Tuesday, May 13, 2014

Antara Perjuangan Dan Nafsu Amarah: Pertukaran MB Bukan Perkara Luarbiasa



DS Najib memikir bagaimana menangani karenah gila MB-MB...


Dalam sejarah UMNO dan kerajaan sejak PRU pertama pertukaran beratus-ratus MB adalah perkara biasa bukanlah luar biasa.

Semua MB akur dengan perintah PM.

PM lantik jadi MB suka...

PM suruh berhenti jadi MB sudah tentu sedih dan kecewa tapi akur...

Nasiblah rezeki masing-masing MB ada lama 30 tahun, 25 tahun, 20 tahun 15 tahun 10 tahun 5 tahun tapi tidaklah semalam!

Semua MB mesti akur taat dan menjunjung perintah PM.

Tidak ada apa-apa alasan...bila diarah berundur...berhentilah...jangan banyak alasan.

Dulu bila PM lantik MB...tidak ada alasan menolak...tidak bersedia ke...muda lagi ke...tidak cukup cerdik ke...tidak matang ke...

Percayalah semua MB yang baru dilantik tentu suka muka berseri-seri.

Bila disuruh berundur dan berhenti...terima dan beri peluang kepada orang lain untuk memimpin.

Janganlah muka masam...tidak hadir majlis angkat sumpah MB baru...keluar UMNO...jadi ADUN bebas...ajak pula kawan-kawan rapat ikut sama...

Ini kerja gila.

Antara perjuangan dan nafsu amarah...

Pertukaran MB adalah perkara biasa bukan luar biasa...

Beratus-ratus MB telah bertukar di banyak negeri sejak sejarah politik moden Malaysia bermula.

WZWH secara peribadi mempertahan dan menyokong keputusan DS Najib di dalam membuat pertukaran MB-MB demi lebih menguatkan parti.

Adakah selepas ini bila berlaku pertukaran MB maka ramai MB akan mengambil sikap yang sama gila?

Semua MB kena bersikap matang dan lebih pentingkan perjuangan dan prinsip parti.

12 comments:

Anonymous said...

Aku benci PM yang tak ada perasaan manusia.

Anak nak kahwin 2-3 hari lagi masih nak kacau. SABAR tak boleh ke? URGENT sangat ke?

PM adalah lembu cucuk hidung kerana ikut kata PUNAHsihat

anti-LGBT , PR dan Ad-Dajjal said...

Aku sokong 100% TETAPI sebagai PM, DSN sepatutnya lebih CERDIK dari MB2 yang dia lantik. Pepatah kita ada sebut....'tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berkecah'.....tengok apa jadi le ni...tak pasal2 satu NEGERI nak terlepas ke tangan pambangkang. Tak ke BODOH namanya tu???????....Tak ada beban, batu digalas....Bang Non Al-Juburi dan PR puaka dia tu sure tengah ketawa guling3 ni menyaksikan kebodohan PM kita......

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

BN masih memerintah Terengganu. Kedudukan kerusi 15:15:3 jangan lupa Speaker juga dikira . Sekarang proses memujuk.

Anonymous said...

Bersabar menunggu pertukaran MB Pahang pulak, buang jer org yg tak tau nak majukan negeri..

Anonymous said...

Apalah umno ni, pakai cara di perak le. Umno patut dah jadi pmbangkang di tganu. Bkn najib yg rampas kuasa di perak.?.pakai adun yg belot. Sekarang kena atas batang hidung dia pulak.

Anonymous said...

Wan Zurit
Memang la bila PM suruh MB berhenti kenalah akur. Tapi Mat Said kata dia cuma mintak tangguh kejap je sebab anak
perempuan dia nak kahwin. Sekarang dah jadi masaalah sebab kad jemputan sudah hantar, caterer dah tempah dan venue pun sudah
ditetapkan. Bukan senang nak tukar program
secara mengejut.

Anonymous said...

kalau ikut cerita 12 May dulu dah cukup waktu, dah tahu 12 May sebab dah buat janji, kenapa nak buat khnduri kahwin kalau tahu dah ada event penting...undur diri, nak pakai alamat lama, tempat lama apa salahnya, MB baru pun bukan kemaruk sangat nak halau keluar bahkan gembira kawan satu pasukan buat khenduri khawin kat rumah kerajaan tu, kalau tak undur diri, pihak istana kata apa pula sebab dah janji,..so MB lama ni tak da perancangan untk diri sendiri,..

Anonymous said...

apa kena mngena ngn ank dia nk kawen..? dia buat mjlis kat kediaman rasmi dia sndiri kat kemaman.. bkn kat kediaman rasmi MB tganu kat kuala tganu ni ha...

Anonymous said...

Kenduri kawin anak ialah personal matter.apa kena mengena dgn jawatan mb.salah gunakan bangunan kerajaan buatlah kat dewan salah ke...

Anonymous said...

aku org umno tapi aku rasa umno dah tak lama nak berkubur.aku harap najib mesti ditukar kalau umno ingin terus berkuasa

Anonymous said...

Aku ahli umno rasa menyesal sangat sangat bagi undi kat bn ituari,tetapi dun aku tak bagila,sejak najib jadi pm huru hara negar dibuatnya,barang semakin naik,dulu aku sampai putus kawan membela bn tapi sejak aku kaji dalam dalam memang bn banyak buat kerja kotor,edit gambar pelik sanggup nak burukkan pembangkang tapi tolak tepi sebab saya tau orang bn memamg dibayar untuk buat macam tu,yang saya pelik kenapa najib tak pernah nak kawal ekonomi negara dengan baik,barang semakin lama semakin naik,dan semalam dia sebut tentang subsidi bahan api,menandakan minyak akan naik lagi,ya allah kenapala pemimpin aku tak pernah fikir kesusahan rakyat,saya harap pru akan datang saya akan undi ke pas dan cuba pembangkang memegang sekali mandat untuk tadbir negara,in sha allah saya akan pujuk kawan kawan saya walaupun terpaksa,hati saya dah fikir masak masak

Anonymous said...

Kepala hotak dia speaker dikira,nila bn,kerja nak menipu je,dulu di perak speaker tu adun tak kira plk,bodohnya la seorang cikgu tak berfikir secara waras,ingat zuri,pemerintah boleh bertukar hanya quran je tak boleh diubah,hidup manusia tak sentiasa di atas,allah tu maha adil dan bagi kaumnya bertaubat

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...