Sunday, September 22, 2013

YM Tan Sri Tengku Azlan Calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut

Peringatan kepada 25,000 ahli UMNO Jerantut, WZWH mengambil pendirian menyokong YM Tan Sri Tengku Azlan sebagai calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan UMNO Bahagian 2013-2017. 

Pesan DS Najib kepada WZWH sebagai blogger politik boleh tulis posting menyokong calon tertentu tapi jangan tulis posting memburuk dan mengaibkan lawan calon.

Maka WZWH selama 3 minggu ini sehingga 19 Oktober akan hanya posting tentang YM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Pertama WZWH mengucapkan tahniah kepada Tengku Azlan kerana berjaya memujuk Tengku Razaleigh dari bertanding Presiden UMNO.

DS Najib menang tidak bertanding sebagai Presiden UMNO. Tahniah DS Najib. Semoga DS Najib sebagai Presiden UMNO boleh menjadi PM banyak penggal lagi memajukan negara dan Pahang.

Jerantut amat memerlukan sentuhan belaian perhatian dari DS Najib untuk kemajuan. Seiring dengan itu DS Najib mahu Tengku Azlan mengekalkan kedudukan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH harap 679 perwakilan UMNO Jerantut dapat mesej ini. Bila DS Najib berkenan Tengku Azlan mengurus UMNO Bahagian Jerantut maka akan lebih banyak peruntukan khas akan turun ke Jerantut.

Kita sebagai perwakilan UMNO Jerantut perlu membalas penghargaan DS Najib kepada Tengku Azlan dengan menyokong Tengku Azlan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut bagi penggal akhir.

Walau Tengku Azlan sebelum PRU 13 telah memohon kepada DS Najib untuk tidak bertanding sebagai calon parlimen secara sukarela tanpa dipaksa kerana mahu memberi peluang kepada muka baru namun Tengku Azlan masih mahu kedudukan Ketua UMNO Bahagian Jerantut kerana mahu berkhidmat untuk parti demi kemajuan dan pembangunan Jerantut.

Tengku Azlan masih diperlukan oleh UMNO Bahagian Jerantut bersama kepimpinan yang Tengku Azlan percaya boleh berkerjasama dengan beliau sebagai satu pasukan yang mantap dan jitu. Kepimpinan Tengku Azlan masih ditagih untuk protection politik UMNO Jerantut.

WZWH yakin dan percaya Tengku Azlan sebagai tokoh politik yang matang dan berpandangan jauh boleh membimbing kepimpinan orang muda UMNO Bahagian Jerantut bagi perpaduan yang jitu demi memastikan kemenangan PRU 14 dan pembangunan dengan lebih pantas dibawa ke Jerantut.

YM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar adalah bapa perpaduan dan pembangunan parlimen Jerantut.

Sedikit perkembangan aktiviti Tengku Azlan terkini:



















Tengku Azlan sedang berucap di satu majlis UMNO Bahagian Jerantut.



















Ribuan ahli UMNO Jerantut mendengar penjelasan Tengku Azlan kenapa mahu mempertahankan Ketua UMNO bahagian Jerantut. WZWH kira lebih 85% perwakilan yang hadir.



























































































Mantan parlimen YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar, mantan parlimen Tuan Hj Ahmad Kamarazaman Baria, mantan DUN Tahan YH Dato' Ahmad Jaafar dan YH Dato' Mohd Sharif Shamsuddin Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jerantut menyokong penuh hasrat Tengku Azlan mahu mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017.






















Tengku Azlan menghantar sendiri secara peribadi borang pencalonan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

YB Dato' Wan Amizan bersongkok menghantar sendiri secara peribadi borang pencalonan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut

YH Dato' Hj Nazri Ngah bercekak pinggang menghantar sendiri secara peribadi borang pencalonan Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

YH Dato' Zukarmi Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut memerhati borang-borang pencalonan.




























Pencalonan YM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2917 diterima oleh wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dengan rasminya.

19 comments:

Anonymous said...

Hidup cik gu lan..anak jati jeratut yg setia dgn umno...bkn dr semangat 46yg tiada pendirian dan...cuba deme bg contoh ahli parlimen yg blh bg kuliah ..tazkirah..jd imam..blh naik mimbar baca khutbah jumaat..blh bawa tahlil...ku lan & the geng(haji nazri..hj kama dompok ..wam abu bakar...wzwh)blh x?suruh dia baca fatihah ...tgnk betu x?bodoh la deme2 yh x pilih cikgu lan ahli parlimen jerantut

Anonymous said...

Jadi gentleman la...bukan jual nama PM...nama MB....nama JJ...ntah nama malaikat mana pulak pas ni...org Jt bkn bodoh.. semua sewang ada counter check...jadi2 la menipu ...seluruh mskt Jt nk kn perubahan.. letih dh dgn momokn kehebatan tp apa pn tarak...

usin gampang said...

tengok sikap penyokongnya kita dah tahu perangai ketuanya,nampaknya mat lan yang berwajah malaikat gagal mentarbiyah anak buahnya,tengok bahasa menghina dan memperlekehkan orang itu sebijik macam perangai sebenar mat lan.

untuk pengetahuan anon yang terlalu memuja mat lan,awak belum kenal atau tak tahu sejarah kehidupan mat lan.

wajah malaikat yang awak tonjolkan itu membuatkan aku nak tergelak.sebab aku tahu dari a sampai z perangai sebenarnya.

jadi kempenlah secara sihat dan jangan memburukkan orang lain.bentang misi apa yang hendak di bawa.jangan hanya mengejar jawatan semata-mata.itu yang dok menghina orang lain.

kempen secara sihat,awak boleh buruk kan orang lain,tapi jangan lupa,orang lain pun boleh bukak tembelang pujaan awak.

tunggu dan lihat!!!!

usop wilcha said...

Baiklah pilih wzwhje jadi ketua bahagian......

Kala nak belawan hensem pun menang dah wzwh..

Anonymous said...

Track record seseorang pemimpin itu harus dikaji sedalam-dalamnya dari segi kegigihan, kesetiaan dan keupayaan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya....Mingguan Malaysia
22 Sept...

Anonymous said...

Salam.Biarlah semua perwakilan memilih siapa orang yang mereka fikirkan layak untuk jawatan jawatan di dalam UMNO bahagian Jerantut,Tak perlulah kita melobi atau brainwash perwakilan.Jadikan UMNO sebenar benarnya demokrasi bukan moneykrasi :-)

Anonymous said...

undilah orang lain
setakat ni tiada perubahan pada kampung di Jerantut
tengok Damak
tengok Pulau Tawar
tengol Kuala Tembeling
tengok Tembeling Tengah
tengok Ulu Tembeling

apa jadi. masa PRU banyak cerita projek, dah menang bawak cerita lain.
jumpa orang kampung masa ada pilihanraya
jumpa tok penghulu masa pemilihan
begitu gaya sudahnya

cuba tengol blog masing2
ada cerita projek2 lepas PRU
memang sah orang kampung ni bodoh sokmo

Anonymous said...

hj Nazlan yang terbaik laa..ubah lah org lama ...tak berkembang kita weh ..

Anonymous said...

Hj Nazlan pilihanku..Nampak sangat WZWH dan pemimpin2 UMNO Jerantut ni semakin bangang..pilih la org jerantut sendiri dan bukannya orang luar..juga bukan yang mengejar keduitan semata2..balak rakus di tebang, hasil bumi yang lain ditelan dompok dan kuncunya..rakyat juga yang merana..Tengku Azlan masa pilihanraya baru nampak batang hidung entah duduk dimana2 nak berjumpa pun payah...UMNO ni tukar aje nama UMNGOK sebab pemimpin2 jerantut ni ngok(bangang)....

usin gampang said...

awok yang bangang sebenarnya.awok nak pilih mat lan pilihlah.jangan kata orang yang tak pilih mat lan tu bangang. awok ingat umno ni mak bapak mat lan punya ke.bengong tongong.

masa untuk bukak perangai sebenar mat lan akan tiba sebentar lagi.tunggu ajelah!!! jangan ingat awok orang aje boleh bukak keburukan orang!!! mat lan malaikat tu gagal mentarbiahkan awok!

orang kuat cigu lan said...

duit pru13 dulu turun ke bawah untuk calun sejuta lebih dari perhubungan,duit dari cina cina genstar atau taikun jerantut tak tau berapa jumlah, kesemuanya berjuta juta, tapi tak di gunakan untuk pengundi dan bn jerantut, di simpan untuk kegunaan kempen pemilihan umno,untuk pembantu pribadi, untuk belanja anak beranak melancung dan berbulan madu keluar negara juga membeli kereta... nilaikan lah mereka ini, dah dapat kuasa lagi lah pulak, masa untuk mereka membina susunan kroni bagi mencara kekayaan, bak kata salah seorang pembantu pribadi para calun " SUDAH SUDAH LAH BERI KUASA PADA DIARANG, BERI LAH KUASA PUAK KAMI PULAK, UNTUK KAMI MERASA SAMA MEROMPAK KHAZANAH NEGERI " seolah olah iyu lah kata kata nya mohon perwakilan pertimbangkan, jangan nilai orang dari pemakiannya dan caranya, lihat rekod apa yang telah dilakukan dan cuba di sembunyikan.

Anonymous said...

kami yang mewakili setiap cawangan, telah sebulat hati TIDAK akan memangkah teng ku lan sebagai Ketua..

dah lama pendam dihati, rasa pedih hidup di bawah pimpinan beliau.

sepatutnya, beliau undur cara hormat, baru org kenang, tapi nak tunjuk lagak lagi tu...

UBAH ye.

Anonymous said...

Anon 12:07...sabar hati anon-anon semua yang memendam hati rasa pedih akan terubat bila Tengku Lan berjumpa anda semua perwakilan. Tengku Lan akan menerangkan kepada anda kenapa beliau mahu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut...WZWH percaya anda semua perwakilan akan suka kepada Tengku Azlan selepas itu...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ya Anon 7:36, WZWH berkeyakinan dan percaya lebih kerap Tengku Azlan turun padang berjumpa seramai perwakilan memberi penerangan lebih peluang untuk Tengku Azlan menang Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Kg. Serama said...

usin gampang awk memang gampang sebab bodoh mcm gampang sebab bahlol sesangat sebab tu org x lantik awak..sebab rakyat dah tahu perangai tengku lan tu yang rakyat menolak seratus pertus...klu dia bertanding PRU13 dulu dah tentu dpt pembngkang jawabnya..awak aje yang bongok x nampak2...Wan zuri kerap la sangat turun padang nak dptkan balak...

Anonymous said...

semua perwakilan kena ingat, tengku lan buka kecik anak..adinda kepada kdymm tuanku sultan..kalau sultan datang, jalan tak bertar akan bertar terus..perdana menteri pun mintak perkenan tuanku dalam apa jua perkara yg berkaitan negeri pahang ni..itulah kekuatan tengku lan..jd pertahanka lah tenku lan..yb mat lan ahi parlimen biasa je..takjadi kebenda juga nanti..jadi pertahankan lahtengku lan..dato wa mizan juga kita pertahankan..bagi ak dato wan mizan ni kereta kebal melayu jerantut yg sgt hebat..tolong pertahankan 2 org ni..demi jerantut dan melayu..tolonglah..

Kg Serama said...

kita bukan nak kira adik siapa dan anak siapa..yang penting blh menjaga umno dan rakyat jelata..bukan hanya suka2 dan hanya nak dapatkan projek semata2..pilihlah hj lan..diulang hj lan..diulang hj lan...

Anonymous said...

hj lan menang jd arang..kalah jd abu..yb sepenggal..

Kg. Serama said...

tak kesah la sepenggal pun sebab perangai org melau suka memancas dan sikap memilih org luar..tengok lah tanah di jerantut org kelantan dan monopoli tu semua sikap pemimpin yang suka memilih org luar untuk meraih undi..org pahang sendiri tiada tanah atas sebab2 sikap org atasan yang menidakkan untuk mendapatkan tanah..aku rasa hj lan layak bkn tengku lan...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...