Saturday, January 24, 2015

Status Pelaksanaan Projek Hidroelektrik Sg Tekai



















Pagi tadi TNB membentang Taklimat Status Pelaksanaan Projek Hidroelektrik Sg Tekai di Lembah Tembeling DUN Tahan kepada JKTD Daerah Jerantut.

Ini ialah satu projek yang mendapat sokongan semua pihak. Ahli parlimen Jerantut dan ADUN Pulau Tawar menyokong kuat projek ini. ADUN Tahan tidak hadir taklimat jadi mungkin juga menyokong projek ini.

Projek ini tidak mendapat bantahan seperti Projek Sturgeon Kuala Tahan juga di Lembah Tembeling dalam DUN Tahan.

Ramai orang Jerantut dan penduduk Lembah Tembeling terutama Orang Asli Sg Tekai menyokong projek yang memberi manfaat kepada negara, negeri, Jerantut dan DUN Tahan.
















JKTD terdiri dari DO Jerantut, ahli parlimen, ADUN Pulau Tawar dan Ketua-Ketua Jabatan sedang tekun mendengar taklimat Status Pelaksanaan Projek Hidroelektrik Sg Tekai.

Projek ini akan dimulakan pada 2016-2020. Projek ini memberi impak yang besar kepada ekonomi Jerantut. 3000 pekerja diperlukan.

Mulai 2015 projek membina kuarters pekerja akan dimulakan.

WZWH telah menulis banyak posting mengenai projek ini sejak 2010 dan antara posting yang memberi lebih info adalah: Sila klik di bawah.



Ada banyak projek lagi mahu dilaksanakan di DUN Tahan, WZWH akan menulis di posting akan datang.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...