Friday, May 9, 2014

Bagaimana Ahli Politik Berpakat Dengan Wartawan Arus Perdana Untuk Sabotaj Projek Rakyat Di Jerantut

Kerja ahli politik cari peruntukan untuk kawasan beliau. Usaha dan cari. Bawa projek pembangunan. Kalau tidak mampu usaha ikut kemampuan diri.

Tidak kiralah kempen tanam jagung, tanam pisang, tanam sireh, tanam buah ara itu WZWH tetap hormat.

Tapi jangan cuba sabotaj dan memburukkan projek-projek yang ahli politik lain bawa. Buruk sangat perangai macam itu.

Apa lagi buat cerita dalam media arus perdana, upah wartawan-wartawan, cari sumber dari klik dan geng sendiri cerita buruk, buat tuduhan tanpa usul periksa, buat andaian tanpa merujuk pihak yang tahu. 

Buat press conference, tujuannya apa mahu tonjolkan persepsi negatif, mahu gagalkan projek-projek yang berfaedah kepada rakyat hanya kerana tidak mahu pesaingnya popular.

Cukuplah Jerantut rugi pada lewat 1980an bila peruntukan dari Pusat untuk satu projek besar tapi wakil rakyat sendiri menyokong peruntukan itu dialih ke Kuantan di Dewan DUN Pahang.

Jangan kita jadi bodoh kali ke dua.

Jangan kita ulang kesilapan ini.

Contohilah UMNO Bahagian Lipis pada era awal 1990an bila ahli-ahli politik bersaing secara sihat berlumba-lumba mencari peruntukan membina banyak jambatan dan bangunan.

Bukan berpakat dan mengupah wartawan-wartawan arus perdana untuk sabotaj projek-projek yang memberi kebaikan kepada rakyat Jerantut.

Wartawan-wartawan arus perdana!!! Bukan wartawan-wartawan akhbar tabloid.

WZWH mahu Chief Editor Media Arus Perdana Utusan Malaysia dan Berita Harian tolong sekolahkan wartawan-wartawan anda yang jaga wilayah-wilayah. 

Tidak boleh membezakan yang mana satu dakyah atau propaganda. Malah akhbar pembangkang lagi baik tidak melapor perkara-perkara yang tidak mereka tahu fakta-fakta yang sebenar.

WZWH kira WZWH telah tegur dulu sila klik sini.

Tapi tidak faham malah ahli politik berpakat dengan wartawan arus perdana untuk sabotaj projek yang memberi manfaat kepada rakyat di Jerantut.

WZWH akan tunjuk bagaimana?

Berita Harian 9 Mei 2014


















Gesa kaji semula projek ternakan ikan sturgeon

Tajuk gah tapi siapa yang dirujuk?

Orang yang dirujuk adalah Ketua UMNO Cawangan kampung itu yang buat banyak kenyataan menentang dasar-dasar kerajaan, menentang apa-apa yang kerajaan mahu bawa secara terangan-terangan di media sosial.

Orang yang masa PRU sabotaj parti tapi akhirnya menjadi Ketua UMNO Cawangan dibantu oleh ahli politik. Orang ini yang sebenarnya menentang projek ikan sturgeon tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

Ketua UMNO Cawangan ini yang bila mesyuarat agong UMNO cawangan telah diboikot oleh majoriti ahli kerana tidak suka dengan sikapnya menyebabkan mesyuarat UMNO itu tidak cukup korum tapi malangnya UMNO Bahagian Jerantut menerima mesyuarat UMNO cawangan itu sebagai sah yang akhirnya dikomplen oleh ahli UMNO cawangan itu.

Orang ini yang telah dihubung secara peribadi untuk mendengar taklimat tentang penternakan ikan sturgeon  oleh kerajaan, GLC dan pakar baik di bandar Jerantut dan dikampung tidak hadir tanpa sebab.

Masih orang ini menyebarkan cerita buruk mengenai projek ternakan ikan sturgeon di kampung dan wartawan-wartawan yang diupah oleh ahli politik pun merujuk orang ini!!!

Kenapa wartawan-wartawan tidak merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan dan punya kredibiliti???

Utusan Malaysia 9 Mei 2014


















Kaji ternak ikan sturgeon

Oklah ini artikel komen dari pembaca. Walau artikel itu bila kita baca nampak penulisan yang tidak kemas dan kekurangan fakta-fakta yang relevan dan tepat boleh lagi WZWH terima sebagai kebebasan meluahkan pendapat.

Apa yang WZWH mahu komen ialah foto yang ditunjuk oleh Utusan Malaysia itu ialah ikan sturgeon liar yang memang besar.  

Persepsinya itu foto yang boleh menakutkan orang. Seolah-oleh itu ikan sturgeon yang diternak di Sg Tembeling atau di Sg Tabong Kuala Tahan. Ikan besar macam itu boleh makan orang dan pemangsa merbahaya.

Padahal ikan sturgeon itu diternak dalam tangki, satu kompleks bangunan dinamakan Caviar Park ada kemudahan:

  • Sebuah kolam penternakan pusat dan beberapa kolam pembiakan satelit kapasiti pengeluaran 30MT Kaviar.
  • Sebuah Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pemasaran, Kajian dan Pembangunan (R & D)
  • Sebuah Bangunan yang dilengkapi Kemudahan Seminar & Pengajaran, Show Rooms, Mini Akuarium dan Kemudahan tempat tinggal.

Proses penternakan ikan sturgeon menggabungkan kaedah Sistem Peredaran Semula Air (Recirculation Aquaculture System) dan Sistem Pengaliran Air (Running Water System).

Ikan sturgeon ini tidak boleh hidup dalam air sungai di tempat kita yang hanya boleh hidup di suhu 12C.

Orang yang menghantar surat pembaca itu menggunakan nama samaran Waris Kakap Hussin Kuala Tahan.

Biar WZWH cerita sejarah sikit siapa Kakap Hussin ini...pada zaman dulu di Lembah Tembeling ada jawatan yang diwujudkan oleh Raja Pahang. Jawatan itu titlenya Penghulu Raja.

Raja boleh lantik siap-siapa saja  untuk menjadi Penghulu Raja tapi tidak sekali-kali memilih dikalangan keluarga Wan Tembeling.

Kenapa?

Sebab Raja takut kalau-kalau bimbang keluarga Wan Tembeling akan bangkit memberontak mengulingkan takhta Pahang.

Penghulu Raja atau yang pernah dipegang oleh Kakap Hussin adalah spy Raja, menjadi mata dan telinga Raja walau Keluarga Wan adalah memegang kuasa autonomi di Lembah Tembeling satu-satunya diberi kuasa itu di Pahang dikalangan kaum kerabat Raja. Rujuk A History Of Pahang by Linehan 1936

Let WZWH make it clear....Don't ever try to kacau dan ganggu segala projek-projek yang memberi manfaat dan kebaikan kepada rakyat di DUN Tahan...

JANGAN SABOTAJ!

JANGAN BERHATI BUSUK!

NAK CERITA AWAK ORANG WARAK ..AWAK ORANG AGAMA ITU AWAK PUNYA PASALLAH...

DS NAJIB CUKUPLAH TERIMA WAKIL RAKYAT YANG AHLI PAS SEUMUR HIDUP

YANG MENIPU SEKOLAH AGAMA TAPI HANYA SEKOLAH MENENGAH SAHAJA

YANG MENIPU DULU BERJAWATAN ITU DAN INI...

ENOUGH YOUR BULLSHIT!!

Kepada pembaca blog WZWH yang ingin tahu berkenaan Projek Penternakan Ikan Sturgeon di Kuala Tahan sila klik dibawah:


27 comments:

Anonymous said...

http://www.dof.gov.my/html/themes/moa_dof/documents/poster-larangan.pdf


Mengapa yang di larang yang di bawa masuk ?
Mengutamakan Spesis Luar dari Spesis Tempatan ?

Anonymous said...

http://www.dof.gov.my/html/themes/moa_dof/documents/poster-larangan.pdf

Anonymous said...

Lynas orang cakap tak berbahaya tapi boleh jamin ke?
Ikan Sturgeon tak mungkin akan terlepas dalam Sungai Pahang tapi boleh jamin ke?
Fikir..

Anonymous said...

Ikan ini bela dlm tangki yang dikawal suhu sejuk dalam kompleks Kaviar Park. kalau campak ke sungai tidak boleh hidup mati terus...

Anonymous said...

Kenapa tak buat di ulu cheka...suhu yg sejuk Dan telah ada Pusat perikanan terbesar di Malaysia yg secara tak langsung dpt memantau projek tersebut ....

Anonymous said...

Jgn peduli teruskan sampai berjaya.jangan peduli ke puak2 basa sakai nie.kpala otak primitif.payah nak menerima perubahaan.pembaharuan.iitu ini alasan.tak pernah nya betui kalau org nak buat sesuatu.

Anonymous said...

Buat jangan tak buat.. Lepastu 'glc' tu ambik indon dan bangla sebagai pekerja. Orang tempatan tengok je dari jauh.


Inilah projek untuk rakyat kata yb. kata menteri pulak.. Pembangunan... hi hi hi.

Salam sturgeon pak.

Anonymous said...

batalkan jer projek ini sekiranya jelas rakyat belum tentu dpt manfaat.. cukup2lah projek sekadar memenuhkan kantung pihak tertentu sahaja..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Sebenarnya Projek Penternakan Ikan Sturgeon ada dua di Jerantut selain di Kuala Tahan, Perlok juga dipilih. Di Perlok , penternakan ikan sturgeon dan ikan air tawar tempatan.

usin malaun said...

kenapa spesis yang diharamkam oleh LKIM dihalalkan oleh org UMNO demi kepentingan politik dompok yg nak tunjuk hero dan tiada ke projek lain yang blh diketengahkan untuk menaikan ekonomi org taman negara.

Anonymous said...

projek yg rugi 1980an dulu tu sebab kebodohan pemimpin umno sendiri bkn salah rakyat.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Jangan kritik projek apa yang orang bawa. Tanya diri sendiri apa projek yang ahli politik boleh bawa.

usin malaun said...

pemimpin buat tahi rakyat yg merana.saya sayang jerantut tp UMNO yg menyebabkan jerantut jadi bandar lim ah cap dan jangalah Wan Zuri pecium bontot dompok disebabkan politik membuat rakyat dan alam binasa.Cari la alternatif yang terbaik demi ekonomi melayu.

Anonymous said...

usin malaun tak sesuai nak masuk campur dalam ruangan komen.hujahnya langsung tak melambangkan yang dirinya cerdik! hujah malaun ni macam hujah pelacur!

usin malaun ni anak babi kot!tuduh projek tu wan amizan yang punya! pada hal projek kerjasama syarikat korea felda di bawah ECER!

usin malaun ni kecewa kerana mintak tanah sampai 50 ekar! yb mana pun tak layan! lepas tu kutuk yb! tapi ada orang kisah kalau ahli pembangkang macam dia ni meroyan macam orang gila! kesian malaun yang nak beli beras pun tak mampu sbb duit habis buat beli arak!

Anonymous said...

Alhamdulillah ulu tembeling makin maju..

Anonymous said...

tulisan zuri ni lebih kepada memecah belah umno jerantut sambil jilat licin bontot dompok.

Anonymous said...

aok buatlah mcmana pun zuri org umno jerantut dah tahu team aok tu lebih baik tak de dlm umno dari ada.jgnlah kerana team aok tak dapat jawatan di bahagian aok meroyan sampai nak mampus

Anonymous said...

Gitu ke?
Ish ish ish.....

Unknown said...

Tulis nama la kalau berani ....pijan

Anonymous said...

wan zurik... ckup2 la aok nk jilat buntut dompok..aok tu org skolah tggi.dompok blajar sekolah pun xabes...

Anonymous said...

Saya bantah projek ni,gila puok umno ni,tak habis2 nak mencekik duit rakyat,habisla taman negara,pelancong tak akan masuk lagi,tapi orang kuala tahan memang bodoh taknak bantah,tau togok arak je yang jenis muda mudi

Anonymous said...

Kalau pelda yg jadi pelabor.. Memang pendatang asing lah yg jadi keutamaan sebagai pekerja.

dobit127 said...

baru bela ikan dalam bangunan dah kecoh...

kalau biak kuda plak , lagi ler kontroversi....

Memang org Malaysia suka memberi komen.. selalunya tanpa membuat kajian dahulu...

kalau nak bangkang pon buktikan projek itu tidak berfaedah... seperti dalam surat khabar diatas.. tu pon dah dijawab...

Anonymous said...

tempiasnya rakyat yg merana bodoh punya umno

usin malaun said...

tak payah nak membabikan org ni la org umno tiada moral dia sendiri yang minum arak nak tuduh org yang baik2.realitinya jerantut bandar lim ah cap.yang aku tahu dompok aje yg rampas tanah org kampung dan sanan sini tanah dia yg penting kita ni bukanya sentiasa di atas.

Anonymous said...

Umno memang jahanamkan negara,siapa sokong umno zaman ni memang bodoh bangang abadi,yang orang kuala tahan pun bodoh taknak bantah tempat dema,dahla pelancong kurang masuk sampai harga chalet pun main harga dah sekarang terpaksa turun semaksima boleh dari takde untung langsung,fikirla cikit,umno buat projek untuk masuk ke pemimpin mereka,tak payahla nak kutuk nazlan,kalau dah bawah umno bn memang kerja menindas rakyat,ingat cikit zuri akhirat,hidup awk bukan boleh hidup 100 tahun pun nak kejar harta dunia,buat ibadah,awk cikgu bukan orang kampung tujuan nak menipu masyarakat

Anonymous said...

hebat orang jerantut, antara bodoh dan cerdik, sedar dan tamak, ingat orang tua dulu dulu , sayang tanah sayang bumi ingat Kuala Tembeling

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...