Wednesday, December 24, 2014

Banjir 2014 Setara Bah 1926

Update terbaru air banjir sudah sampai ke kawasan Sekolah Rendah Ulu Tembeling di Kg Bantal. Sekolah rendah ini dibelakang rumah keluarga WZWH. Dulunya tapak sekolah itu adalah kepunyaan arwah datuk WZWH. Ini lokasi antara paling tinggi di Kg Bantal. 

Lain lokasi yang lagi tinggi ialah Bukit Cupak dan Bukit Hanggus. Bah 1926 hanya menghampiri puncak Bukit Cupak.

Banjir di Pahang kali ini sungguh besar. Bah 1971 itu pun sudah besar tapi bah 2014 sekarang lagi besar.

Bah paling besar pada abad lepas ialah bah 1926 di Pahang yang mengakibatkan banyak kematian dan kehilangan ternakan dan harta benda.

Kemungkinan banjir kali ini setara atau boleh menyamai bah 1926 jika hujan turun 2/3 hari lagi.

WZWH boleh tunjukkan ukuran berdasarkan standard banjir Kg Bantal Ulu Tembeling.




Air banjir sudah memasuki kawasan Istana Sri Tembeling. Istana ini nampak sudah mahu tenggelam. Di belakang Istana Sri Tembeling ada lagi tanah tinggi dipanggil Bukit Cupak.

Mengikut orang tua-tua Ulu Tembeling yang semuanya tiada lagi hari ini melainkan cerita lisan dari mereka berkata semasa bah 1926 air banjir sampai ke puncak Bukit Cupak.

Istana Sri Tembeling sudah dekat dengan puncak Bukit Cupak.




Air banjir pun sudah sampai ke masjid Kg Bantal.




2 petanda ini menunjukkan banjir 2014 di Ulu Tembeling ini lebih besar dari banjir 1971 dan hampir setara dengan banjir 1926.




Kuala Tahan paling teruk kena bencana banjir.

Seluruh Lembah Tembeling dari Ulu Tembeling, Tembeling Tengah hingga Kuala Tembeling sudah terputus bekalan elektrik dan air.

Mereka semua di dalam kesusahan dan kepayahan. Bermalam dalam kegelapan, kekurangan bekalan makanan, lilin dsbnya.

Sebelum banjir, bekalan makanan seperti beras dan lain-lain telah dihantar di setiap kampung di Ulu Tembeling.

Dibimbangi bekalan makanan semakin kekurangan.

ADUN Tahan telah mengarahkan semua agensi penyelamat dan bantuan banjir supaya lebih cekap dan berkesan bekerja membantu mangsa banjir di Jerantut terutama di kawasan pedalaman di Lembah Tembeling.

Bekalan makanan, air mineral dan lilin hanya mampu dikerah hantar ke kampung-kampung di Tembeling Tengah.

WZWH bimbang dengan penduduk Ulu Tembeling termasuk ramai Orang Asli yang tidak diketahui apa nasib status mereka kini.

Ketika air makin naik dan menghampiri bukit-bukit tinggi ke mana penduduk Ulu Tembeling mahu berlindung dalam keadaan yang basah dan sejuk. Bekalan makanan yang tidak cukup kerana banjir yang teruk tidak dijangka.

WZWH rasa mahu istihar saja term DARURAT di ULU TEMBELING tapi WZWH tiada kuasa boleh buat begitu.

Mana Raja?  Mana MB?  Mana Wakil Rakyat?  Mana Pegawai Kerajaan? No Communication, No Electric , No Water!!!

Dalam keadaan air banjir besar, arus yang laju dan ombak besar di jeram-jeram utama membuatkan penghantaran bekalan makanan ke Ulu Tembeling sukar dilaksanakan melalui bot-bot penyelamat dan bantuan Bomba.

Beberapa pemimpin seperti ahli parlimen Jerantut dan ADUN Tahan telah meninjau ke tempat banjir menggunakan perkhidmatan helikopter.

Tapi ke dua helikopter itu tidak lepas terbang ke Ulu Tembeling kerana awan yang tebal menghalang penerbangan kecuali ke Kg Pagi dan Kuala Tahan serta beberapa kampung di Tembeling Tengah.

Harap helikopter Nuri tentera dapat digerakkan memberi bantuan bekalan makanan ke kawasan-kawasan yang terputus hubungan di pedalaman Ulu Tembeling.

Banjir 2014 mengikut standard Sg Tembeling adalah lebih besar dari bah 1971 dan boleh dikatakan setara dengan bah 1926 jika hujan turun lagi.

Yang paling dibimbangkan bila air bah Sg Tembeling ini turun ke Kuala Tembeling bersatu dengan air Sg Jelai sudah tentu akan memberi impak banjir besar di sepanjang Sg Pahang.

Dalam beberapa hari lagi kita lihat apa yang akan berlaku di bandar Pekan...

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024