Monday, July 29, 2013

Tengku Mahkota Pahang Mahu Masyarakat Bendung Fahaman Syiah



















KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Hj Ahmad Shah sedang memberi tazkirah selepas solat Maghrib di Masjid Kuala Tembeling pada 28/7/2013. Kelihatan ADUN Tahan Dato' Wan Amizan Wan Razak dan Syeikh Mahmud imam dari Syria.

Tengku Mahkota Pahang dalam Program Berbuka Puasa Dan Pengurniaan Kepada Golongan Yang Memerlukan. Laporan khas akan WZWH menulis pada posting akan datang.

Tengku Mahkota Pahang berkesempatan solat Terawih selepas solat Isyak bersama penduduk Kuala Tembeling. Tengku Mahkota Pahang bertitah agar rakyat mengambil berkat bulan Ramadan. Jadikan perpaduan ummah jangan berpecah belah seperti umat Islam di Timur Tengah. Tengku Mahkota Pahang akan mempertimbangkan permohonan-permohonan dari kariah Masjid Kuala Tembeling antaranya:

  • Penambahan penghawa dingin
  • Penambahan pagar Masjid
  • Van jenazah

Berkenaan dengan permohonan dari ucapan persembahan ADUN Tahan sebelum berbuka puasa untuk membina sebuah jambatan menghubungkan Kuala Tembeling dan seberang Pasir Tambang, Tengku Mahkota akan melihat permohonan ini dan melihat dari kemampuan kerajaan.

Tengku Mahkota Pahang megucapkan tahniah kepada wakil rakyat-wakil rakyat yang menang. Tengku Mahkota Pahang mahu wakil rakyat-wakil rakyat memastikan kerajaan melaksana janji-janji kepada rakyat.

Tengku Mahkota Pahang mengesa rakyat yang berlainan fahaman politik supaya bersatu padu. Jangan berpecah.

Apa yang membimbangkan Tengku Mahkota Pahang ialah fahaman Syiah yang semakin menular dalam masyarakat sejak akhir-akhir ini.

Tengku Mahkota Pahang menjelaskan bahawa mazhab Ahli Sunnah Wal Jammaah dipertahankan.

Tengku Mahkota Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang yang menyumbang kepada pengurniaan kepada golongan yang memerlukan.

Hadir sama ialah anakanda-anakanda Tengku Abdullah, Dato' Mufti Pahang, Timbalan Speaker DUN Pahang, EXCO agama Pahang, ahli parlimen Jerantut, ADUN Tahan, DO Jerantut, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan YDP Majlis Agama Pahang, pemimpin-pemimpin tempatan dan penduduk Kuala Tembeling.



















Dato' Mufti Pahang Shahibul Samahah memperjelaskan lagi isu Syiah secara teknikal kepada kariah Masjid Kuala Tembeling. Beliau berkata  Majlis Fatwa Pahang yang dipengerusikan oleh Tengku Mahkota Pahang akan memperincikan beberapa isu atau masalahah pada minggu depan.

Dato' Mufti Pahang Shahibul Samahah membaca hadis yang ada 73 kumpulan dalam Islam hanya satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah masuk syurga dan yang 72  kumpulan itu semua masuk neraka.

Dato' Mufti Pahang Shahibul Samahah kemudian memperjelaskan 4 mazhab dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.



















Syeikh Mahmud imam dari Syria mempersembahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Pada posting akan datang WZWH akan upload banyak foto lagi berkenaan Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan kepada golongan yang memerlukan oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang  di Masjid Kuala Tembeling, Jerantut.

Seperti yang telah WZWH janjikan kepada Tengku Mahkota Pahang akan melaporkan tazkirah Tengku Abdullah dulu pada lewat malam ini.

3 comments:

dowLAH said...

hmm tapi kan kat Pahang mcm takde je syiah kan?

kot demek2 tu taqiyyah tak tau ler

usin gampang said...

tak ada mende nye,puak pas kat pahang ni ramai pengikut syiah.jangan tak mengaku.mati nanti baru tau akibat menganut syiah!

ajmal2005 said...

TERIMA KASIH

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024