Thursday, September 5, 2013

Cerita Politik Jerantut : Pakatan Si Kitol Bersama Dato' Keling Dan Dato' Bola Mengaibkan Bendahara Sungai Jan...


Cerita politik Jerantut memang menarik. Ramai orang politik Jerantut suka email kepada WZWH bila WZWH membuat pengistiharaan tidak menyokong mana-mana pihak hanya menyokong Ketua Bahagian yang menang majoriti tidak kira siapa yang perwakilan UMNO Jerantut pilih.

Setakat ini WZWH telah keluar posting cerita ahli parlimen mahu bertanding Ketua Bahagian. Cerita Ketua Bahagian yang ada mahu mempertahankan jawatan. Cerita Deklarasi Perpaduan Green Park. Cerita kenapa ahli parlimen perlu bertanding Ketua Bahagian dan cerita fakta sejarah ahli parlimen tidak pernah kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian sejak 1974.

Semua cerita itu adalah aspirasi dan harapan beberapa kumpulan politik UMNO Jerantut. Blog WZWH adalah media rasmi pertandingan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. Blog WZWH menyalurkan berbagai pandangan politik dan alternatif Jerantut.

Ini alamat email WZWH: wanzamzuri@gmail.com. Ini pula cerita terbaru yang WZWH dapat mengisahkan pakatan Si Kitol bersama Dato' Keling dan Dato Bola mengaibkan Bendahara Sungai Jan.

Ini cerita gaya prosa klasik tradisional nampak pengirim email ini orang lama agaknya. Berikut ceritanya...

Cawangan Sungai Jan bertuah kerana penghulunya telah diangkat menjadi Bendahara baru. Bendahara ini digelar Bendahara Sungai Jan.

Bendahara Sungai Jan memang bertuah dulu dilantik oleh Raja sebagai Menteri Sebaran Am. Berkat doa Mualim Dolah maka Penghulu Sungai Jan diangkat menjadi Bendahara oleh pemerintah.

Di cawangan Sungai Jan ada Si Kitol yang suka cakap berdegar-degar di warung kopi menonjolkan pemimpin yang mahu diangkat yang beliau suka. Sekarang Si Kitol lagi suka sebab Bendahara Sungai Jan sudah menjadi Orang Besar.

Di cawangan Sungai Jan juga ada dua Orang Kaya; seorang digelar Dato' Keling manakala seorang lagi digelar Dato' Bola kerana menjadi Penasihat Kanun Bola Negara.

Oleh kerana Bendahara Sungai Jan bercita besar dan tinggi mahu tempat Raja maka dua Orang Kaya ini mahu menunjuk taat setia kepada Raja yang lama dengan harapan dapat selendang DSAP dengan mengaibkan Bendahara Sungai Jan.

Ada pun sudah ramai Hulubalang dan Panglima Jerantut lebih 50 orang sudah memakai selendang DIMP. Apa kelas kenalah upgrade selendang.

Mengikut Adat Istiadat UMNO, kalau mahu jadi Raja kena ditabalkan di cawangan dulu barulah lebih ada kredibiliti dan integriti, sila klik sini.

Maka ketika Bendahara Sungai Jan mahu ditabalkan di cawangan itulah sudah berlaku agenda Si Kitol mengikut kehendak Dato' Keling dibantu oleh Dato' Bola mempengaruhi rakyat Sungai Jan agar menabalkan Dato' Keling.

Maka aiblah Bendahara Sungai Jan diperlaku oleh pakatan Si Kitol dan Orang Kaya berdua.

Bila Si Kitol duduk di meja warung kopi tiadalah orang mahu bersama kerana Si Kitol mudah digula-gula oleh Dato' Keling dan Dato' Bola.

Bendahara Sungai Jan pun tidak mahu melayan kehendak Si Kitol lagi...

Demikianlah cerita email orang politik Jerantut kepada WZWH...sungguh lucu dan gelak ketawa WZWH membacanya.

8 comments:

fuazi said...

kesian abg ramli jkr...

fuazi said...

kesian abg ramli jkr...

cawangan sg,jan said...

macam mana lah haji mat lan ini bole jadi ahli parlimen jerantut sedang kan di cawangan sendiri pun tidak diterima.dengan perangai yang kedekut,hanya cari glomor kat surat kabo n facebook je.kalau ada telor lawan lah ketua bahagian jangan nak jawatan free je sokmo, buat kerja untuk umno xnak..jawatan dalam umno nk free,asyik nk menumpang pgrm org tanpa keluar modal,guna lah duit peruntukan pada rakyat untuk kaya.

k,pemuda cawangan sarjana said...

nape kau org sibuk...aku sokong mat lan ketua bahagian,tengku tipu orang umno jerantut,kata dah x nak apa2 jawatan dalam umno...tiba masa permilihan nak pulok,macam keling mabuk bercakap.baik tumpu pada org bisu dan pekak je...senang tipu setiap masa.layan sgt haji nazri yang gila tu.



Anonymous said...

wan dompok nak ape ni..nak melaga2kan org ye?

usin gampang said...

kau orang menyalak kat sini wat pe?turun gelangganglah.jangan cakap aje lebih.buat kerja dan kempen habis-habisan.tak yah lah nak kutuk orang.yang kutuk orang tu lagilah tak berkualiti.otak mantoi!

Anonymous said...

lu jgan lebihhh2 lerrr,,,lu pongg haprak punye kaki jugakk,,,jgn dok perasaaann lerr magkuk lu punye Dompok,,,cikit lge Jerantut pong die juallll,,,,,,

usin gampang said...

lu lagi teruk,sokong mat lan nak projek beri aje,nak jadi ahli majlis daerah,nak jadi ketua penerangan,bendahari,setiausaha!semua ada kepentingan!yang merana nanti hj nazlan idris,dengar cakap penasihat kontraktor kelas f.tahu desak hj nazlan aje.tapi kerja tak buat.macam mana nak kata buat kerja,asyik mengepung hj nazlan aje.hj nazlan kalah ke,menang ke dia orang apa peduli!yang teraniaya hj nazlan juga!aku cakap ni bukannya ada kepentingan.aku hanya pemerhati politik jerantut aje.ahli umno pun tidak!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...