Saturday, July 6, 2013

Koperasi Pemuda UMNO Jerantut Berminat Mahu Bina Micro Hydro Power Di Pedalaman Pahang



Ini micro hydro power 20 kW.


Ini micro hydro power 200-400 kW.

Turbin Type : Turbo Propeller
Diameter : 1000 mm
Qty : 2 unit
Head : 7 meter
Debit : 7000 l/detik untuk 2 unit turbin
Out Put : 2 x 200 kW - Out Put Final 440 kW

Sistem micro hydro power akan diperkenalkan di kampung-kampung terpencil di Malaysia dalam usaha membekalkan elektrik kepada penduduk pedalaman.

Menteri KKLW DS Shafie Afdal berkata projek itu akan dilaksanakan tahun depan melalui peruntukan kerajaan dengan penyertaan penduduk tempatan sebagai pemegang saham yang akan mengurus dan mengoperasi stesyen janakuasa.

Konsep membekalkan elektrik ke kawasan pedalaman berdasarkan teknologi mudah dan penglibatan masyarakat melalui koperasi terbukti berjaya mengurangkan kos operasi.

Ini berdasarkan pemerhatian lawatan Menteri KKLW ke Stesyen micro hydro power di Kampung Cinta Mekar, Subang, Jawa Barat.

DS Shafie Afdal yakin sistem pembekalan elektrik micro hydro memberi kebaikan kepada penduduk pedalaman yang mempunyai banyak sungai terutama di Sarawak dan Sabah.

Stesyen-stesyen micro hidro power yang akan diperkenal di Malaysia dijangka memberi manfaat kepada 47 kampung di Sarawak dan 29 kampung di Sabah.

Setiap stesyen janakuasa boleh menghasilkan kapasiti 200 kilowatt yang boleh membekal elektrik kepada 400 buah rumah.

Koperasi Pemuda UMNO Jerantut berminat mahu bina micro hydro power di pedalaman Pahang kerana banyak sungai dan anak sungai yang boleh membekalkan elektrik dengan lebih murah.

3 comments:

adrianiamri said...

Cadangan ini amat bagus sekali. Berkongsi kekayaan untuk rakyat tempatan..

Sepatutnya koperasi di Jerantut mengembeling tenaga dan bersatu padu untuk aktif menglibatkan diri secar langsung dalam semua aspek empangan ini. Bermula dari pra perancangan , pembinaan dan pengendalian...

Mungkin, koperasi Pemuda UMNO Jerantut Berhad boleh menjadi pemangkinnya. Tubuh koperasi menengah atau lebih dikenali sebagai Gabungan Koperasi Jerantut Berhad untuk bergabung menjalan operasi dari segi modul dan pelaksanaan.

Modul tiada?... jangan risau.. Itu semua boleh diusahakan asalkan kehendak ada..

ingat 1 koperasi 10 juta...

Aspek seleweng dan ketirisan, itu semua ada mekenismenya.. beres..

Tapi sayangnya , dah lama post ini dipublishkan tetapi tiada siapa yang respond...

Anonymous said...

Entahlah..., bukan tak percaya, tapi dari pengalaman lepas2. Apabila dinyatakan koperasi bhd. atau pun sebaliknya, macam2 boleh terjadi. Samalah halnya dgn koperasi yanmg dikawal oleh kerajaan, Inikan pula koperasi bhd. banyak perkara titik bengit perlu dihalusi dan dibawa kepengetahuan ahli keseluruhan bukan dua tiga kerat yang membuat keputusan untuk diterima pakai. Bila tak menjadi semua kena tanggung, bila menjadi dua tiga kerat itulah yang menerima laba. Wallahualam bisawob. Berkati Ramadhan almubarak Al Kareem...

Selamat bertadarus..., Banir..

Anonymous said...

bagus cadangan tu...tapi apakah status koperasi itu kini, adakah masih aktif?,kerana saya sebagai salah seorang ahli koperasi sudah lama tidak mengatahui apakah perkembangan koperasi ini...sudah lama tidak mendapat surat panggilan mesyuarat @ apa2 mengenai koperasi lebih2 lgi bila saya sudah berpindah...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...