Monday, December 1, 2014

Kebangkitan Bloggers UMNO




Pada hari terakhir penggulungan PAU 2014 adalah jelas topik bloggers UMNO mencuri perhatian media sosial.

DS Najib selaku Presiden UMNO dan DS Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO telah membangkitkan isu bloggers UMNO. Sunggguh menarik PM dan Menteri KDN mengangkat status bloggers UMNO.

Istilah bangang ialah intrepetasi yang digunakan oleh pemimpin tertinggi UMNO membayangkan bahawa peranan dan kedudukan bloggers UMNO yang semakin penting dalam peperangan PRU 14.

Kedua pemimpin UMNO ini bimbang kepada bloggers UMNO yang berperanan besar membentuk persepsi ahli-ahli UMNO dan rakyat.

WZWH percaya maksud Presiden UMNO itu bukan dituju kepada keseluruhan bloggers UMNO hanya segelintir.

Bloggers UMNO ada banyak jenis. Yang berbayar hanya sedikit, majoriti bloggers UMNO bekerja secara sukarela di atas kepercayaan kepada perjuangan UMNO.

Ada ramai bloggers UMNO yang profesional yang independent tapi komited meluangkan masa dan sedikit wang sendiri berblog untuk UMNO.

Apa yang buat Presiden UMNO membidas dan menegur segelintir bloggers UMNO itu hak beliau yang tahu apa yang beliau maksudkan.

WZWH mahu majoriti bloggers UMNO yang tidak terlibat dengan jenis bloggers begitu supaya jangan endahkan kenyataan istilah bangang itu.

Kenapa terjadi begini? Jelas tiada kepimpinan bloggers UMNO yang dibayar itu. Bloggers itu punya agenda politik masing-masing. Memang banyak posting-posting dari bloggers UMNO yang dimaksudkan oleh Presiden UMNO telah menyerang polisi dan memperlekehkan kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

WZWH tidak menyalah Presiden UMNO kerana memang tepat bidasan dan teguran beliau terhadap bloggers UMNO yang dimaksudkan.

Yang penting majoriti bloggers UMNO yang berjuang tanpa imbuhan ini bergerak lagi aktif di Bahagian masing-masing.

WZWH tidak nafikan perlu adanya bloggers elit di bandar-bandar untuk cover propaganda dan perang saraf. Kalau perlu Biro parti yang berkenaan perlu merombak struktur bloggers elit UMNO ini yang dibayar.

Adalah satu cadangan yang baik jika Presiden parti atau Biro parti yang berkenaan dengan segera menghimpun satu konvesyen bloggers UMNO dan BN bagi menjelaskan kehendak Presiden UMNO.

Kebangkitan bloggers UMNO perlu bagi menyahut hasrat dan kehendak Presiden UMNO.

3 comments:

Anonymous said...

>>>>>minta tolong kepada sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan<<<<<

Tanah reserve ini sudah terbiar sekian tahun, tanpa mendatangkan hasil kepada pemiliknya, kepada pemaju dan pelabur umno/melayu, harap ambil tanah ini untuk dimajukan sedangkan kawasan sekitarnya sudah pun dan sedang dibangunkan !!!

Apa jadahnya nak mempertahankan tanah reserve Melayu kalau hanya untuk dipenuhi dengan lalang dan semak samun????

Jangan hanya pandai bercakap berdegar degar dalam perhimpunan, bukan sahaja ekor bergelumang tahi, mulut pun penuh tahi akibat cakap tak serupa bikin!!

Anonymous said...

wow, sudah dapat bayaran ker bagang? apa ah jib gor tak maksudkan semua blogger? biar betul tu bangang. kalu membodek dan membenarkan segala kesilapan hanya kerana dilaksanakan oleh pemimpin kita, bangang tu bangang. perpatah melayu dah kata, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata minta maaf la. jangan dok berlagak anda betul, wal hal anda salah,

Anonymous said...

Anjing pakatan. pergi main jauh2! jangan nak menyalak kat sini. pergi menyalak pada tuan puja hati korang tu berkenaan kenaikan cukai2 di negeri masing-masing. jangan jadikan parti politik milikan keluarga sahaja. krooni tahap tak boleh diterima sama sekali

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024