DSD Adnan Yaakob membentang Bajet Pahang 2015 di sesi pagi semalam 15 Disember 2014.
Secara ringkasnya pendapatan Pahang hanya RM350 juta dan perbelanjaan RM550 juta. Sesuatu perlu dilakukan bagi meningkatkan hasil.
Hasil balak semakin jatuh harga. Harga besi pun jatuh. Juga harga komoditi pertanian yang lain. Cukai Negeri Pahang tidak pernah direvise sejak 1983 bila negeri-negeri lain meningkatkan cukai.
Apa strategi negeri Pahang? Masih bergantung kepada kerajaan Pusat. Bajet Pahang 2015 berjumlah RM879 juta bagi menampung perbelanjaan yang disasarkan sebanyak RM872.2 juta. Lebihan surplus RM6.58 juta.
Korea, Jerman, Jepun, Taiwan dan China bermula dari asas pertanian sebagai ekonomi dan kini beralih kepada asas ekonomi yang mengutamakan pengetahuan, kemahiran, inovasi, kreativiti dan kepakaran tinggi.
Pakar Korea beritahu WZWH negara Belanda perlu dicontohi kerana planning membangun negara. Belanda yang seluas negeri Pahang boleh menjadi negara termaju ekonomi di Eropah kerana cekap dan berkesan create value.
ADUN Tahan diberi penghormatan memberi usul ucaputama menyokong Bajet Pahang 2015. Beliau adalah pemimpin muda Pahang yang berketrampilan mempunyai vision dan political will membangun negeri Pahang untuk bergerak dengan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran tinggi, kepakaran, kreativiti dan inovasi.
ADUN Tahan berucap panjang lancar selama 35 minit yang memukau Dewan membuatkan semua ADUN baik dari kerajaan dan pembangkang serta Ketua Jabatan diam kyusuk mendengar buah fikiran bernas beliau.
Boleh dikatakan oleh pengamal media Pahang yang memerhati persidangan Dewan menganggap beliau adalah superstar ahli politik di persidangan akhir tahun 2014 kali ini.
WZWH ringkaskan ucapan usul ADUN Tahan menyokong Bajet Pahang 2015...
Negeri Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung yang punya pelabagai keistimewaan dan tarikan serta hasil yang dikurniakan Allah.
Namun semua ini tidak dapat menjamin kutipan hasil yang banyak seandainya kita tidak menggunakan kelebihan itu untuk kita terus menjana sebagai pendapatan kepada kerajaan dan dimurnikan kepada manfaat kepentingan rakyat.
Maka oleh itu saya ingin mengusulkan kepada kerajaan agar menubuhkan sebuah syarikat pelaburan baru yang boleh mendatangkan hasil baru kepada kerajaan Negeri Pahang.
Keberhasilan baru pengujudan sayap atau badan pelaburan kerajaan yang dinamakan Menteri Besar incorporated.
Mencari pelaburan baru di dalam dan luar negara.
Usahasama dengan syarikat gergasi antarabangsa sebagai contoh Samsung di Korea, dalam bidang teknologi berasaskan robotech. Jentera pemasangan automatic bagi kilang-kilang pemasangan kenderaan sebagaimana yang dilakukan oleh Hyundai dan lain-lain syarikat.
Pembangunan infrastruktur contohnya rangkaian keretapi landasan berkembar terutama di Pantai Timur-rangkaian keretapi Kuala lumpur-Kuantan-Kerteh dibina secara usahasama dengan pelabur luar negara dibawah ECER dan dijamin oleh MB Incorported.
Hubungan dengan Gyeonggi Pyoengtaek Port dalam bidang kontena liner. Pyeongtaek Port adalah pelabuhan terbesar Korea yang paling dekat dengan Seoul selain Busan merupakan pelabuhan yang berurusan 90% dengan China. Pyongtaek Port adalah pelabuhan automatif kereta terbesar di Korea.
Hinterland port, packaging centre bagi industri berasaskan petrokimia dan pembangunan bandar baru dekat pelabuhan, industrial park baru serta Kuantan Shipyard akan ujud syarikat SMI untuk hiliran berasaskan petrokimia dan gas.
Hub kargo udara untuk produk makanan sayur-sayuran, bungaan di Pantaiu Timur. Sayur dari Cameron Highlands dieksport tidak lagi melalui Singapura tetapi terus dari Kuantan ke negara Hongkong, Taiwan, China dan Jepun.
Kuantan perlu airport yang besar dan canggih.
Taman IKS di setiap daerah.
Penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan.
Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika di Kuala Tahan.
2 comments:
hah, ape ko tulis?
"Secara ringkasnya pendapatan Pahang hanya RM350 juta dan perbelanjaan RM550 juta. Sesuatu perlu dilakukan bagi meningkatkan hasil."
pastu
"Apa strategi negeri Pahang? Masih bergantung kepada kerajaan Pusat. Bajet Pahang 2015 berjumlah RM879 juta bagi menampung perbelanjaan yang disasarkan sebanyak RM872.2 juta. Lebihan surplus RM6.58 juta"
ape nie?
yg 350 juta tu pendapatan thn 2014 ke? yg 875.2 juta jangkaan pendapatan 2015 - macam tu ke? betul?
wakakaka
korang makan daun ketum ke ape...
jap... tgk profile WZWH.. oh ade BA!! Hons plak tu... major dlm accounting plak tu, oversea lagi..
fuyoh...
tapi commonlah jgnlah selebet camni kot yea pun..
Daerah-daerah Ulu Pahang perlu dipisahkan dari negeri Pahang dah dijadikan kawasan autonomi.Takde pembangunan ketara di kawasan-kawasan ni.Tapi kalau nak membalak,nak melombong untuk menambah "hasil pendapatan" negeri di sini jugaklah lubuk yang dicari.
Post a Comment