar politik percaya pemimpin ulama PAS sebenarnya TIDAK MENGERTI dan FAHAM apa sebenarnya berkerajaan mengikut perspektif Islam yang sebenar.

Begitu juga dengan DAP yang lebih kepada pengaruh evengelisma Kristian juga tidak boleh menyakinkan majoriti rakyat Malaysia bahawa itu adalah perspektif Kristian yang sebenar.

Untuk memilih jalan selamat majoriti rakyat Malaysia terpaksa memilih sebuah kerajaan yang mengguna pakai jalan sekular dan ada sedikit campur-campur nilai Islam.

Ada pemimpin-pemimpin UMNO sudah terikut-ikut dengan rentak cara pemimpin-pemimpin PAS. Sejarah Malaysia membuktikan negara Malaysia rakyatnya lebih aman dan bersatupadu dan makmur semasa pemerintahan sekular diamalkan oleh pemimpin Malaysia.

Konflik berlaku dan seterusnya banyak konflik yang menimbulkan ketegangan dan persepsi negatif bila agama dicampur aduk dengan politik di Malaysia yang bermasyarakat majmuk.

Masyarakat boleh beragama dan kuat beragama tetapi rakyat mula mengenalpasti yang demokrasi hanya berfungsi sebagai konsep plurastik memerlukan hormat menghormati antara berbagai kepercayaan dan membenarkan suara bukan kuasa veto untuk agama.

Di Mesir, dengan berbagai kebudayaan, agama, 8 juta orang Kristian, populasi muda yang perlu berhubungan dengan dunia, kerajaan Islam mengikut Wasatiyyah Malaysia boleh membentuk masa depan Mesir.

Dunia perlu membantu pemimpin de factor Mesir untuk membuat perubahan dan transformasi ekonomi supaya boleh deliver prestasi yang memadai kepada rakyat buat masa ini dan bila hampir stabil boleh menuju semula kepada pilihanraya baru.

Ketidakstabilan Mesir akan menggugat juga kestabilan Syria, Lebanon, Iraq, dan menekan Jordan dan juga berkait dengan Hezbollah dan Iran yang menyokong regim Syria.

Satu transisi yang panjang di Timur Tengah sedang berjalan. Ianya sukar, memakan masa dan mahal. Berita baik ialah ada berjuta rakyat yang moden dan berfikiran terbuka di Timur Tengah. Mereka tahu apa yang terbaik buat negara mereka.

22 comments:

Anonymous said...

kalau kerajaan yg hilang kekuatan,dan tidak sama kuat seperti kerajaan yg terdahulu.Di tambah pula, pemimpin terkini yg yakin dan bangga diri, akan dpt meneruskan perjuangan politiknya di masa hadapan dgn cemerlang, sedangkan ia semakin membarah,membengkak,bernanah di dlm.....

Anonymous said...

pas ambik kesempatan kononnya merekalah Morsi versi Malaysia. Alahai budak-budak pas ni... Ada yang beringus je lagi tapi berkokok bukan main lantang...ngikut ayah punya perangai...

Anonymous said...

mana puak pas jerantut? apa cerita petisyen deme nak memenang ke cikgu koh? apa untungnya kita kalau dia menang pun? alah bodonya puak pas ni. otak letak dekat tumik. dr amzah tu kasi kick lah cepat, menyampah sangat dah orang menengok, suruh dia duduk rumah je jaga abang dia mat noor tu, tak payah nak jaga parlimen jerantut sangat la

Anonymous said...

Malaysia akan menanda tangani perjanjian TPPA di brunai, yg mana standart pemikiran dgn pemasuhan akta ISA..

Anonymous said...

Gaya pemikiran politik baru,dan pelaburan masa depan negara....pelaburan kwsp Rm 40 billion dlm sektor hartanah di Battersea,londan.Pemasuhan akta ISA,bersetuju dgn perjanjian TPPA mengikut terma2 tertentu yg memakan diri.Isu keluarga di dlm isu politik semasa,salah perkiraan Rm100juta utk permata yg bkn di bwh bajet kmterian dn bnyk lgi.

Anonymous said...

tercalit jer prjnjian TPPA,maka berjayalh misi bngsa cina yg snggup membyr dgn harga yg mahal utk mendahului bangsa melayu yg akan mrempat di negara sendiri dlm politik dan ekonomi.Pemimpin melayu yg snggup di kambing hitam ada di mana2 shj..

Anonymous said...

pas akan kata cina sangat baik, mereka tak hormat pada islam sebab mereka bukan islam maka patutlah mereka tak hormat pada islam

Anonymous said...

Kehkehkeh...

Paslah Islam sebenar

Moh bersama Pas weh

Anonymous said...

kerajaan kencing dan tipu rakyat,bila menang barang akan naik,yang setia pangkah bn rasala natijahnya,bukan pangkah bn terkecuali,rasala nanti, keh,keh

usin gampang said...

pelir awoklah.awok ingat pas memerintah harga barang turun???
kalau pas dan pakatan rakyat memerintah awok ingat pedagang cina nak turunkan harga barang?naik lagi ada sebab mereka fikirkan keuntungan.

sekarang ni pun dia orang menaikan harga barang ikut suka hati dia orang sebab mereka tahu kerajaan yang akan di persalahkan bukan mereka.

yang bodohnya melayu terutama melayu pas dan pkr sebab beri undi kepada kafir harbi dap.

awok yang bodoh ni puja-puja lah cina beng ni sebab awok selalu masuk rumah urut kat selangor.tukang urut cina selalu tunggu melayu bodoh macam awok!!!

Unknown said...

Bila nak mansuh tol PLUS nie.... asyik kutip tol jer.... da 30 thn lebih ..... kos 6 billion da kutip balik....

PAS tahun 1999 boleh mansuh tol kat Tganu... ada berani ker you as wakil umno mintak mansuh tol??

Semua pencuri belaka..

PS... DAP majoriti ahli Buddhist...not christian.... so bangang....

u said...

memanglah buddhist sebab majoriti cina.serupalah dengan awok agama bahai mirza gulam.

Anonymous said...

usin gampang cerdik, tak bodoh macam lembayung senja badan je besar gajah

usin gampang said...

anon 1.26 am,

aku tak cerdik mana cuma lulus darjah enam aje.aku hanya benci dengan melayu murtad tak ada jati diri.rela jadi hamba cina.pantang keturunan aku.

Anonymous said...

kita kena jaga hati cina sebab kita nak tarik undi dia (kata Dr Hamzah)

REDROSE said...

Bodoh stmt ko ni wan zamri wan hassan,ada mata tak boleh melihat,ada otak tak boleh berfikir,ada mulut tak pandai bercakap,ada agama tak boleh nak hayati,sebelum ko nak kuarkan stmt ko patut baca al-quran dan faham apa ko baca...baru ko boleh nampak mainan dunia hari ini...hingusan la ko ni...

REDROSE said...

Bodoh stmt ko ni wan zamri wan hassan,ada mata tak boleh melihat,ada otak tak boleh berfikir,ada mulut tak pandai bercakap,ada agama tak boleh nak hayati,sebelum ko nak kuarkan stmt ko patut baca al-quran dan faham apa ko baca...baru ko boleh nampak mainan dunia hari ini...hingusan la ko ni...

REDROSE said...

Blaja tinggi,tapi tak cerdik...dr mursi is gread pm now..mesir besar bro jerantut kecik je..

REDROSE said...

Sorry salah nama ayah ko wan hasenan..

REDROSE said...

Dah la ko delete la blog ko ni,nanti pakar pakar lain reply lagi ko tak tau nak jawap..

Anonymous said...

Xperlu delete, masing2 ada pandangan dia. aq xmau cakap isu mesir sbb aq pn xtau apa jadi kt sana. Tp di malaysia, bagus ada yang menjawab, buddhist cina kan? Ko g tgk la apa jadi kt burma, buddhist sana tindas islam. Kalau da sama agama, xde yang lainnya. skg mereka xde kuasa, kalau bila ada kuasa, pasti melayu agama islam ni ditindasnya. Guna akal, sokong PAS utk apa? Masuk syurga? Jihad kepala abah ko. Mana ada jihad antara pergaduhan sesama islam yakni sunnah wal jamaah. Sebabkan xsependapat, ulama' lain yang xsependapat dihina, Nabi Muhammad S.A.W berdoa supaya diturunkan 3 bala kepada orang yang mencaci ulama' disebabkan tidak sependapat. Jadi fikir2 kan lah. Sokong PR = Kehancuran agama bangsa dan negara. Lagipun dalam buku jingga tu mana ada nak jadikan ISLAM sebagai agama resmi? Jgn mimpi lah nak jadi PM kalau PR menang. Itu guan eng jadi punya, korang ni lembu kena cucuk hidung je. PENGKHIANAT BANGSA!!!!

Anonymous said...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,
ASSALAMUALAIKUM WBT,
TERIMA KASIH ATAS SEGALA PERKONGSIAN,
HEBAT SEKALI.
CUMA,INGIN SEKALI SY BERKONGSI SESUATU..
APAKAH MANHAJ PERSATUAN UMNO YG DICANANGKAN?
POLITIK DALAM ISLAM BUKANLAH BERKISARKAN PARTINYA, TETAPI MANHAJNYA,
DALAMILAH ILMU AGAMA, FIKIRLAH SECARA MELUAS, ISTIGHFAR DAN MOHONLAH PETUNJUK ALLAH.
JGN DISEBABKAN PERMASALAHAN POLITIK, SESAMA ISLAM BERTELAGAH. WALLAHU'ALAM

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...