Tuesday, January 20, 2015

Kenapa Kuala Tahan National Park Destinasi Internasional Tiada 3G?



Ketika dunia mahu membangunkan 5G dan beyond 4G, keperluan 3G untuk mobile telecommunications technology sangat ditagih oleh banyak tempat di Malaysia terutama di kawasan pendalaman.

Kuala Tahan sebagai gateway to Taman Negara menggamit lebih 120,000 pelancong antarabangsa setiap tahun. Keindahan flora dan fauna Taman Negara tidak dapat diabadikan on real time sebab tiada 3G sebagai asas aplikasi wireless voice telephony, mobile Internet access, fixed wireless Internet access, video calls and mobile TV.

  • Pelancong asing komplen tiada kemudahan 3G
  • Pelancong domestik komplen tiada 3G
  • Penduduk Kuala Tahan dan sekitar komplen tiada 3G
  • Orang muda lagi kuat komplen kerana budaya wireless telecommunications technology sudah sebati dengan kehidupan mereka.

Lalu mereka tanya WZWH kenapa? Akhirnya mereka menyalahkan ADUN Tahan.

WZWH tidak nafikan ADUN Tahan dengan kerjasama Kementerian, SKKM, Telcos telah membina setakat hari ini 18 tower komunikasi di DUN Tahan.

Ketika dibanyak tempat di DUN Tahan dari Hilir DUN Tahan, Kuala Tembeling, Tembeling Tengah dan setengah tempat di ULU Tembeling ada kemudahan 3G tetapi hanya Kuala Tahan tiada 3G.

Ini yang buat orang Kuala Tahan marah. Anak muda memberontak dan bercakap kasar lepas kepada pemimpin. Ada suara nakal kata kemudahan 3G sengaja tidak sediakan kerana mahu mendera orang Kuala Tahan yang sebilangan menentang Projek Sturgeon!

Itu tidak benar, kemudahan 3G untuk kepentingan rakyat, bukan dera tapi ada sebab-sebab teknikal yang membuatkan Kuala Tahan seolah-olah didiskriminasi.

Kenapa Kuala Tahan destinasi pelancong antarabangsa tiada 3G?

WZWH dapat dari 2 sumber iaitu dari telco (syarikat komunikasi) dan dari Kerajaan (Kementerian dan SKMM).




Menurut salah satu syarikat komunikasi kemudahan 3G tiada di Kuala Tahan sebab microwaves tidak kuat dan menjadi lemah sebab line of sight (electro-magnetic waves travelling in a straight line) dihalang oleh gunung dan bukit.





Untuk itu syarikat telco itu perlu bina satu tower di bukit yang tinggi ini memerlukan kos yang tinggi. Kos untuk menyediakan 3G boleh menelan belanja dari RM1 juta hingga RM3 juta.

Bila WZWH tanya syarikat telco itu bagaimana mahu mengatasi masalah ini , syarikat telco itu mahu upgrade VSAT untuk menyediakan servis 3G as soon as posibble.







Sebenarnya kemudahan 3G di Kuala Tahan sepatutnya sudah lama disediakan. Kerajaan melalui Kementerian pada mulanya  mahu beri kontrak kepada satu kontraktor kerjasama dengan satu syarikat telco. Tapi bila Kementerian membatalkan kontrak itu kerana sedar bahawa kos lebih tinggi memandangkankan konsesi selama 35 tahun maka kontrak itu dibatalkan.

Ini menyukarkan syarikat telco yang beroperasi sekarang di Kuala Tahan.

Apa-apa alasan by hook or by crook Kerajaan melalui Kementerian melalui SKMM perlu peka dan bertindak lebih bijak menyediakan kemudahan 3G di Kuala Tahan pintu masuk Taman Negara yang dikunjungi oleh pelancong antarabangsa.

Ketiadaan servis 3G di Kuala Tahan mencacatkan imej negara di kacamata international tourists.

Bukan sahaja perkhidmatan 3G malah perlu diupgrade menjadi 4G terus kerana Kuala Tahan akan dibangun semula selepas banjir besar 2014.

Projek ambitious Bandaraya Hutan Hujan Tropika membangunkan Kuala Tahan dan dari Kuala Tembeling ke Tembeling Tengah hingga Ulu Tembeling akan dilaksanakan dengan kos minima RM12 bilion perlu servis 3G dan 4G bagi urusan bisnes.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...