Thursday, September 26, 2013

Dato' Wan Amizan Mempertahankan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut



"Kas lawan aok sebab tak mahu Hj Lan masuk...biorlah dia berlawan dengan Ku Lan...he he he.." Barangkali ini spekulasi perbincangan calon-calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut!!! 

Ini perlawanan abang-adik. Masing-masing sudah kenal hati budi sudah lama sejak mereka belum menjadi wakil rakyat lagi.

Faktanya kedua-duanya frust sebab tidak dapat menjadi ahli parlimen Jerantut pada PRU 13 walau masing-masing calon favourite.

Lebih malang kedua-duanya tidak dapat menjawat jawatan EXCO Pahang.

Tapi YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan masih ada masa. Beliau masih muda 41 tahun.

4 penggal menjadi Ketua Pemuda. 1 penggal menjadi EXCO Pemuda Malaysia.

Beliau sudah 1 penggal menyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Dato' Wan Amizan sebagai orang muda mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga dan kekuatan.

Beliau bekerja menjaga UMNO Jerantut seperti menjawat Ketua UMNO Bahagian. Memang itulah yang orang kata berdasar prestasi kerjanya.

Program Kas Sayang Jerantut yang dibuat sejak bulan Februari 2013 hinggalah ke saat PRU 13 amat membantu menaikkan minat orang muda terutamanya kepada UMNO dan BN dengan berbagai aktiviti-aktiviti menarik minat masyarakat Jerantut.

Bila PM, Tuanku, Tengku Mahkota, Tengku Muda, Pegawai-Pegawai Tinggi kerajaan suka melawat ke Jerantut dan DUN Tahan atas usaha beliau yang mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin dan pegawai kerajaan maka itu tanda KPI yang baik.

Segala peruntukan dan projek untuk rakyat dapat diselesaikan walaupun tidak sepenuhnya kerana masih banyak infrastruktur-infrastruktur yang perlu dilaksanakan.

Beliau sangat faham keperluan menjaga kebajikan ahli parti baik cawangan-cawangan dan sayap-sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri.

Dato' Wan Amizan sebenarnya memang sudah layak dan bersedia bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut namun atas beberapa pertimbangan melibatkan pemimpin-pemimpin atasan beliau akur dan patuh kepada nasihat pemimpin atasan.

Seperti yang WZWH katakan tadi, Dato' Wan Amizan tidak rugi...beliau masih muda, insyallah berkat mendengar nasihat dan patuh kepada pemimpin-pemimpin atasan...suatu hari nanti beliau akan berjaya mencapai cita-cita dan kehendaknya untuk lebih berbakti kepada Jerantut dan menyegerakan pembangunan yang pantas untuk DUN Tahan.

Dato' Wan Amizan calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017.

679 perwakilan UMNO Jerantut akan membuat pemilihan.

19 comments:

Anonymous said...

hidup dato wan! sy akan undi dato..sy yakin dgn kerja dan kebolehan dato..

Anonymous said...

Saya TIDAK akan mengundi Dato Wan Mizan dam pemilihan Unmn Bahagian tahun ini... sala ulangi Saya TIDAK akan mengundi Dato Wan Mizan....... sebabnya .... saya bukan perwakilan.... kah..kah..kah.

Anonymous said...

fakta salah WZWH..Dato Wan menjadi KP 4 penggal(bkn 3 penggal) dan bilangan pwakilan 2013 berjumlah 679. harap maklum.

uRag dRrulug said...

WZWH ni budo oihhh...

Anonymous said...

kas org pulo tawor tak akan undi dompok sekian terima kasih.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 2:48, Terima kasih, WZWH betulkan.

Anonymous said...

Hasil orang umno, semua kampung2 di daerah Jerantut jadi ulu. Kereta boleh lalu tapi kampung jadi macam tempat hantu bertandang. Itulah Jerantut kita.

Anonymous said...

Kalau kapal diorang ni menang banyak lagi la tanah2 Jerantut dapat ke tokey2 mata sepet. Projek2 dibolot oleh mereka, duit bahagian lesap masuk poket kroni2 mereka ...... mana perginya duit yang UMNO pusat turunkan sebanyak RM1.3 juta yang sepatutnya digunakan untuk memenangkan calon. Sebaliknya mereka tuduh calon parlimen kemut duit untuk diri sendiri ..... sapa yang boleh keluarkan duit dari akaun UMNO Bahagian ..... cer citer ....

Anonymous said...

Malang .... Ku Lan hanya dipergunakan untuk kepentingan calon Timbalan dan Naib Ketua. Ku Lan hanya boneka. Sepatutnya Ku Lan 'bersara' dengan bersih. Andaikata Ku Lan kalah maka Ku Lan akan bersara dengan title Bekas ahli parlimen dan ketua bahagian yang kalah ...... ada mereka akan 'jenguk' bila Ku Lan dan tak ada apa2 ..... sorry la ....

Anonymous said...

Hahahahaha ..... kalu nak angkat bos aok tu jangan la angkat tinggi2 sangat WZWH ..... kalu bos aok masih hebat tak la undi PRU13 merosot. Kalau tak kerana wang tentu KO. Nak angkat bior le berpada2 .....

Anonymous said...

Itulah Anon 2:22 tak gi Program UMNO Bahagian di Resthouse malam Sabtu lepas...Ku Lan bagi penerangan cerita habis bagaimana perbelanjaan duit parti dan apa ahli parlimen dapat peruntukan ??? banyak tapi tak turun..heheheheh yang lucunya puak Hj Lan tuduh pula Ku Lan makan duit parti...hoi Anon 2:22 Ku Lan anak Raja Pahang tidak kebulur lah nak makan duit parti!

Anonymous said...

Anon 2:26 Ku Lan bertanding atas restu dan kehendak DS Najib Presiden UMNO. Ku Lan berjaya pujuk Tengku Razaleigh tidak bertanding Presiden UMNO. Kita lihat nanti siapa yang kalah!!!!!!

Anonymous said...

Anon 2:27 camna undi PRU 13 tak merosot penyokong Hj Lan kuat sabotaj Wan Amizan. Ini kali pulak penyokong Wan Amizan sabotaj pulak Hj Lan bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Kita tengok undi ada merosot tak? Apa macam Anon 2:27

Anonymous said...

Hey pak din baca ni apa macam bacanye, alif min nun waw, alif tendang way ;;; sarkis!!! orang tua2 kena kurung belajar dgn "ghimau" nak dapat, kena tipu setiap kali perhimpunan.

Anonymous said...

Aku rasa muskil sikit ni.Dalam UMNO sapa yg memegang duit?bukan bendahari ke? takkan lah Hj nazlan yg cuma ketua penerangan yg memegang duit peruntukan pilihan raya pulak? ishh mana yg betul ni yek?cuba cerita sikit.Sepatutnya duit duit ni bendaharilah yang memegangnya ye dok?

Anonymous said...

keling?

nadi utama? said...

Sapa bendahari? bukan dalam pengeluaran wang dr bank perlu 2@3 signature iaitu pengerusi,setiausaha dan bendahari. so dah boleh pikir lah sapa yg control duit n tak perlu buat buat cite n fitnah.

Anonymous said...

Sebagai ketua caw saya telah pun menerima peruntukan yang disalurkan oleh bahagian melalui 4 fasa. terima kasih UMNO bahagian. tetapi setahu saya Calon Parlimen juga diberi duit oleh MB dan PM. permulaan calon parlimen dapat 100 ribu sehingga berakhir PRU jumlahnya 1.1 juta. saya tidak menerima pun duit dari Calon parlimen bagi pihak cawangan saya masa PRU. kemana perginya duit tersebut. kalau berani terangkan pada kami ahli2 umno ni bersaksikan orang yg tahu duit tu dapat.

Kg. Serama said...

jangan duk sebuk pasal duit peruntukan..cuba kaji kenapa beban hidup rakyat semakin membebankan..mula2 petrol naik harga lepas tu semua barang keperluan naik..harga rumah mahal nak mampos..jalan semakin buruk..balak semakin pupus dikerjakan dompok..ko orang ingat org melayu kat jerantut ni kaya2 belaka le..dompok blh la..hari minggu naik helikopter tinjau kawasan balak..lepas tu turun kat jeram perahu mengebom ikan..ingat rakyat bodoh ke tak tau..bangang punya pemimpin...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...