Tuesday, January 13, 2015

Mendefinasi Semula Ideologi Politik Melayu Berdasarkan Sejarah Yang Dilupakan




Penting memahami tema dan konsep etnik Melayu. Semasa krisis semua orang, kumpulan, kawan atau musuh bersatu atas nama solidariti.


"Selat Melaka adalah laluan perdagangan paling sibuk dalam dunia. Siapa yang menguasai Selat Melaka boleh menguasai dunia"


Kumpulan elit memainkan peranan penting mencipta budaya ideologi kumpulan etnik. Bahasa adalah kuasa penyatu-lingua franca

Etnik Melayu pada mulanya merujuk kepada penduduk Sumatera.

Abad ke 7 hingga 14 berkembangnya politik sosio ekonomi Melayu melalui Srivijaya dan Melaka.

Selepas abad ke 15, Melayu juga merujuk kepada penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Dan akhirnya ke serata Asia Tenggara yang diistilah Lautan Melayu.

Asas politik Melayu di era Srivijaya berdasarkan dari banyak batu-batu bersurat seperti berikut:


  • Tuhan (lord and family head)
  • Datu (chief of a group)
  • Kadatuan (the ruler's palace)
  • Parddatwan (group or place under contol of a Datu)
  • Wanua (community)
  • Huluntuhan (lord's slaves/subjects)
  • Bhumi (land, country)
  • Mandala (region)


Penguasa  berdasarkan kedudukannya sebagai datu menggunakan jaringan huluntuhan mentadbir politik negara.

Semua jaringan ini dengan diketuai oleh penguasa sebagai ketua agama dan keturunan menjadi ciri penting tatanegara politik Melayu.

Kesetian kepada keluarga datu adalah cara berkesan mengekalkan hubungan.

Jaringan huluntuhan akhirnya membentuk empayar.

Kemusnahan Empayar Melaka oleh Portugis pada 1511 membuatkan kepimpinan dunia Melayu berpindah kembali ke Sumatera.


Kalau roboh Kota Melaka 
Papan di Jawa hamba dirikan 
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan


Walau keturunan Raja Melaka cuba membina kerajaan baru di Johor namun selalu diganggu gugat oleh Portugis dan kuasa Melayu baru Acheh.

Ketiadaan Melaka buat Acheh menjadi kuasa Melayu baru. Perniagaan berkembang bila banyak pedagang bertumpu ke Acheh.

Acheh bertanggungjawab menyamakan Melayu dengan Islam sepenuhnya. Tamadun hebat Islam dari India, Parsi, dan Timur tengah serta Turki menjadikan Acheh advance politik, ekonomi, sosial dan falsafah.

Sebelum itu Melaka juga memperkembangkan Islam tapi lebih fleksibel kerana guna adat, tradisi dan peninggalan Hindu-Buddha.

Johor terpaksa lancarkan ideologi Sulalat al-Salatin (The Genealogy of Kings @ Sejarah Melayu) untuk kebangkitan claim legasi Melaka pada 1602.

Acheh terasa tercabar lalu menyerang Johor pada 1613 sebagai amaran dan 1615 bila Tun Sri Lanang sempat menyiapkan 34 bab teks Sulalat al-Salatin. Pengarang dengan rajanya sekali diangkut ke Acheh.

Acheh membalas dengan ideologi Hikayat Acheh (1615) , Taj al-Salatin (1603) , dan Bustan al-Salatin (1638) untuk menguasai kepimpinan politik Melayu.

Kesemua ideologi ini dari Sulalat al-Sulatin dan Hikayat Aceh adalah bertujuan untuk mengangkat dan mengagungkan kepimpinan Melayu.

Ternyata ramalan Acheh itu benar bahawa Sulalat al-Salatin telah membangkitkan Johor sebagai kuasa baru politik Melayu selama 300 tahun.

Hinggalah pada 1824 Belanda dan Inggeris telah memecahbelahkan Johor menjadi Riau, Lingga, Johor, Pahang dan Singapura negeri-negeri moden pada hari ini.

Hari ini politik Malaysia ada berbagai anutan ideologi. Masing-masing kata ideologi mereka yang terbaik.

WZWH mahu membuka perspektif baru kepada  pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya definasi semula ideologi politik Melayu berdasarkan sejarah yang dilupakan, atau root yang menambahkan lagi jatidiri roh politik.

Untuk Melayu menjadi kuat adalah tidak salah mencontohi sejarah lalu yang boleh diambil perkara yang baik.

Jika Sulalat al-Sulatin berjaya menaikkan kebangkitan pemimpin-pemimpin Melayu dulu....

Kenapa tidak atau adakah salah kita mengangkat dan mengagungkan pemimpin-pemimpin Melayu hari ini?

4 comments:

Anonymous said...

ape ko ngigau ni... pahamsejarah pun tak betul... oon british pecah belahkan melayu.. Perasanlah, inilah melayu. ape ingat kalau melayu bersatu boleh lawan british masa tu?.. depa ade senapang, meriam, bala tentera... melayu ade ape masa tu? keris? pawang? ilmu kebal?

apsal masa tu depa ade meriam tapi kite ade ilmu kebal ? ape org ingerris buat sampai ade meriam? ape org melayu dok dok buat dok pokus kat ilmu kebal? ape org melayu dok buat skrg ni?

pak muliadi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pak muliadi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Usin Gampang said...

AWAK YANG TAK TAHU SEJARAH SEBENARNYA!

MELAKA KALAH DENGAN PORTUGIS KERANA MELAYU TIDAK BERSATU DAN BERLAKUNYA PENGKHIANATAN DAN PEMBELOTAN DALAM KALANGAN PEMBESAR DAN PEDAGANG CINA SERTA INDIA!

TENTERA MELAKA KETIKA ITU MEMILIKI LEBIH DARIPADA 3000 MERIAM,BERIBU2 ISTINGGAR SENAPANG BUATAN TURKI,PEMURAS DAN BEBARAPA LAGI SENJATA API YANG LAIN!

MELAKA MENDAPATKAN BEKALAN MERIAM DARI TURKEY DAN BRUNAI! BERUNAI KETIKA ITU PENGELUAR MERIAM TERKENAL SEBELAH TIMUR.

MERIAM BRUNAILAH YANG MAKAN RIBUAN NYAWA TENTERA SPANYOL DI PILIFINA.SEBAB ITULAH MINDANAO TAK KALAH KEPADA SPANYOL KERANA BANGSA MORO BERSATU!

DAH BODOH SEJARAH,PANDAI2 NAK PERLEKEH ORANG LAIN! KALAU BODOH SEJARAH BOLEH JUMPA AKU! AKU A SAMPAI Z.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...