Sunday, December 7, 2014

Kuantan Diserang Dentuman Dan Gemerlapan Percikan Bunga Api

Malam tadi Kuantan under raid...like London raid by Hitler. Seperti Kota Busan Korea acara tahunan pertunjukan bunga api selama 55 minit, Kuantan pun tidak kurang hebat diserang dentuman dan gemerlapan percikan bunga api selama 30 minit.




















Berbagai variasi persembahan bentuk bunga api oleh Perbadanan Putrajaya yang WZWH sempat rakam di Esplanade Sungai Kuantan seperti dibawah:




























































































Sebelum itu perarakan bot berhias sebanyak 30 buah mewakili kerajaan tempatan dan GLC Pahang.




















Perasmian Mercu Tanda Bandar Kuantan disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang. Sempena memperingati 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang.

Monumen ini dinamakan "Mercu Menjunjung Duli". Bermaksud meletakkan kedaulatan kesultanan Negeri Pahang ke mertabat yang tertinggi.

Dibina menggunakan bahan keluli tahan karat yang direkabentuk menjadi gading yang unik.  Gading-gading ini disulam melambangkan pelbagai lapisan rakyat bersatu erat dalam Negeri Pahang.

Dibina dengan ketinggian 25 kaki di Taman Esplanade di tebing Sungai Kuantan.

Rekabentuk 5 gading yang menjulang ke atas yang menyokong Jata Negeri Pahang merupakan sebagai simbol Rakyat dan Agama bersatu di bawah naungan KDYMM Tuanku.

5 gading juga melambangkan Rukun Islam dan Rukun Negara.

Arca ini dilaksanakan  oleh ECER di bawah Projek Kuantan Esplanade.






































Dato' Jebasingam Issace John CEO ECER memberi taklimat kepada Tuanku Sultan Pahang.



Tuanku Sultan Pahang mengucap terima kasih kepada Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya kerana berjaya mengadakan persembahan bunga api. Tuanku mahu tahun depan buat lagi persembahan bunga api bagi rakyat Pahang suka dan gembira.




















Tuanku Sultan Pahang berangkat meninggalkan majlis.





Puluhan ribuan rakyat Pahang hadir ke majlis. 




















Rakyat Pahang yang kasih dan setia ke bawah Duli Tuanku.




















Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...

Sambutan 40 tahun pemerintahan Tuanku Sultan Pahang di atas singgahsana taktha melaksanakan tugas diraja, memayungi negeri dan rakyat jelata dengan sangat cemerlang.

Di bawah payung pemerintahan , baginda telah mengekalkan perpaduan dan mempertahankan nilai-nilai murni . Perpaduan dikalangan pelbagai kaum  merupakan asas utama keamanan rakyat Negeri Pahang.

Tuanku adalah seorang raja yang mempunyai kemahiran komunikasi sangat tinggi, selain bijaksana dan mempunyai ilmu psikologi kerana boleh berhubung dengan rakyat pelbagai lapisan.

Rakyat berasa selesa berhadapan baginda. Sifat keprihatinan Tuanku yang berhati emas di sebalik wajah yang tegas juga telah termasyhur.

Ibarat bintang-bintang yang berkerlipan di waktu malam dan teduhnya rendangan pepohon , maka terbinalah Mercu Menjunjung Duli bagi mengenang jasa-jasa KDYMM Tuanku selama 40 tahun pemerintahan dalam memakmurkan dan membangun Negeri Pahang.

Rakyat Negeri Pahang akan terus meningkatkan sokongan serta ketaatan kepada KDYMM Sultan dan memastikan Institusi Beraja di Negeri Pahang akan tetap dipertahankan.

Program dijayakan oleh ECER, Perbadanan Putrajaya, DRB HICOM, BSN, Kontena Nasional, Felda FGV dan dikoordinasi oleh MPK.

1 comment:

Anonymous said...

Ngape yb amizan xda masok tb???..yb lan je sokmo
....dah lah ke kawasan dia?..sedara usin gampang
.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024