Monday, September 2, 2013

Ahli Parlimen Jerantut Tidak Pernah Kalah Bertanding Ketua UMNO Bahagian Sejak 1974


Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar ahli parlimen ke dua.


Ahli parlimen ke tiga Tn Hj Ahmad Kamaruzaman Baria dan ahli parlimen ke empat TS DS Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.


Ahli parlimen ke lima (sekarang 2013-)Tn Hj Ahmad Nazlan Idris sedang membaca khutbah Jumaat.

UMNO Bahagian Jerantut dipisahkan dari UMNO Pahang Barat yang merangkumi bahagian Bentong, Raub, Lipis dan Jerantut sejak 1974.

Dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut, ahli parlimen ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerana parlimen Jerantut adalah daerah yang paling mundur dalam negeri Pahang.

Sebab itu orang UMNO Jerantut mengangkat ahli parlimen dengan harapan ahli parlimen Jerantut boleh naik martabat menjadi Menteri Penuh, kalau tidak Timbalan Menteri.

Itulah harapan orang UMNO Jerantut supaya dengan kedudukan Menteri Penuh itu boleh menaiktaraf kehidupan ekonomi dan membawa pembangunan.

Itulah harapan orang kampung, penoreh getah, nelayan sungai, petani kampung, peneroka, pekerja am, kerani, peon, kuli, peniaga, guru dan kakitangan kerajaan yang lain.

Ahli parlimen diharap membawa program pembangunan. Diberi kedudukan dalam kerajaan dan dalam parti.

Sebab itu semua ahli parlimen Jerantut diberi tempat tertinggi dalam parti iaitu Ketua UMNO Bahagian. Walau ada orang UMNO tidak suka terutama War-Lord UMNO namun ini pihak yang berkepentingan dalam politik tidak ramai kerana majoriti menyanjung tinggi ahli parlimen.

Dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut dari ahli parlimen pertama Arwah TS Sharif Ahmad, beliau Menteri Penuh tidak dicabar kedudukan Ketua Bahagian, pun ada yang menentang tidak menang sejak 1974.

Ahli parlimen yang ke dua Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar sepanjang 3 penggal, Timbalan Menteri pernah dicabar Ketua Bahagian sebanyak dua kali. Kali pertama pada awal 1983 dan kali ke dua pada akhir penggal pada 1993 namun Dato' Wan Abu Bakar tidak kalah Ketua UMNO Bahagian.

Ahli parlimen yang ketiga Tn Hj Ahmad Kamaruzamman Baria walau sepenggal ahli parlimen, Setpar ketika itu pernah dicabar bertanding Ketua UMNO Bahagian pun menang Ketua UMNO Bahagian.

Ahli parlimen ke empat TS DS Tengku Azlan sepanjang 3 penggal, Timbalan Menteri dan menolak Timbalan Menteri hanya dicabar sekali pada 2009 oleh bekas EXCO Pahang ternyata Tengku Azlan tetap menang.

Ahli parlimen yang ke lima Tn Hj Ahmad Nazlan Idris baru jadi ahli parlimen sepatutnya lebih berani dan berkeyakinan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut kerana itulah tempatnya ahli parlimen Jerantut.

Diwar-warkan Deklarasi Perpaduan Green Park yang menafikan kedudukan ahli parlimen untuk dinobatkan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut itu mahu diguna untuk mempengaruhi ahli parlimen Jerantut supaya mengalah.

WZWH ingin bertanya untuk apa ahli parlimen Jerantut perlu mengalah?

WZWH sudah menulis adalah menjadi harapan orang UMNO Jerantut, orang Jerantut termasuk harapan orang kampung, penoreh getah, nelayan sungai, petani kampung, peneroka, pekerja am, kerani, peon, kuli, peniaga, guru dan kakitangan kerajaan yang lain untuk melihat dan mengangkat martabat ahli parlimen.

Kalau perwakilan UMNO Bahagian Jerantut menerima pakai Deklarasi Perpaduan Green Park maka bagaimana kedudukan ahli parlimen Jerantut mahu diangkat.

Pucuk tertinggi kepimpinan tidak akan respek ahli parlimen yang tidak berani dan penakut ini!

WZWH tidak fikir majoriti perwakilan UMNO Jerantut yang ramai kali ini hampir lebih 800 orang yang berpendidikan tinggi, paling kurang diploma dan SPM akan mahu lihat kedudukan ahli parlimen tidak diletakkan ditempat yang betul.

Bolehkah Ketua Bahagian yang bukan ahli parlimen dilantik menjadi Menteri pada kedudukan politik hari ini? 800 perwakilan UMNO Bahagian Jerantut perlu berfikir sehabis baik.

Begitulah posting WZWH-ahli parlimen Jerantut tidak pernah kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian sejak 1974.

Catatan Subky Abdul Latif mengenai ahli parlimen Jerantut yang pertama...

Pada petang Jumaat Dato Abdullah Badawi diistiharkan menjadi Perdana Menteri baru, sebelum Jumaat saya menerima SMS dan diikuti oleh telefon dari seorang rakan UMNO memberi tahu tentang kematian Tan Sri Sharif Ahmad. Katanya, ‘Kita ni, PAS dan UMNO walaupun berkelahi tapi orang kembar. Ziarahlah jenazah Sharif Ahmad. Dia akan dikebumikan petang ini.’

Waktu Jumaat sudah dekat. Saya tidak boleh tunggu sebelah petang kerana saya mahu melihat acara angkat sumpah Pak Lah di Perdana Menteri di TV dan mahu melihat bagaimana Dr. Mahathir diarak keluar meninggalkan Jabatan Perdana Menteri.

Sekali lagi saya cari Senator Hassan Shukri menziarahi jenazahnya di Gombak Setia. Dato Hj Khalid Yunus ada di situ. Sharif Ahmad adalah menteri yang bertanggungjawab mengambil Khalid menjadi Setiausaha Politiknya. Ini yang menjadikan Haji Khalid pembesar UMNO sekarang. 

Semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Penerangan, Tan Sri Sharif selalu datang hari Ahad ke Utusan Melayu. Gilir saya kerja hari minggu, saya selalu keluar tengah hari dengannya, makan dan menonton. 

Apabila dia menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, saya selalu berurus dengannya bagi menyambung permit mingguan Suara Merdeka. Yang terakhir dia setuju mengeluarkan permit untuk enam bulan. Biasanya setahun. Itupun atas bantuan dan kerjasama Tan Sri Jaafar Albar. 

Lepas permit itu dikeluarkan Albar pun meninggal. Apabila permit itu tamat, Albar sudah tidak ada untuk memberi bantuan. Saya banyak kali berurusan dengan pejabatnya. Kali terakhir pegawai memberi tahu permit itu ada di meja Timbalan Menteri untuk kelulusan. Dia tidak ke pejabat kerana ada perhimpunan UMNO. Saya ke hotel mencarinya. Saya bertemu dan tidak berjaya memujuknya untuk membaharui permit penerbitan itu. Akhbar itupun tidak lagi dapat dikeluarkan. 

Dia jadi menteri dalam kabinet Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Bila bersara, kadang-kadang terserempak di Masjid Kampung Baru. Kawan-kawan memberi tahu, Sharif selalu duduk lama di masjid itu. Dia tidak aktif berpolitik selepas bersara.

4 comments:

Aku Anak Desa said...

Jerantut dpt projek mega mendew sejak najib jd pm????

Aku Anak Desa said...

Klu lulus projek kereta kabel satu dari kola tahan ke gunung tahan dah cukup bagusss....

Aku Anak Desa said...

Klu lulus projek kereta kabel satu dari kola tahan ke gunung tahan dah cukup bagusss....

Aku Anak Desa said...
This comment has been removed by the author.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...