KDYTM Tengku Mahkota Pahang mendengar perkembangan banjir Jerantut dari Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan.
Tengku Mahkota sangat syugul sebab banjir besar sedang melanda Negeri Pahang . Sudah dua bandar di Pahang. Jerantut dan Temerloh lumpuh sama sekali. Penduduk kedua-dua bandar ini resah tiada bekalan letrik, air, minyak dan tak lama lagi bekalan makanan. Bandar yang seterusnya adalah Maran dan Pekan. Pekan akan menjadi laut tak lama lagi pasti terendam sekurang-kurangnya sebulan seperti yang berlaku sebelum ini.
Kali ini airnya besar melebihi tahun 1971 kurang sikit dari 1926 mengikut pengalaman orang tua-tua. LPT telah bertukar dari highway menjadi jeram-jeram yang menakutkan. Banyak jalanraya di Pahang menjadi sungai. Banyak jambatan rosak. Banyak harta benda dan tanaman serta ternakan musnah. 120 000 menjadi mangsa.
ADUN Tahan menunggu keberangkatan Tengku Mahkota Pahang ke Jerantut sebaik helikopter mendarat.
27.12.2014,Sabtu
YB Dato' Wan Amizan Adun Tahan dan YB Tuan Hj Nazlan Idris Ahli Parlimen Jerantut mengiringi KDYTM Tengku Mahkota Pahang ke daerah Jerantut bagi meninjau kawasan-kawasan yang terlibat dgn banjir dan pusat-pusat pemindahan bagi menempatkan mngsa-mangsa banjir. Turut bersama ialah YAB Dato' Sri Di Raja Hj Adnan b Yaakob, Menteri Besar Pahang.
Tengku Mahkota bertemu dengan mangsa banjir di pusat perpindahan memberi bantuan banjir.
Tengku Mahkota sangat perihatin kepada rakyat Jerantut yang menjadi mangsa banjir. Baginda memberi sumbangan.
MB Pahang datang ke Jerantut buat kali ke 2 turut memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Jerantut. Sebelum ini MB Pahang mengetuai operasi misi bantuan banjir ke Ulu Tembeling pada hari pertama banjir lagi.
Tengku Mahkota berjumpa dengan rakyat Jerantut yang menghadapi musibah banjir. Baginda bertitah memberi semangat dan sokongan moral.
Setiap malam DO Jerantut, ADUN Tahan bermesyuarat di Bilik Gerakan Banjir bersama AJK memantau perkembangan banjir di seluruh daerah Jerantut bagi menjaga keselamatan dan kebajikan 200,000 penduduk Jerantut.
AJK Bilik Gerakan Banjir Jerantut yang siang dan malam bekerja memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Jerantut.
Stor dan gudang bekalan makanan. Petugas Pemuda UMNO Jerantut sedang bekerja memunggah barang makanan.
Bekalan beras menambun seperti bukit sedia untuk diagihkan kepada mangsa banjir di setiap pusat penempatan.
Sdr Mohd Zamri Abdul Rahim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bertanggungjawab menjaga logistik dan stor bekalan makanan banjir supaya rakyat Jerantut yang terputus perhubungan tidak kebulur.
Antara sebuah pusat perpindahan banjir di Jerantut.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang menitah amanat kepada ADUN Tahan supaya menjaga keselamatan dan kebajikan mangsa banjir dan rakyat Jerantut.
4 comments:
as salam dato wzwh. sy membaca blog ini hampir setiap hari utk mengetahui keadaan banjir sekitar Kuala tahan dan tembeling.. sy ingin mengetahui bagaimana keadaan banjir di kmpg pgi & tembeling tengah sehingga hari ini..
sy telah terputus hubungan dgn Mak, Adik & Ipar sudah hampir seminggu.. tak tahu di mana & bagaimana keaadaan mereka skrg..
Ipar sy bru bersalin seminggu yg lalu.. keluarga Ipar tinggal di kpg pagi.. ibu sy dri kuantan telah pergi utk menjaganye.. sehingga hari ini tiada khabar berita & terputus hubungan. sy jg tak pasti sama ade mereka berada di kmpg pagi @ tembeling tengah.
seluruh keluarga risau memikirkan keadaan mereka. harap dato wzwh dpt memaklumkn keadaan terkini mangsa banjir di sana. terima kasih.
Banjir di Ulu Tembeling dan Tembeling Tengah sudah surut. Sekarang Temerloh naik air. Semua penduduk Ulu Tembeling dan Tembeling Tengah selamat ada bantuan banjir di pusat perpindahan. Komunikasi terputus kerana tiada bekalan elektrik di sana.
alhamdulillah. t.kasih
Penduduk Jerantut 200000? Asal boleh.
Post a Comment