Tuesday, July 2, 2013

Tembeling Agropark Bakal Menyediakan 1500 Peluang Pekerjaan


Tembeling Agropark  ialah sebuah kawasan industri pertanian yang bakal dilancarkan di DUN Tahan dalam tahun ini juga. Keluasannya ialah 1500 ekar terletak dekat Felda Padang Piol dan perkampungan Batu 10 Orang Asli.

Pada masa ini nama Jerantut Agropark diberi nama, atau Ulu Jerantut, tapi oleh kerana agropark ini dalam kawasan DUN Tahan maka nama Tembeling Agropark lebih sesuai.

Peluang untuk usahawan-usahawan pertanian diberi tanah seluas antara 30 hingga 50 ekar setiap syarikat secara lease 33 tahun. Tembeling Agropark ini mengadakan kerjasama dengan nama-nama korporat besar dalam bidang pertanian di setiap industri sebagai vendor.

Kalau vendor-vendor korporat pertanian yang berminat contoh satu syarikat besar dari London berminat dengan daging beku itik maka Tembeling Agropark menggalakkannya.

Korporat-korporat besar pertanian ini akan membina kilang-kilang berasaskan industri pertanian bagi membantu pengusaha-pengusaha pertanian. Selain agensi-agensi kerajaan membantu.


Antara bidang-bidang industri yang terlibat:

  • Ternakan lembu proses susu
  • Ternakan kambing proses susu
  • Ternakan ayam proses dan telor
  • Ternakan Itik proses dan telor
  • Pertanian herba
  • Buah-buahan dan jus
  • Sayur-sayuran
  • Dan banyak lagi bidang industri pertanian.

Adalah digalakkan pengusaha-pengusaha tempatan terutama dari Jerantut mengambil peluang menyertai Tembeling Agropark supaya belajar berniaga pertanian secara korporat dengan mengadakan kerjasama dengan korporat pertanian besar.

Buat syarikat Sdn Bhd, cari modal, cari kepakaran, buat loan atau JV dengan mana-mana syarikat.

Sesiapa yang berminat boleh menulis surat dan menyatakan hasrat dan profail syarikat serta sedia kertaskerja kepada Pejabat Daerah Jerantut atau terus kepada ADUN Tahan.

Ini projek printis dan bakal menyediakan 1500 peluang pekerjaan kepada orang muda Jerantut.


Berbakti dan berbudi kepada tanah adalah lebih baik.

Banyak lagi projek-projek besar akan dilancarkan di Jerantut pada tahun ini terutama di DUN Tahan termasuk Projek Ikan Sturgeon-Caviar Perlok, Projek Tembeling Agropark, Projek Infrastruktur Jalan Ulu Tembeling Fasa  2 dan 3, Projek Hidroelektrik Sg Tekai dan Projek Kuala Tahan.

29 comments:

Unknown said...

wat yg terbaik ...pedulikan apa nk ckp apa org fitnah . yg penting tulus dan ikhlas ..

Unknown said...

wat yg terbaik ...pedulikan apa nk ckp apa org fitnah . yg penting tulus dan ikhlas ..

Anonymous said...

Blh akuq keja sana sok.. Dpt jaga jd la

Anonymous said...

Bagi koi projek telor emas.

Anonymous said...

Madu lebah tualang asli kelas satu bertaraf dunia yg kta nk wat dulu mner?

Anonymous said...

dato wan mizan n wan zuri pair terbaik untuk cari projek!!tahniah dari warga dun tahan!!!!!

Anonymous said...

Saudara-saudaraku di Tembeling, peliharalah tanah air kita dari ditakluk oleh orang-orang Kelantan. Setakat hari ini bumi kita masih bertahan, tapi lihatlah di luar Tembeling, bangsa tak sedar diri ini menakluk, menjarah, menjajah hinggakan tanah yang tinggal beberapa inci kini terpaksa kita berebut dengan mereka. Kita langsung tidak ganggu mereka di negeri mereka, tapi mereka sentiasa mengintai setiap ruang lalai kita maka akan jadi milik mereka semua hak kita. Anak Pahang hanya mampu memandang sepi. Moga anak Tembeling pertahankan kedaulatan bumi kita ini.

Anonymous said...

Anon 8.55

Macammana tanah di ambil oleh org kelantan ?

Orang pahang nie pemalas (org Pahang sendiri akui)asyik main batu pelir saja macam mana nak maju dan satu lagi org pahang nie semuanya nak dibantu dan disuapkan. Jadi kalau orang lain maju awak jangan la marah kerana awak memang pemalas.

Anonymous said...

Bukan org phe maein patu peler, tapi pemimpen pelertik yang suroh maein batu peler dio, mudoh nok tipu...

Anonymous said...

deme maroh sgt bile org kelantan miliki tanah...x sume org kelantan teroka tanah..mereka jgk kebanyakan membeli...rela deme dpt tanoh jual ke cina..'tanoh sekangkang kera ngape bior semok'...usahla deme jd penghasat dengki..

usin gampang said...

aku tak kisah orang kelantan ada tanah ke kaye ke atau apa-apa pun.tak kisah lah.apa yang aku kisah ialah orang kelantan yang tak tahu bersyukur.kutuk kerajaan pahang.tak gunalah,zalim lah,kerajaan kelantan bagus.nik aziz bagus.

org kelantan macam ni lebih baik berambus dari pahang.kerajaan kelantan bagus sangat,nik aziz bagus sangat,balik lah kelantan duduk bawah kerajaan kelantan dan nk aziz.buat apa menyibuk di pahang yang tak bagus ni.bodo gedebe mu!

Anonymous said...

Apa da.benda gini pun jd isu.
org tua dulu2,relaks je hidup harmoni tak kira negeri.
Mat kilau dan Mat Kelantan bersahabat baik.mereka bersama2 menentang British di tembeling.tak gitu wzwh?
Tokoh agama pertama Pahang pun dari Kelantan.so kita org islam dan melayu ni,usah nak bertelagah.semuanya akan mati tinggalkan harta...cer baca maklumat di bawah:-

BIODATA MUFTI NEGERI PAHANG PERTAMA



HAJI OTHMAN BIN HAJI SENIK(HAJI MONTOK).

(MUFTI PERTAMA)
1905 -1918

Nama : TUAN HJ. OTHMAN B. HJ. SENIK (HAJI MONTOK)
Tempat Lahir : Kg. Pendita, Kelantan
Tarikh Lahir : Tahun 1838

PENDIDIKAN

* Mendapat pendidikan awal di Kelantan dan seterusnya menyambung pelajarannya ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah
* Terkenal sebagai seorang Ulama Fikah di dalam 4 Mazhab

PENGALAMAN KERJA

*Berhijrah ke Pahang dan tinggal di Kampung Pulau Tawar, Jerantut.
*1905 – Dilantik oleh Al-Marhum Sultan Ahmad sebagai Mufti Negeri Pahang yang pertama


PENGLIBATAN MASYARAKAT

*Merupakan seorang ulama yang berani dan tegas dalam urusan agama
*Meninggal dunia pada 1918 di Pekan, Pahang.

-Rujukan http://infad.usim.edu.my/

Anonymous said...

Tahun 1960an dulu, Ketika seorang dari Kelantan bernama Che Awas menjadi Penolong Pegawai Daerah di Jerantut, dia telah mengajak dan memberi laluan kepada orang-orang dari Kelantan datang dan meneroka tanah di seluruh Jerantut, kemudian memohon geran dan dia pun luluskan. Bukan saja dari rakyat biasa malah dari keluarga ternama pun ramai yang datang contoh adik Nik Aziz pun ada datang, sepupu Nik Aziz pun ada datang.

Siapa kata aki-aki kita pada masa tu tak kisah? Cubalah tanya kalau ada aki-aki yang masih hidup pasti dia akan melabel mereka sebagai bangsa 'penakluk', sakitnya hati tapi tak kuasa melawan kerana ada campurtangan dari pihak pentadbiran pejabat daerah dan tanah. Ada tanah yang aki kita yang terlebih dahulu teroka, datang dia kata nak tumpang berkebun, nak tumpang buat rumah, aki kita baik bagi je, tau-tau dalam diam mereka mohon geran dan lulus. Melopong lah aki kita. Cuba lihat, seorang bangsa mereka jadi pegawai di tempat kita, separuh tanah air kita mereka rampas. Orang Pahang jangan harap nak dapat jadi pegawai di mana-mana jabatan di Kelantan, kalau berjaya jadi pegawai jangan harap dapat bawa orang Pahang beramai-ramai ke sana, nak membeli tanah di sana jangan harap, nak memohon tanah lagi lah mustahil.

TUAN HJ. OTHMAN B. HJ. SENIK datang ke Pahang lebih awal, tidak sama dengan kedatangan kumpulan zaman Che Awas. TUAN HJ. OTHMAN B. HJ. SENIK datang ke Pahang sebagai mufti, menyebarkan ilmu agama, bukan dia datang merampas tanah atau apa-apa.

Orang Kelantan yang tanah-tanahnya mereka beli, itu ialah generasi kemudian, boleh dikatakan pertengahan 80an, orang-orang dari Kelantan datang lagi beramai-ramai membeli tanah-tanah atas kempen saudara mara mereka yang datang pada zaman Che Awas yang telah memujuk orang-orang Pahang yang mereka kenal dengan ayat-ayat yang merayu-rayu.

Kita tak kisah pada kawan-kawan dari Kelantan yang datang berkerja di Pahang dan membeli rumah di Pahang pada era terkini, itu langsung tiada masalah malah kita menerima mereka sebagai kawan-kawan. Perhubungan kita dengan rakan-rakan dari Kelantan ini bolehlah disamakan dengan hubungan Mat Kilau dengan Mat Kelantan iaitu rakan sekerja. Rakan sekerja tiada masalah, nak hak kita bolehlah langkah dulu mayat. Yang kita kisahkan ialah mereka yang datang pada 1960an dulu, kini mereka sudah generasi yang ketiga. Kita, anak-anak kita, cucu cicit kita, akan terpaksa bersaing dengan mereka untuk mendapatkan walau hanya sejengkal tanah, sedangkan seluruh tanah di bumi Pahang ini adalah nenek moyang kita yang punya. Begitu juga dengan hak mereka di Kelantan, kita tak ganggu kita tak usik pun.

Kepada Anon-anon di atas yang mempertahankan orang Kelantan (kumpulan Che Awas) saya kira anda ialah cucu cicit kepada kumpulan berkenaan. Kerana kalau anda anak Pahang jati, adalah sangat tidak baik anda mengata datuk nenek sendiri sebagai malas, suka main batu pelir, dan sebagainya. Jangan hanya kerana anda menyokong Pas maka anda memaksa diri untuk membela apa saja yang dibuat oleh orang Kelantan. Pas tiada kaitan dalam kes ini.

Anak-anak Pahang jati sebenarnya tidaklah begitu galak menjual tanah kepada cina seperti yang ditulis oleh seorang Anon di atas. Tanah-tanah yang dimiliki oleh cina di Pahang ni bukan orang Pahang yang jual tapi mereka dapat melalui cara-cara lain yang rakyat Pahang sendiri tidak berkuasa untuk menghalangnya dari berlaku. Mungkinlah ada juga berlaku orang melayu Pahang menjual tanah kepada cina tapi tidak lah sebanyak mana sampaikan anda berkata 'orang Pahang bodoh dapat tanah jual ke cina, baik dapat ke orang kelantan'.

Kutukandewata said...

cukuplah main isu kenegerian.kita islam bersaudara.kelantan ke,pahang ke,terngganu ke,kita tetap bersaudara.aku lahir dulu pun dikelilingi orang kelantan.kita hendak kesenangan kita berusaha.tak dapat juga maknanya allah belum memberikan kita rezeki.

apa yang penting aku bangga kelantan jd juara piala FA.

kita tunggu pulak piala malaysia.aku sokong pahang,kelantan dan terengganu jadi juara.

hidup pantai timur!!!!

Anonymous said...

kutukan dewata konfem keturunan kelantan, hahaha, pegi la balik kelantan tu

Anonymous said...

xkan prnah bhenti dpkatakan slagi wujud mereka d phg nih

Anonymous said...

Mereka,di pagi hari mereka ambil upah chop sawit,waktu t,hari mereka mengambil upah meracun pokok,diwaktu petang mereka menahan taut,di malam hari,mereka berehat,di subuh hari mereka sudah mula menyuluh(menoreh getah),hasil duit tersebut,mereka membeli sebidang tanah yg mahu dijual oleh warga tempatan.Mereka menggadaikan tanah yang dibeli kepada bank untuk dapatkan wang segera bagi membeli tanah lain yang mahu dijual oleh warga tempatan.Kini akulah generasi mereka.tidak kira apa yang dibincangkan sini,datukku datang ke sini bukanlah merampas hak orang sini,tapi datokku datang menyelamatkan hak orang melayu.datukku telah membeli tanah dari cina .dan bukannya dari menceroboh tanah warga melayu tempatan...kini aku cicitnya mula membeli tanah di Kuantan,Terengganu,Johor,Selangor,perak dan johor.slogan saya mudah,"satu negeri,satu lot".
Jadual kerja saya.
Siang kerja makan gaji
Malam jual MLM
Hujung minggu berniaga pasar malam.

Jadi jgn gadoh.kerja kuat2,pastu belikah berapa banyak yang tuan puan mahukan...

Anonymous said...

Orang Kelantan ibarat dedalu
Lembutnya lidah dari tulang
Datang ke Pahang merayu-rayu
Kini tak sedar dulu menumpang


Dulu datang merayu-rayu
Benda dah dapat tuan ditendang
Guna alasan sama melayu
Kau tetap bukan anak Pahang


Alasan anak Pahang malas bukan tiket untuk orang Kelantan datang memilik tanah di sini. Malulah sikit dulu datuk engkau datang merayu-rayu meminta kasihan belas.

Untuk perhatian Wan Zamzuri dan khasnya Wan Amizan, orang Kelantan kampung Besul yang dulunya mewujudkan kampung ini tanpa rela anak Pahang, pada hari ini mereka ada membuka sekurang-kurangnya 50ekar tanah haram (diulang - tanah haram) berisi sawit yang dah pun keluar hasil. Apa tindakan dari ADUN? Apa tindakan dari PTG? Kalau anak Pahang tanam getah sebaris je masuk tanah kerajaan terus datang pihak berwajib, kalau orang Kelantan yang buat kenapa diam saja? Bila anak Pahang protes orang Kelantan tu akan kata mu bodo mu malah tau main batu peler jah. Jangan kasi muka sama ini bangsa parasit.

Anonymous said...

kome orang pahang malas ke apa ke apasal pulak deme datang meneroka tanah di tempat kome? tanah tu terbiar bukan sebab kome malas tapi sebab kome simpan nak bagi ke anak cucu. tanah kome yang terbiar biarlah kalau babi pun nak datang menyodok tapi rupa-rupanya tak sangka pulak ada babi rambut hitam hok panda kecek yang datang menghenyak

Anonymous said...

Anon 7:50 AM kau kalau nak rajin ke kalau nak kerja kuat ke kau pegi buat kat negeri kau, bukan kat negeri kami.

Anonymous said...

Jadual kerja Anon 7:50 AM:-

Siang kerja makan gaji (mengular, main internet, tidur, lepak hisap rokok, keluar minum)

Malam jual MLM (menipu orang ajak masuk direct selling kata boleh kaya, yang kaya dia lah sebab kutip komisyen)

Hujung minggu berniaga pasar malam. (menipu orang lagi, bawa barang tiada kualiti dari kelantan dan jual kepada orang Pahang)

Anonymous said...

Anon 9.12 , diulang , datokku datang beli tanah cina.bukannya tanah kamu...
Dah la wei,usah nak baloh,tak baik.kita semua akan mati...org Kelantan jantet ni pun ramai juga pangkoh umno pru lepas.kawan keh ni pun ramai org phg..kemana2 keh pegi,kalau org tanya,"asal mana? Jawapannya Pahang,jantet...masa kat dubai pun keh bangga jp org jantet.kami berkongsi panjang citer pasal jantet.dari mandi sungai hingga kugiran.kalu wokme masih tak leh terima juga nok buat guane...tuhan doh takdirkan gini.apa salahnya jika kita sama2 mahukan jantet...

Mat Kelantan said...

Sudah la wei.moh bincang isu Mesir atau syiria plak.selagi islam tak bersatu,Yahudi akan sentiasa ambik peluang.orang pas dan umno islam kn bersatu dalam isu Palestin,Mesir dan syiria.mesir adalah kawasan strategik bagi benua arab.kita sama sama doakan mujahid disana .semoga Allah merahmati kita

Kutukandewata said...

MAT KELANTAN,MU BETUL.ISLAM MAKIN TERSEPIT,GADUH SAMA SENDIRI.

Anonymous said...

Mat Kelantan ajak Islam bersatu tapi bersatu dalam Pas, mampus orang Umno taknak. Orang Umno pun nak juga ajak orang Islam bersatu dalam Umno tapi takut juga sebab awal-awal Nik Aziz kata akan ludah orang tu. Kalau kedua-dua orang Islam Pas dan Umno bersatu menyokong Islam dunia rasanya orang Umno ok tapi orang Pas tak taulah sebab orang Pas ni kalau nampak ada Umno je semua tak betul.

Anonymous said...

anon 9:33 AM, kalau ke mana-mana dalam malaysia ni, kalau nak mengaku orang jerantut, jangan pulak mu kecek kelate. asa mano? asa jeratut pehe. nanti orang akan kata....oooo orang jerantut cakap kelantan rupanya....

Anonymous said...

debate di ruangan komen lebih menarik daripada posting utama. nampaknya masih ada anak pahang yang kuat berjiwa pahang. orang pahang ni baik, selamanya akan dipergunakan. kesian ke kita.

Anonymous said...

Hahahaha.. Lucu deme semua ni

Anonymous said...

ore pehe make babi, mujur sep kito mari aja make lembu

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...