Thursday, September 12, 2013

Dailog Sanusi Junid Dengan Tun Razak Dan Tan Sri Kadir Yusof Mengenai Masa Depan Politik Melayu



Walaupun dailog diskusi ini sudah lama namun pemikiran negarawan dan cerdik pandai mengenai masa depan politik Melayu perlu orang muda UMNO ambil perhatian.

Kita ikuti dailog ini yang WZWH kutip dari blog Tan Sri Sanusi Junid sila klik sini.

Jika Melayu Kehilangan Majoriti

Sanusi:  Bagaimana kalau kerana kita berselisih pendapat dengan PAS ini maka satu hari nanti bangsa Cina pula yang menjadi Perdana Menteri atau bukan Melayu yang jadi pemerintah andainya Melayu tidak mempunyai majoriti di Parlimen?

Tun Razak: Sanusi, kita bagi kerakyatan kepada bukan Melayu ini bukan untuk mereka rampas kuasa kita. Kita harapkan dengan kita bagi mereka kerakyatan, mereka akan kenang budi kita. Kita berdemokrasi seperti ini selagi Melayu memerintah, kalau Melayu tidak memerintah tidak ada makna demokrasi kerana demokrasi itu is ruled by the majority dan di Malaysia ini Melayu adalah majoritinya. Jadi kalau kita berkelahi dan tiba-tiba di dalam Parlimen kita tiada majoriti, kita tetap berhak memerintah kerana kita adalah majoriti rakyat Malaysia.


Majoriti adalah Melayu

Sanusi Junid: Katalah apabila Melayu berkelahi, berlaku kacau dan Melayu tetap hendak memerintah juga kerana Melayu adalah penduduk majoriti negara ini tetapi tidak mempunyai majoriti di dalam Parlimen, bolehkah?

Tan Sri Yusof Kadir: Kita ada polis diraja, askar diraja, kastam diraja dan state civil service semuanya raja yang lantik jadi kalaulah hendak masuk Parlimen tetapi Melayu tidak cukup majoriti, kita masih boleh memerintah. Polis di-Raja boleh menjaga keselamatan dalam negara, askar di-Raja boleh menjaga negara dari ancaman luar dan kastam boleh mengutip cukai untuk membayar gaji para pegawai. Ini maknanya kita ada institusi raja dan badan-badan yang Raja lantik. Dari segi teorinya, tidak ada Parlimen pun kita boleh memerintah.


Jadi dari dailog diskusi di atas  WZWH fahamlah Tun Razak ini apabila dia sebut demokrasi maknanya dia hendak semua berbilang kaum ini bekerjasama tetapi jika ada niat hendak menjatuhkan Melayu dan pemerintahan Melayu, “That’s not it”. Jadi WZWH rasa pemimpin-pemimpin yang bersikap “chauvinist” dan anti Melayu dalam negara ini harus sedar bahawa demokrasi yang ada dalam negara ini tidak bertujuan sampai mengorbankan hak Melayu. Di dalam demokrasi, tetap majoriti yang akan memerintah dan majoriti itu adalah Melayu.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...