Sunday, January 25, 2015

Pesan Parameswara Kepada Raja-Raja Dan Pemimpin Melayu Part 1 : Asal Usul Aku




Aku adalah Parameswara. Hidup menjadi Raja Melayu sejak 650 tahun dulu. Aku ingin berpesan kepada Raja-Raja dan pemimpin Melayu.

Walau apa corak pemerintahan dan politiknya samada Raja-Raja dan pemimpin Melayu yang mahu bertanggungjawab memikul amanah di masa depan...ingatlah pesan aku.

Title aku ialah Paduka Sri Maharaja Parameswara (1393-1413).  Mungkin kamu tidak kenal siapa aku sebab itu nama Hindu aku. Aku peluk Islam nama Sri Iskandar Shah.

Aku mahu berpesan kepada 3 perkara: Siapa asal usul aku, pengalaman aku di Singapura, dan pengalaman aku di Melaka.

Izinkan aku cerita asal usul aku...maka harus juga aku cerita siapa leluhur moyang aku, apa empayar dan kingdom sejarahnya agar kamu semua tahu asal usul Raja-Raja seNusantara.

Ya budak Tun Sri Lanang itu ada mengarang Sulalatus Salatin sejarah Melayu pada 1612 disuruh oleh Raja tapi cerita sejarahnya tidak disertakan bila tarikh-tarikhnya maka pening kamu semua mahu memahaminya.

Baiklah...aku adalah Parameswara Raja Singapura dan Raja Melaka-The Great King of all Malays Kings. Semua Raja atau Sultan Melayu mahu berleluhurkan keturunan dari aku.

Moyang aku adalah Sang Nila Utama Sri Tri Buana (1299-1347) yang membuka Temasik menjadi Singapura.

Moyang aku adalah anak kepada Sang Sapurba yang berketurunan dari Alexander The Great melalui Raja-Raja Parsi dan India turun ke Sumatera.

Tentu kamu ingat perjanjian atau waadat Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun Penguasa Palembang di Bukit Seguntang.

Tentu kamu semua ingat klausa " Raja Adil Raja Disembah...Raja Zalim Raja Disanggah!"

"Maka sembah Demang Lebar Daun. 'Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan katakata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.'

Maka titah Sang Sapurba, 'Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba minta satu janji pada bapa hamba. 'Maka sembah Dernang Lebar Daun, 'Janji yang mana itu, Tuanku?'

Maka titah Sang Sapurba, 'Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak eucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.'

Maka sembah Demang Lebar Daun, 'Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun rnengubahkanlah’ Maka titah Sang Sapurba, 'Baikiah, kabullah hamba akan waadat itu.'

Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungannya ke bawah, kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya dianugerahkan Allah subhanahu wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadhihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib scorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa. Syahdan, segala anak Melayu pun dianugerahkan Allah subhanahu wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat pekerti sekalipun serta aniaya."

Aku tahu kamu semua sudah mula bosan membaca cerita asal usul aku...tapi izin aku lagi sekali ceritakan sedikit sejarah Empayar dan Kingdom Melayu buat tatapan kamu kenapa aku dan keturunan aku berselerakan di Kepulauan Melayu.

Dulu ada sebuah empayar kerajaan Melayu yang sangat hebat-Sriwijaya merupakan kerajaan maritim Sumatera yang wujud dari sekitar 500 CE sehingga lewat 1300 ini. Kekuasaan puncaknya hingga ke seluruh Asia Tenggara.

Siri serbuan yang dilancarkan oleh Empayar Chola dari India pada abad ke-11 telah melemahkan empayar Melayu yang pernah gemilang Sriwijaya. 

Menjelang akhir abad ke-13 , Srivijaya telah berpecah-belah menjadi tumpuan peluasan Raja Jawa , Kertanegara dari Singhasari yang pada 1275 , beliau menetapkan ekspedisi Pamalayu untuk menakluki Sumatera.

Pada 1288 , pasukan ekspedisi tentera laut Singhasari berjaya menjarah Jambi dan Palembang dan membawa Srivijaya menyembah lutut . Kemusnahan lengkap Sriwijaya menyebabkan diaspora para putera dan bangsawan Srivijaya. Pemberontakan terhadap pemerintahan Empayar Majapahit telah berlaku dan percubaan telah dibuat oleh raja-raja Melayu yang melarikan diri untuk memulihkan empayar , yang meninggalkan kawasan selatan Sumatera dalam keadaan huru-hara dan sunyi sepi .

Aku mahu Raja-Raja dan pemimpin Melayu belajar semangat will power politik aku dan leluhur aku yang tidak pernah putus asa dan kecewa mahu mendirikan Kingdom Melayu menghadapi berbagai halangan, krisis, dan masalah baik dari luar dan dalam untuk membina Empayar Melayu.

Ini pengenalan aku Paduka Sri Maharaja Parameswara @ Sri Iskandar Shah...

Di lain bicara aku akan cerita pengalaman politik leluhur aku, aku dan keturunan aku di Singapura dan Melaka.

Dialog monolog diadaptasi dari Sulalatul Salatin, Bustan al-Sulatin, Suma Oriental, Chronicles dari Cina, Jawa dan India untuk diskusi politik kreatif.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...