Saturday, September 7, 2013

Memilih Pemimpin UMNO Bahagian Jerantut



Apa Orang UMNO Mahu?

Tetapi kalau mereka mahu kepemimpinan yang berjiwa perjuangan dan mampu menebus semula maruah parti dan kembali memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara, mereka perlulah memilih yang lebih baik.

Kalau mereka mahu orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera lain diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka daripada terus menjadi warga ekonomi kelas tiga, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang cerdik, berani, berilmu dan berwawasan.

Kalau mereka berasa dasar pertumbuhan ekonomi yang disertai oleh pembahagian adil seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) baik untuk mereka, mereka wajib memilih barisan kepemimpinan yang tidak “apologitic” memperjuangkan hak majoriti.

1 comment:

Anonymous said...

Siapa orang UMNO yang ada sifat dan sikap saperti WZWH naytakan tu????
Yang pasti ada cawangan yang dengan sengaja bermesyuarat agung dengan menafikan hak ahli yang kontra kepada ketua cawangan dan tidak menjemput mereka. Pengerusi Tetap pun xdapat surat untuk bermesyuarat.... ni apa ceta????? Siasat sikit WZWH oiiiii

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...