Friday, January 2, 2015

Masalah Banjir Tembeling Tengah Apa Penyelesaian? Harapan Mangsa Banjir

Posting WZWH kali ini melihat on the ground masalah banjir di Tembeling Tengah dan mencari penyelesaian. Tembeling Tengah adalah terdiri daripada beberapa kampung tradisional di tebing Sg Tembeling termasuk dua  Rancangan Felda.

WZWH tidak risau Felda Sg Retang dan Felda Padang Piol sebab Felda akan take care masalah mereka. Posting ini lebih kepada kampung-kampung tradisional.

Secara tradisionalnya penduduk kampung-kampung tradisional ini tinggal dekat tebing Sg Tembeling. Ada yang tinggal tempat lebih tinggi. Ada rumah-rumah yang tidak pernah kena banjir selama 40 tahun tapi banjir kali ini kena atau kena lebih teruk.

Agenda yang jelas ialah memindahkan penduduk-penduduk ini ke penempatan baru yang lebih selamat. Jika ada tanah ok tapi jika tiada tanah lagi rumit. Satu penempatan yang lengkap dengan fasiliti kemudahan perumahan perlu.

Ada yang berhujah banjir besar macam 2014 ini berlaku setiap 40/50 tahun sekali. Standard bah 1971 tidak boleh dipakai lagi kerana ukuran banjir 2014 lebih besar dan akan menjadi sebutan dan rujukan bagi generasi baru.

Yang paling praktikal, rumah-rumah yang musnah itu perlu dibuat baru dan lebih moden designnya dengan menggunakan peruntukan-peruntukan dari Kerajaan dan Agensi yang terlibat.

Musim tengkujuh dan musim banjir orang kampung tidak dapat menoreh getah. Ditambah rumah dan perabot yang musnah serta anak-anak ramai masih bersekolah begitu banyak penderitaan kewangan.

Banyak kampung dilawati dan diberi bantuan yang sewajarnya dengan konvoi sembilan buah 4WD Hilux dari Jentera DUN Tahan diketuai oleh ADUN Tahan ke Kg Merting, Kg Lubuk Payung, Kg Permacang Raja, Kg Labu, Kg Jong Berlaboh, Kg Pasir Sia/Chebong, Kg Ulu Retang, Kg Pasir Durian, Kg Pasir Tambang dan Kg Doja.




Ini ialah Bilik Gerakan Bantuan Banjir 1Malaysia di Bandar Inderapura Jerantut. Ini adalah sebenarnya Bilik Gerakan DUN Tahan. Ramai sukarelawan berkhidmat di sini selama 12 hari mengurus misi bantuan mangsa banjir. Pegawai-pegawai Kerajaan, polis dan tentera dan sukarelawan suka berkumpul di sini bagi arahan tindakan operasi selanjutnya. 

Bilik Gerakan Bantuan Banjir ini telah ditutup pada hari ini. WZWH ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan, pegawai kerajaan, anggota polis dan tentera yang terlibat.

Update terbaru: Atas permintaan dari ramai pihak yang bermurah hati mahu membantu mangsa banjir di DUN Tahan maka Bilik Gerakan Bantuan Banjir dibuka semula. Semua sukarelawan diarah kembali bertugas seperti biasa.

Ini foto-foto yang sempat WZWH rakam dalam konvoi ADUN Tahan ke Tembeling Tengah...

Kg Merting





















Kg Lubuk Payong





Kg Permacang Raja







Kg Labu













Kg Jong Berlaboh



Kg Pasir Sia/Chebong





Kg Ulu Retang










Kg Pasir Durian





Kg Doja



Kg Pasir Tambang/Gemuroh



1 comment:

Anonymous said...

Tak payah la risau pasal ikan sturgeon tu..kan tu projek felda..tau la felda nak handle mcm mana..kau sebok2 apahal?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...