Sunday, January 11, 2015

Banjir 2014 Merapatkan Pemimpin Dan Masyarakat




Kadang-kadang formula politik susah untuk satukan rakyat. Bisikan halus perosak masyarakat buat rakyat percaya kepada fitnah lalu persepsi negatif terbentuk.

Kecenderungan percaya kepada pemimpin pseudo bahawa kerajaan ini akan tumbang sudah buat rakyat membuat pertimbangan tidak rasional.

Pemimpin kerajaan banyak buat kebaikan pun rakyat tidak bersyukur. Rakyat suka menyalahkan kerajaan.

Pemimpin pembangkang tidak turun kawasan dan tidak servis pun boleh diterima! Rakyat sudah jadi tidak rasional.

Tetapi kerajaan tetap bersabar dan komited menjaga rakyat. Di negara jiran kerajaaan hanya bantu 10% dan rakyat  usaha sendiri 90% 

Di Malaysia kerajaan bantu 90% dan rakyat usaha sedikit 10% masih rakyat tidak puas hati...

Tuhan pun marah kalau macam ini kalau rakyat yang tidak pandai bersyukur dan terima kasih.

Lalu bagaimana mengubatnya? Ini dalam sejarah dunia orang panggil "divine intervention"- malapetaka, bencana dsb.

Peristiwa Banjir besar Nabi Noh buat umat Nabi Noh bersatu dan kembali kepada ajaran Nabi Noh.

Tsunami 2004 Acheh boleh buat Pejuang Acheh duduk semeja dengan Kerajaan Indonesia. Sebagai contoh.

Malaysia bertuah kerana tidak punyai malapetaka dan bencana seperti tsunami, gempabumi, letusan gunung berapi, taufan dan ribut kuat hanya banjir.

Banjir besar boleh bawa musibah kepada rakyat Malaysia yang kini semakin manja tidak sama dengan generasi lama. Tiada mempunyai perahu dan berperahu tidak pandai apatah lagi berenang.

Persediaan yang dulu nenek moyang bersedia 3 bulan sebelum musim tengkujuh menyimpan barang makanan sudah tidak diamalkan dan diendah.

Rakyat mahu di spoon feeding disuap makan oleh kerajaan bila tiba musim banjir.

Rakyat mahu TV, peti ais, dapor, tilam dan bantal disediakan oleh kerajaan bila tiba musim banjir.

Rakyat mahu pendapatan dibantu oleh kerajaan dari wang saku, wang belanja dapor, wang pakaian dan buku anak tulis sekolah.

Rakyat mahu kerajaan bantu tukar rumah baru, sekolah baru, dan kemudahan-kemudahan infrastruktur baru yang terjejas akibat banjir besar.

Di negeri pembangkang rakyat mereka lebih menjerit mahu kerajaan bantu walau di setiap PRU mereka tidak menyokong dan mengundi kerajaan.

Rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana kerajaan hari ini suka membantu rakyat ditimpa bencana.

Banjir 2014 merapatkan pemimpin dan masyarakat.




















Pemimpin dan pemimpin akar umbi menjadi rapat hubungan mencari penyelesaian masalah banjir secara jangka pendek dan jangka panjang.




















Pemimpin dan masyarakat menjadi rapat bergotong royong membersihkan rumah, bangunan masyarakat dan kawasan sekitar.

























































































1 comment:

Anonymous said...

sudahlah.. rapatkan konon, turun padang konon... ptui!
kita org tak mintak turun pun, buat semak je dgn sesi photo tapi tuntut mana die peruntukan belanjawan utk banjir??? semua dah kena kapor ke ke korang sebat siang2???

last2 harap kat NGO, kayu punya gomen. tak bleh harap, tak bole pakai punya gomen.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...