Nuffnang Ads

Pages

Thursday, May 22, 2014

Kita Mahu Bina Projek Hidroelektrik Sg Tekai Untuk Kurangkan Tarif Elektrik Tujuannya...


















Sg Tekai ialah anak sungai kepada Sg Tembeling yang merupakan nadi utama lembangan Lembah Tembeling.


Kenaikan tarif elektrik membebankan rakyat. Tidak boleh dielakkan kerana kos bahanapi seperti arangbatu, gas, minyak dsb semakin meningkat dan scarce serta limited.

Bertambah lagi kesilapan kerajaan sejak awal tahun 1990an terutama kurang bijak Tun Mahathir dan DS Anwar Ibrahim mengurus Perjanjian IPP yang berat sebelah tidak menguntungkan kerajaan lebih mengkayakan pengusaha IPP dan membebankan rakyat.

Oleh kerana sering berlaku kejadian blackout maka Tun Mahathir sebagai PM ketika itu mencari penyelesaian jangka pendek dengan membina beberapa IPP dan DS Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan menguruskan Perjanjian IPP.

IPP ini memerlukan bahanapi yang ketika itu masih murah namun akhirnya makin meningkat harga dan ini membebankan kerajaan dan pengguna.

Kerajaan kena menanggung subsidi berpuluh bilion ringgit. Diharap Menteri dan Pegawai kerajaan yang terlibat perlu bijak mengurus Perjanjian IPP baru yang adil dan tidak terlalu membebankan kerajaan dan rakyat bila tamat tempoh perjanjian nanti.


Majlis penerangan Projek Hidroelektrik Sg Tekai oleh CEO TNB di DUN Tahan baru-baru ini.

Sebab itu kita mahu bina Projek Hidroelektrik Sg Tekai untuk memgurangkan tarif elektrik tujuannya selain membekal tenaga elektrik kepada negara.

Sila kliks beberapa article di bawah mengenai Projek Hidroelektrik Sg Tekai:



2 comments:

Fabregas said...

Salam, Tuan, Majlis tersebut diadakan di Kampung Orang Asli Sg Tekai sendiri, serta disampaikan oleh GM Projek Hidro TNB, bukan CEO TNB. :)
Terima Kasih atas penyampaian artikel tentang manfaat projek hidro seperti ini

Ibnu Abdullah said...

Selagi IPP bermaharajalela, tak kira la 40buah empangan hidroelektrik dibina sekalipun, tariff tetap naik..

IPP kena hapuskan dulu, baru boleh bincang turunkan tariff atau kekalkan tariff..

Penjanaan elektrik negara kita berlebihan sebanyak 40%.. IPP dah tak berguna.. Buat empangan hidroelektrik baru pun tak guna sekarang..

Melainkan kalau projek tue untuk syarikat tertentu, atau sekadar nak menjahanamkan ekosistem yang memang dah tercemar, mungkin pembinaan empangan hidroelektrik tue 'berguna'..

Jangan nak tipu orang kampung kata bina empangan boleh kurangkan tariff..