Tuesday, July 30, 2013

Projek Jambatan Berkembar Kuala Tembeling



Sewaktu ucapan persembahan ADUN Tahan sempena keberangkatan Tengku Mahkota Pahang ke Majlis Berbuka Berbuka Puasa di Masjid Kuala Tembeling antara lain memohon perkenan KDYTM Tengku Mahkota kepada Projek Jambatan Kuala Tembeling yang bila dibina boleh menaik kembali ekonomi Pekan Kuala Tembeling.

Di mana Kuala Tembeling?  Kuala Tembeling adalah pertemuan Sungai Tembeling dan Sungai Jelai lalu membentuk Sungai Pahang.

Sungai Pahang bermula di Kuala Tembeling.

Kuala Tembeling yang memulakan Sungai Pahang yang mengairi keseluruh negeri Pahang menghilir melalui Jerantut, Kuala Krau, Temerloh, Maran dan terus ke Kuala Pahang Pekan membelah Laut China Selatan.

Sungai Pahang yang membawa peradaban dan kesuburan kepada tamadun negeri Pahang. 

Kuala Tembeling perlu dibangkitkan statusnya menjadi aktif semula.

Ada komen pembaca dalam posting yang lepas membuatkan WZWH rasa sedih dan sayu dengan fakta Pekan Kuala Tembeling yang semakin mundur dan layu.

Ini komen pembaca seperti dibawah:

Ha ha Pembangunan bandar Jerantut ? Lawak Ambil contoh, Kuala Tembeling, suatu ketika dulu amat maju dan terkenal sebagai pelabuhan sungai yang tersibuk di Semenanjung Tanah Melayu. Apa berlaku sekarang?. Kuala Tembeling mati. BN membina kedai lewat 10 tahun kebelakang , siap hanya setelah perniagaan telah mati. Untuk memaksa ke tapak baru yang tak laku, Ada pegawai kerajaan memberi arahan untuk meruntuhkan Pekan Asal Kuala Tembeling. Orang Kuala Tembeling dibodohkan dengan cadangan membina taman bunga dan tapak permainan. Cadangan tetap cadangan. Apa yang tinggal kini hanya semak samun dan Kuala Tembeling menjadi amat mundur. Lihat Pekan Lancang kedai zaman Jepun masih wujud dan suasana tetap meriah.

Blog Urag Drrulug bertajuk Secebis Kenangan dan The Forgotten City mengambarkan dengan baik nostalgia kegemilangan Pekan Kuala Tembeling.

Memang WZWH sentimental dengan Kuala Tembeling. 45 tahun dulu selepas dilahirkan di Hospital Kuala Lipis, WZWH telah dibawa menaiki keretapi dari bandar Kuala Lipis ke Stesen Keretapi Kampung Sepial. 12 tahun yang pertama bermula di Kuala Tembeling sebelum WZWH bersekolah Asrama Penuh di Semsas, Kuantan.

Pekan Kuala Tembeling pusat tumpuan ekonomi Lembah Tembeling dan kawasan sekitar. Jeti Kuala Tembeling menyaksikan getah, rotan manau, geharu, kerbau, ikan kelah, ikan patin dipasarkan dan diurusniagakan.

Kuala Tembeling jeti 'gate away to Taman Negara' tumpuan pelancong asing menambah kemeriahan.

WZWH adalah last batch orang Tembeling yang dapat menikmati kehidupan kampung di Lembah Tembeling dari Kuala Tembeling, Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling. Pengalaman memahami budaya dan adat resam orang Tembeling itu pengalaman berharga dalam kehidupan WZWH.

Walaupun ramai orang tua-tua dari kampung sepanjang Lembah Tembeling sudah pergi namun kenangan, memori, nostalgia tetap di hati WZWH.

Kuala Tembeling pertemuan dua sungai iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Jelai membentuk Sungai Pahang. Dulu Kuala Tembeling pusat superhighway yang mengunakan sungai. Banyak sejarahnya sejak zaman berzaman.

Pasir Tambang di seberang Kuala Tembeling ialah tempat Orang Tembeling dan Orang Jelai mengistiharkan Wan Ahmad sebagai Raja Pahang yang baru menukar regim pemerintahan Beraja Pahang. Ini tempat melahir revolusi kebangkitan politik baru Pahang.

Kini Kuala Tembeling semakin hilang kelebihan ekonominya. Bila sistem jalan raya dibuka di Tembeling Tengah hingga ke Kuala Tahan, orang sudah tidak hilir ke Kuala Tembeling. Pembinaan jalan Mela - Kuala Lipis membuatkan penduduk beberapa kampung berdekatan sepanjang Sungai Jelai tidak bertumpu lagi ke Kuala Tembeling.

Perancangan PKNP dan PASDEC untuk membangunkan Pekan Kuala Tembeling dengan kompleks rumah kedai, pusat pelancongan, jeti tidak cukup membangunkan ekonomi Kuala Tembeling. Pelan perancangan Taman esplanade tebing Kuala Tembeling entah kemana hala tujunya.

Dengan tanah yang terhad kerana Pekan Kuala Tembeling dikelilingi oleh estet-estet swasta, WZWH jadi buntu bagaimana cara mahu mengangkat kembali ekonomi Kuala Tembeling.

Mungkin anak-anak Kuala Tembeling yang bijak-bijak di perantauan punya idea-idea bernas untuk di lontarkan. 

Apa yang WZWH boleh nampak jika kita mahu orang Tembeling dan orang tempat lain kembali bertumpu ke Kuala Tembeling kena fikir apa caranya?

Kita telah berjuang dan berjaya untuk mendapatkan Jalan Ulu Tembeling hingga ke Terenggganu. Bila projek ini siap diimplementasikan sudah tentu orang Terengganu lebih suka guna jalan Tembeling ini kerana lebih cepat sampai ke KL. 

Begitu juga orang Perak jika mahu cepat sampai ke Kuantan pasti mahu guna jalan Ipoh-Kuala Lipis-Kuala Tembeling- Sungai Lembing-Kuantan. Jika jalan Jerantut-Sungai Lembing siap nanti.


Kita perlu sekurangnya di Kuala Tembeling dibina 2 jambatan:

  • 1 jambatan menghubung Pekan Kuala Tembeling-Pasir Tambang
  • 1 jambatan menghubungkan Pekan Kuala Tembeling -Tanjung Jelai

Erect those bridges please....

2 comments:

Anonymous said...

buat sahaja jambatan 2....seperti mana org K.Tembeling nak......abis citer....Dari K.Tembeling ke Raub

Anonymous said...

Seigt kawan,tahun 1999 tuanku sultan pernah prnh dtg ke sek ren tembeling..isu ini dibangkitkan oleh tok empat cikgu nadil..Masa tengku mahkota dtg baru2 ni pun,isu ini masih dibangkitkn lg..tp janji tggl jnj..:anak generasi tembeling

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...